BAB 32

10K 1.3K 113
                                    

Ketika Maisarah bercakap dengan Megan yang sedang menekan-nekan sesuatu di atas papan kekunci laptop, tiba-tiba pintu bilik bacaan ditolak kasar dari luar. Disertai suara Delima menghalang gerangan tersebut masuk ke dalam bilik itu. Dia diperintahkan oleh Maisarah agar jangan bagi sesiapa masuk ketika sedang bercakap berdua dengan Megan tetapi dia gagal menurut kerana orang yang keras kepala ingin masuk ialah Tengku Bunga!

Maisarah dan Megan serentak angkat kepala. Wajah Maisarah berubah. Megan bertindak menurunkan skrin laptop. Bimbang jika Tengku Bunga ingin melihat.

"Maisarah!!" suara Tengku Bunga memetir kuat. Menggelegar seisi ruang bilik bacaan itu.

Maisarah peluk tubuh. Memandang Tengku Bunga tanpa rasa takut atau gerun. Tengku Bunga bukan siapa-siapa untuk dia takuti.

"You tak boleh tenang sikit ke? Kenapa perlu menjerit?" tanya Maisarah tahan bengang. Kalau tak mengingatkan ada Megan dan Delima di sini, sudah lama dia balas dengan nada tinggi.

"Eh!" Tengku Bunga datang mendekat lalu dengan kasar, bahu Maisarah ditolak sehingga punggung tersembam atas sofa. Megan terbangun melihat itu.

"Aku nak kau berambus dari istana ni sekarang juga! Kau dah tak layak duduk sini. Aku tak nak tengok muka kau yang berlagak suci ni. Berambus dari keluarga aku!" jerkah Tengku Bunga kuat. Rasanya anak tekak boleh terkeluar jika nada naik lagi tinggi. Wajah Tengku Bunga benar-benar emosi saat ini. Nafas berderu kasar. Dada berombak. Hidung kembang kempis menahan amarahnya keluar lagi besar.

"Tengku Mahkota, Tuanku dan Permaisuri akan marah kalau Tuanku buat begini pada Yang Mulia. Yang Mulia masih isteri Tengku Qayyum." Megan beranikan diri untuk menyampuk. Tergamaknya gadis itu ingin menghalau Maisarah dari istana ini. Maisarah masih bergelar isteri Tengku Qayyum!

"Kau diamlah, Megan! Kau mesti suka dia sebab itu kau bela dia, kan?!" melotot panas biji mata Tengku Bunga menuduh tanpa segan silu. Megan mati kata dengan dahi berkerut tak mengerti dengan sikap Tengku Bunga. Oh Tuhan, adakah ini Tengku Bunga yang dia kenal selama ini?

"Ya Allah! Apa you merepek ni, Bunga?! I dengan Megan tak ada apa-apa hubungan. Boleh tak jangan tuduh melulu?!"

"Huh! Puas kau, kan? Abang Qayyum dah lupakan kau seperti mana kau nak. Apa lagi? Berambuslah! Abang Qayyum dah tak kenal siapa kau. Abang Qayyum tak anggap kau isteri dia. Apa yang kau harap lagi setelah apa kau buat pada abang aku?! Abang aku bukan patunglah, Maisarah!!"

Maisarah terkedu.

"Kau ingat aku bodoh ke? Kau ingat buta ke selama ni?! Kau buat abang aku macam hambalah, Maisarah! Kau sanggup buat dia merayu pada kau semata-mata jangan tinggalkan dia. Isteri jenis apa kau ni?! Kau selalu sakitkan hati abang aku sebab jantan yang dah lama buang kau macam sampah. Abang aku manusia. Bukan robot, bukan patung! Dia ada hati dan perasaan. Dia juga nakkan cinta tapi apa kau buat? Kau selalu minta cerai pada dia, Maisarah!"

Air mata Tengku Bunga jatuh setitis. Gadis itu selama ini diam meihat abangnya dilayan buruk oleh Maisarah tetapi kali ini dia tak dapat tahan lagi. Apalagi melihat perubahan Maisarah saat ini buat hatinya menggelegak panas.

"Aku tak fahamlah apa yang ada dekat kau ni sampai abang aku tergila-gilakan kau. Padahal orang yang tergila-gilakan ni layan dia tak ubah macam sampah sarap!"

"Kau di mata aku bagaikan batu jalanan. Bukan permata tapi abang Qayyum buta sebab tak pandai bezakan mana batu jalanan dan mana batu permata! Berambus dari istana ni. Aku benci tengok muka kau!" hambur Tengku Bunga tepat di depan wajah Maisarah yang kaku. Hanya air mata yang mengalir sebagai jawapan.

Tentulah kata-kata Tengku Bunga menusuk ke hatinya. Dalam dan tembus ke dasar hati.

"Bu... Bunga..." Maisarah cuba gapai tangan Tengku Bunga tapi Tengku Bunga menepis kasar.

"Ni... Benda yang balut kepala kau ni!" Tengku Bunga dengan hati panas, ditarik tudung selendang itu dari kepala Maisarah. Terjerit gadis itu dengan tarikan Tengku Bunga.

"Yang Mulia!" serentak Delima dan Megan menjerit. Muka masing-masing terkejut campur cemas. Laju Megan tarik Tengku Bunga dari melakukan itu kepada Maisarah yang menangis menyesal. Delima pula menarik Maisarah ke dadanya. Cuba melindungi rambut Maisarah dari dipertontonkan.

"Aku benci orang munafik! Kau jangan berangan dengan perubahan kau akan ubah segala-galanya! Kau dah hancurkan semuanya, Maisarah! Berambus dari sini. Aku benci! Pergi!!!" teriak Tengku Bunga dalam tahanan Megan. Air mata Tengku Bunga merembes lebat dalam kemarahannya. Sungguh dia benci perempuan itu! Kerana Maisarah, abangnya hilang separuh ingatan!

"Delima, bawa Yang Mulia keluar sekarang. Emosi Tengku Bunga tak stabil. Cepat!" perintah Megan tegas kepada Delima. Kalau Maisarah tak keluar sekarang, Tengku Bunga akan buat lebih daripada itu. Jadi, dia sarankan Maisarah keluar dari sini.

Delima mengangguk mengerti. Maisarah yang sudah lemah dalam pelukannya, dibantu papah untuk keluar dari bilik bacaan. Meninggalkan Tengku Bunga dan Megan sahaja di dalam bilik itu. Setelah keadaan sepi, Megan menunduk melihat Tengku Bunga yang sedang menangis. Megan hela nafas panjang. Dia bangun ingin pergi dari situ.

"You chose her over me."

Suara parau Tengku Bunga menghentikan langkah Megan. Megan menoleh separa. Melihat Tengku Bunga melalui ekor mata. Seketika, Megan tundukkan pandangannya.

"Sebab saya tak kenal Bunga saya yang dulu lagi." Ucap Megan lalu meninggalkan tempat itu tanpa ragu lagi.

Tengku Bunga mendongak. Menggigit bibirnya dengan air mata semakin turun. Ayat yang diberi oleh kekasihnya kembali koyakkan hatinya.

Sebahagian dipotong untuk memudahkan penerbitan

𝐏𝐫𝐢𝐧𝐜𝐞𝐬𝐬 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚𝐡 | TERBITWhere stories live. Discover now