BAB 19

10.9K 1.2K 64
                                    

"Apa jadi dengan awak, Maisarah?"

Soalan pertama yang keluar dari mulut Permaisuri Widuri masa mata tidak sengaja tertacap ke arah hujung bibir Maisarah. Baru Maisarah ingin suap roti dalam mulut, terhenti bila ibu mertua melemparkan soalan itu. Lantas Maisarah letak kembali roti di atas pinggan. Tangan di atas riba lalu ukir senyum nipis.

Setahu dia tadi, dah berlapis dia tepek concealer untuk tutup kesan luka pecah di hujung bibir. Sekejap Maisarah lirik Tengku Qayyum yang diam. Takkan diam? Cakaplah! Hati Maisarah merungut kecil. Salahkan adik kau tu!

Maisarah pandang Tengku Bunga sekilas. Santai gadis itu suap sup cendawan dengan jungkitan kecil di hujung bibir. Dia tak buta. Jelas-jelas Tengku Bunga sedang mengejeknya. Mesti rasa dia takkan bagitahu hal sebenar kepada Permaisuri Widuri dan Tuanku Hakam. Ha! Tengku Bunga silap orang nak cari pasal.

Maisarah sorok senyuman sinis. Kaki naik menyilang dan tangan bersedakap dada. Tatapan ibu mertua dibalas tenang.

"Tak ada apa pun, bonda. Salah anak bonda ni lah sebab ganas sangat semalam." Ujar Maisarah nakal sambil menyenggol lengan Tengku Qayyum. Hatinya tergelak puas kerana dapat mengenakan suaminya sekaligus buat Tengku Bunga bengang. Apa? Ingat dia akan berdiam diri walau dia beritahu benda palsu?

Tengku Qayyum yang sedang makan, langsung tersedak bila mendengar bicara isterinya. Laju tangan tekup leher yang rasa tercekik. Tengku Qayyum toleh pandang wajah isterinya yang tersenyum-senyum itu. Terkebil biji mata lelaki itu sambil telan liur kasar. Mujurlah jantungnya masih kuat.

Tengku Qayyum ternganga kecil. Kepala menggeleng tanda tidak percaya apa yang Maisarah katakan. Sungguh?! Tengku Qayyum beralih pandang Tengku Bunga yang berkerut tak puas hati. Mata dua beradik itu bertembung. Tengku Qayyum pasang riak tahan sabar. Tak pasal-pasal dia terpalit sama atas kejadian semalam!

Sudahlah Maisarah cakap benda dalam kelambu! Nak cium apa kalau tak pernah sentuh pun?

"Amboi, Qayyum. Tak sangka Qayyum pandai bab-bab macam ni..." Permaisuri Widuri mengusik. Ketawa dengan Tuanku Hakam yang tergeleng-geleng kepala. Terselit rasa senang dan bahagia bila melihat anaknya akur dengan Maisarah.

Ada peluang nak dapat cuculah ni!

"Biasalah, bonda. Isteri cantik sangat. Siapa boleh tahan." Sahut Tengku Qayyum bersama tawa palsunya. Satu tangan naik di bahu isterinya lalu ditarik dekat. Telinga merah kerana malu bukan main. Adakah Maisarah sengaja buat dia tak tentu arah?

Mata Maisarah membulat kecil. Laju tangan beri sepitan ketam di sisi perut suaminya. Melebih pula dia eh? Sikit-sikit dahlah! Tengku Qayyum ternganga menahan sakit. Aduh, bisanya dia cubit! Tangan Tengku Qayyum tahan tangan Maisarah. Dibiarkan, makin dicubitnya. Tengku Qayyum tatap Maisarah geram lalu kembali pandang wajah orang tuanya.

Sengih lalu ketawa palsu. Menyorok rasa geram dan malunya.

"Kalau tak tahan sangat, pindahlah rumah. Tak adalah mengganggu mata orang yang memandang. Kan, Kak Mai?" Tengku Bunga mencelah. Beri senyuman manis kepada Maisarah yang senyum nipis. Senyum sabar.

"Ah, betul kata adik awak tu, habib. Kita kena pindah rumah. Cari tempat yang tak ada nyamuk dan langau. Tak adalah isteri habib ni kena gigit selalu. Risau kalau habib pilih tempat tu, lama-lama darah saya habis dihisap mereka." Seru Maisarah dengan wajah sedih. Tangan Tengku Qayyum dipeluk lalu melentok manja kepala di bahu kekar suaminya. Mata terkelip-kelip melihat Tengku Bunga.

Tengku Bunga genggam sudu kuat. Rasanya akan bengkok jika Tengku Bunga tidak menahan diri. Melihat wajah sinis Maisarah cukup buat hati Tengku Bunga membara hebat. Rasa nak meledak lava-lava api dalam otaknya. Eee kau tunggulah, Maisarah! Kau akan terima akibatnya nanti!

𝐏𝐫𝐢𝐧𝐜𝐞𝐬𝐬 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚𝐡 | TERBITWhere stories live. Discover now