Tengku Qayyum turun dari kereta lalu berdiri di samping pintu untuk menyambut isterinya keluar. Senyum terbit saat melihat wajah jelita Maisarah. Isterinya nampak menawan dengan gaun merah muda labuh paras bawah lutut dan lengan yang terdedah, ditutupi kardigan fabrik berjenama mewah. Kain kecil melilit leher jinjang. Rambut diikat sanggul, membiarkan beberapa helaian rambut jatuh di tepi mata.
Uh... She's freaking beautiful!
Mujurlah Maisarah miliknya. Tak perlu risau ada mana-mana lelaki mahu rampas Maisarah daripadanya.
Maisarah melihat pemandangan di depan mata, bangunan tersergam megah dan mewah. Restoran mahal yang hanya didatangi oleh manusia berpangkat tinggi seperti bangsawan, ahli korporat, ternama dan seangkatan dengannya. Restoran ini dia tak pernah jejak walau pernah datang Vhagar berkali-kali sebelum berkahwin dengan Tengku Qayyum.
Maisarah beralih melihat Tengku Qayyum. Mula hairan bila riak lelaki itu nampak tak senang. Kenapa? Sekilas Maisarah pandang restoran itu sebelum menegur Tengku Qayyum. Tengku Qayyum reflek menoleh. Sesaat berbalas tatapan sebelum satu kening dijungkit.
"Are you okay?" tanya Maisarah ingin tahu. Tiba-tiba saja muka berubah. Entah apa yang difikirkan.
"Okey. Saya okey. Jom masuk." Tengku Qayyum tarik tangan Maisarah masuk ke dalam restoran. Maisarah akur saja. Selagi tak buat perangai, selagi itu dia percaya Tengku Qayyum tak apa-apa.
Sampai saja di pintu masuk, mereka disapa hormat oleh penyambut tetamu. Tengku Qayyum dan Maisarah membalas dengan angguk kecil.
"Tengku Dauf dan Tengku Seroja." Sebut Tengku Qayyum memberitahu. Maisarah di sebelah, tersentak kecil. Sedikit matanya membulat mendengar nama yang sangat tidak asing di telinga. Seroja yang sering disebut oleh Tengku Bunga, bukan? Maisarah kawal riak.
Untuk apa Tengku Qayyum bawa dia ke sini? Nak tunjuk bekas isteri tak jadi kepada dia ke macam mana ni? Atau Tengku Qayyum sengaja nak cari pasal dengannya? Maisarah cukup pasti bahawa Tengku Qayyum tahu dia tidak menyukai nama Seroja itu. Haish! Kalau tahu, mesti lelaki itu tak akan bawa dia jumpa dengan perempuan Seroja itu.
Maisarah tertarik semula ke realiti bila Tengku Qayyum menarik tangannya. Cepat-cepat Maisarah menahan. Tengku Qayyum terkejut. Wajah Maisarah dipandang.
"Kenapa ni?"
Ha! Dengan mudahnya, ditanya kenapa?
Maisarah tarik Tengku Qayyum jauh sikit dari penyambut tetamu itu. Muka berang ditunjuk. "Kenapa awak bawa saya datang ke sini? Awak tahu kan saya tak suka perempuan Seroja tu?! Kenapa awak nak jumpa dia?!" sebaik mungkin Maisarah tidak keraskan suara.
Tengku Qayyum jeda sesaat sebelum hembus nafas dalam.
"Nanti saya jelaskan. Kita jumpa mereka dulu, okey?" Tengku Qayyum membalas dengan senyuman nipis. Tangan Maisarah ditarik lembut, mengikutnya.
Maisarah menjeling tajam. Kalau nak beramah mesra tu, cakap jelah. Tak perlu nak menipu! Tak semena, hatinya membara. Untuk apa Tengku Qayyum jumpa perempuan itu? Takkan nak berhubungan balik? Tak tak! Kau jangan fikir negatif, Maisarah! Mana tahu suami kau... Argh! Dia tak boleh positif!
Apa yang dikatakan Tengku Bunga tempoh hari tak pernah hilang dari ingatan. Sentiasa melekat. Kalau menganggap dia sudah buang nama Seroja dalam ingatan, silap besar. Sejak Tengku Bunga sebut nama itu, nama itu ditanam elok-elok dalam kepala.
Tapi... kenapa dia rasa begini? Tak mungkin kerana cemburu. Argh lantaklah! Asalkan tak ada isteri yang nak lepaskan suami di tangan perempuan lain.
Bila langkah berhenti, Maisarah angkat kepala. Mata Tengku Qayyum sedang melihat ke satu arah. Maisarah ikut pandang. Langsung riak Maisarah berubah datar. Oh! Itulah dia. Perempuan yang dikatakan berjaya curi hati Tengku Qayyum Afkari Falah beberapa tahun lalu. Maisarah tolak lidah ke gigi geraham.
YOU ARE READING
𝐏𝐫𝐢𝐧𝐜𝐞𝐬𝐬 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚𝐡 | TERBIT
RomanceMaisarah Az- Zahra Sombong, angkuh, percaya diri, berlagak, dingin, hati beku, mudah marah dan sinikal, semuanya dicampak kepada Maisarah. Si puteri mahkota yang sering jadi bualan orang kerana sikap dan kecantikannya. Mungkin kerana dia cantik, di...