Selepas adegan ciuman yang tak disangka akan terjadi, membuat Maisarah tak berani lagi dekat dengan Tengku Qayyum. Kalau tadi rasa berani hadir, kini hilang bila sedar perbuatannya sudah tersasar jauh. Sudahnya, Maisarah terpaksa menahan malu dengan duduk di sofa yang tersedia di dalam bilik gim itu sambil pura-pura main telefon.
Anggap kejadian tadi tak pernah jadi walau dada bukan main berdebar tinggi. Otak Maisarah merakam jelas bagaimana bibir Tengku Qayyum begitu lembut menjamah bibirnya. Bagaimana hangatnya nafas Tengku Qayyum. Pipi Maisarah jadi udang bakar. Merah bahang bila terbayang kembali kejadian tadi.
Sedar, Sarah! Sedar! Ingat apa tujuan kau kahwin dengan dia. Kau kahwin dengan dia sebab penipuan kau je! Maisarah berperang dengan perasaan sendiri.
Tengku Qayyum melihat isterinya yang bagai tak senang duduk, tersenyum geli hati. Mesti isterinya sedang kacau dengan perasaan. Dia ingat bagaimana tatapan Miasarah yang sangat redup dan sayu setelah pautan bibir dilepaskan. Melarikan pandangan dengan pipi bersemu merah jambu. Seakan sedar adegan itu tak sepatutnya terjadi.
Sungguh, pemandangan itu membuat Tengku Qayyum hampir hilang separuh akalnya.
Perempuannya sangat menawan bila lihat sedekat itu. Iris hijau zamrud itu bagaikan memanggil Tengku Qayyum untuk terus menatap sampai tembus dalam ke dasar hati. Sial. Adakah dia sudah jatuh gila pada Maisarah Az-Zahra? Kenal berbulan tidak apatah lagi bercinta tetapi Tengku Qayyum sangat bersyukur.
Bersyukur kerana Maisarah kini, isterinya yang sah. Hak milik mutlaknya. Dia ada hak yang mahal untuk kawal Maisarah menjadi perempuan yang sangat mencintainya.
Tunggulah. Dia akan buat Maisarah menangis tak tahan kerana dibelenggu oleh dirinya dan takut kehilangannya. Tengku Qayyum tahu isterinya masih tak boleh lupakan Iskandar tapi dia ada caranya untuk Maisarah lupakan Iskandar secara perlahan-lahan.
"Sayang," panggil Tengku Qayyum bila Maisarah mula leka dengan telefon pintar. Ish! Layanlah aku ni. Ini duduk main telefon buat apa? Layan aku, dapatlah pahala. Hati Tengku Qayyum merungut kecil.
Maisarah angkat kepala. Dahi berkerut. "Siapa suruh awak panggil saya sayang?" kening Maisarah terangkat tinggi. Sesuka dia je panggil aku sayang. Nasib dia jenis hati tak cepat jatuh. Kalau tidak, agaknya dah cair. Maaflah. Hati masih tertutup.
Maisarah pasang raut wajah datar.
Tengku Qayyum hembus nafas dalam. Senyuman manis diukir khas untuk isteri tersayang. "Okay, baby. Baby, come here. Kita bersenam sama-sama." Sengaja Tengku Qayyum. Selain ingin menusik, dia juga ingin lihat reaksi Maisarah yang mencuit hati.
Mata Maisarah membulat mendengar ayat seterusnya. Baby?! Wah!
"Kenapa tak babi terus?" lancang Maisarah membalas dengan senyuman sinis.
"Aip! Tak mahu carut. Hilang maruah seorang perempuan bila mencarut, tau? Lagi-lagi saya ni suami awak. Percakapan kena baik." Tiba-tiba Tengku Qayyum beri ceramah. Tergeleng kepala Tengku Qayyum dengan sikap isterinya. Kasar betul! Rasanya sebelum kahwin tak ada pula Maisarah sekasar ini.
Spontan Maisarah juling mata ke atas. Jengah mendengar ceramah percuma Tengku Qayyum.
"What do you want, Your Highness?" tanya Maisarah geram. Mata menjeling tajam sosok suaminya yang sedang tersengih-sengih. Apalah tu dalam fikirannya? Mesti nak mengusiknya lagi. Maisarah letak telefon lalu silang dada.
Memandang suaminya tajam bak mangsa.
Tengku Qayyum datang mendekat sambil gosok rambut basahnya. Kesan dari peluh kerana bersenam berat tapi rasanya sangat puas dan tekanan yang membelenggu otak, sudah hilang dari radar. Lagi bertambah baik bila ada isteri cantik menemani. Tengku Qayyum senyum dalam hati.
YOU ARE READING
𝐏𝐫𝐢𝐧𝐜𝐞𝐬𝐬 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚𝐡 | TERBIT
عاطفيةMaisarah Az- Zahra Sombong, angkuh, percaya diri, berlagak, dingin, hati beku, mudah marah dan sinikal, semuanya dicampak kepada Maisarah. Si puteri mahkota yang sering jadi bualan orang kerana sikap dan kecantikannya. Mungkin kerana dia cantik, di...