BAB 35

13.9K 1.2K 149
                                    

Rasanya sukar untuk menahan sesuatu yang sudah lama tersimpan. Namun, kerana situasi yang kelihatan kacau, terpaksa menutup kebenaran yang ingin sekali dirungkaikan. Tuanku Hakam mengerti apa yang beliau lakukan sangat salah. Apa lagi ini tentang menantunya, Maisarah Az-Zahra. Bukan beliau ingin melakukan ini tetapi beliau terpaksa menurut permintaan anakanda tercinta.

Iaitu Tengku Qayyum Afkari Falah.

Tuanku Hakam hela nafas sembari duduk di sofa. Teh yang sudah suam dituang ke dalam cawan kaca. Sementara Tengku Qayyum baru kembali dengan senyuman tak lekang di bibir. Dari ekor mata, Tuanku Hakam nampak dengan jelas riak anaknya. Sekali lagi Tuanku Hakam menghela nafas.

"Soon. You will be king, Qayyum." Peringat Tuanku Hakam hampir tak kedengaran tapi cukup sampai ke telinga Tengku Qayyum yang ingin duduk di sofa bertentangan sang ayah. Tengku Qayyum senyum senget.

"I don't remember anything about myself."

Tuanku Hakam jeda. Wajah tenang anaknya dipandang jengah.

"Enough, Qayyum. Stop playing." Tegas Tuanku Hakam.

Buat seketika, mata mereka bertembung sebelum ketawa mereka menggelegar kuat. Tuanku Hakam sampai hampir tersedak. Tengku Qayyum berdekah ketawa kerana rasa terhibur dengan permainan yang dia aturkan. Tuanku Hakam menggeleng. Beliau tahu permainan yang Tengku Qayyum aturkan sangat salah kerana telah membuat mental Maisarah rosak tetapi mahu bagaimana lagi?

Tengku Qayyum berkeras mahu teruskan sebagai pesakit yang hilang separuh memori. Walhal tidak pun. Impak kemalangan itu tidak memberi kesan yang besar kepada Tengku Qayyum sehingga boleh hilang memori. Bahkan ketidaksedaran Tengku Qayyum hanya kepuraan semata-mata.

Ya. Tengku Qayyum sengaja tidak sedarkan diri kerana ingin mendengar apa yang manusia berhati busuk mahu katakan kepadanya. Namun, lain pula yang dia dengar. Bukanlah kata-kata manusia berhati busuk melainkan kata-kata hangat dari isteri tercinta yang telah berubah. Bohong Tengku Qayyum tidak menahan diri dari bangun lalu ingin peluk wanitanya.

Setiap kata-kata yang keluar dari bibir isterinya, sepenuhnya buat hati bergetar dan terenyuh. Mati-matian dia menahan air mata dari keluar.

Rancangan ini hanya diketahui oleh Tuanku Hakam dan doktor yang mengurusnya. Yang lain sudah termakan dengan penipuan yang dia buat. Selain menipu Maisarah, dia juga telah menipu ibunya.

Tengku Qayyum hela nafas sembari menengadah kepala ke atas. Melihat kosong siling berukiran di atasnya. Isi pipi digigit.

"Apa kamu nak buat lepas ini? Kamu tahu kan apa kamu buat, dah buat Maisarah terluka? Kalau dia tahu, rasa tertipu sangat tahu tak?" Tuanku Hakam menggeleng pasrah.

Tengku Qayyum senyum. "Sikit je lagi, ayahanda. Qayyum tengok Seroja dan Dauf dah senyap sekarang. Jadi, Qayyum nak berhati-hati sikit. Mana tahu mereka tengah rancangkan sesuatu. Masa Qayyum berpura amnesia dulu, Bunga sengaja buat cerita kalau Seroja tu isteri Qayyum. Haish serabut!" gerutu Tengku Qayyum. Meluat sungguh melihat wajah malu-malu Tengku Seroja bila dikatakan isterinya.

Urgh! Mujurlah ada isteri comel datang selamatkan dia dari toksik beracun itu. Mengenangkan tingkah manis isterinya dulu buat hatinya berbunga. Akhirnya, hari yang dia nantikan selama ini sudah tercapai. Doanya inginkan cinta dan jiwa gadis itu sudah Allah makbulkan. Tak sia-sia juga permainan yang dia buat. Ingatkan kemalangan yang terjadi, Maisarah takkan berubah.

"I miss my wife, ayahanda..." Luah Tengku Qayyum perlahan. Muka nampak pasrah.

Tuanku Hakam menggeleng. "Sudahlah tu bermain-main, Qayyum. Kalau dah tak tahan tu, pergi ajelah jujur dengan isteri kamu. Tak baik buat perasaan isteri kamu makin sakit. Tak tenang hidup nanti." Nasihat Tuanku Hakam, geram. Beliau pula rasa tak kuat melihat Maisarah lemah saja tak berdaya.

"Seroja tu licik, ayahanda."

"Ah! Pasal perempuan tu, biar ayahanda dengan Megan uruskan. Kamu fokus dengan rumah tangga kamu saja. Kalau ayahanda perlukan Qayyum, tahulah ayahanda nak panggil. Sekarang, pergi jujur dengan Maisarah. Ayahanda pasti Maisarah tengah tunggu kamu. Ayahanda tak nak kamu dan Maisarah sama-sama terseksa. Pergi baiki mana yang perlu,"

Tengku Qayyum terdiam. Duduk tegak dengan otak mula berfikir tentang apa yang ayahnya katakan. Wajah Tuanku Hakam dipandang.

"Kamu suami dan Maisarah isteri. Mesti bila kamu dan dia dah masuk alam perkahwinan, dah bersedia untuk hadap segala risiko ujian rumah tangga. Kuat tak kuat, hanya Allah yang tentukan. Sekarang, pergi jujur dengan Maisarah. Bangunkan balik rumah tangga yang dulu suram. Lupakan penceraian yang Maisarah pernah minta." Pesan Tuanku Hakam lagi. Tentulah menusuk ke tangkai hati. Sempat terngadah dengan ayat hujung Tuanku Hakam.

Bermakna Tuanku Hakam juga tahu tentang pergaduhan besar mereka sebulan lalu?

"Ingat, Qayyum. Menantu ayahanda hanya Maisarah Az-Zahra. Bukan Seroja atau mana-mana perempuan sekali pun." Tegas Tuanku Hakam.

Sebahagian dipotong untuk memudahkan penerbitan

𝐏𝐫𝐢𝐧𝐜𝐞𝐬𝐬 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚𝐡 | TERBITWhere stories live. Discover now