BAB 24

10.6K 1.2K 158
                                    

"U... ulang balik apa awak cakap tadi, Maisarah..."

Rasanya jantung Tengku Qayyum mahu gugur bila mendengar perkataan cerai keluar dari mulut Maisarah. Bayangannya akan dapat melihat senyuman Maisarah di pagi ini pudar sekelip mata bila Maisarah meminta cerai. Tengku Qayyum melihat getir makanan yang berteraburan di atas lantai.

Hati bagai tercarik-carik. Tengku Qayyum telan liur sembari tatap mata Maisarah kembali.

Maisarah maju selangkah. "Ceraikan saya. Sekarang! Bersaksikan Delima."

Delima segera meninggalkan ruang santap untuk memberi ruang pada pasangan itu. Betapa terkejutnya dia mendengar perkataan yang keluar dari mulut Maisarah. Ya Allah, apa terjadi sebenarnya?

"Apa awak mengarut ni? Saya takkan ceraikan..."

"Untuk apa?! Untuk apa awak simpan isteri macam saya, Qayyum?! Kenapa awak pilih saya jadi isteri awak?! Saya bukan perempuan yang baik untuk awak jauh sekali perempuan yang patuh dengan suaminya! Lebih baik awak lepaskan saya dari awak hadap isteri derhaka macam saya ni!" tempelak Maisarah tinggi. Setajam pisau bola mata itu merenung wajah keruh Tengku Qayyum.

"Sayang..." Suara Tengku Qayyum bergetar. Kedua-dua tangannya dikepal. Dadanya sesak. Kelihatan Maisarah benar-benar serius dengan ungkapan cerai. Tak mungkinlah sebab semalam, Maisarah mahukan perpisahan.

Tak! Dia takkan ceraikan Maisarah. Maisarah miliknya dan satu-satunya perempuan yang dia inginkan. Dia sanggup merayu agar Maisarah tidak meninggalkannya. Hatinya telah mencintai begitu dalam kepada Maisarah. Tak mungkin dia akan menceraikan Maisarah.

Maisarah buang pandangan. "Saya tak bahagialah dengan awak. Awak lepaskan je saya. Awak boleh bersama dengan perempuan lebih baik dari saya." Kata Maisarah perlahan. Rahang gadis itu bergerak-gerak menahan rasa yang membuak-buak dalam dada. Ingin saja Maisarah bentangkan segala rasa yang ada di depan Tengku Qayyum.

Tentulah ucapan itu membuat air muka Tengku Qayyum berubah kecewa. Angguk samar dengan bibir sedikit bergetar.

"Tak mungkin sebab kesalahan saya semalam, awak nak minta cerai? Sayang, kita baru kahwin dua bulan. Bukan dua tahun. Awak memang tak ada rasa sikit ke pada saya? Sikit pun tak ada?" serak suara Tengku Qayyum bertanya. Dia ingin tahu adakah Maisarah masih ego atau sebaliknya.

Jika Maisarah ada perasaan kepadanya, dia masih ada peluang untuk baiki semuanya. Tolonglah! Baru dua bulan mereka bersama, takkan mahu berpisah? Tengku Qayyum sungguh menolak semua itu terjadi dalam hubungan mereka.

"Bukan masalah semalam. Kesalahan awak, saya dah maafkan." Kata Maisarah datar. Enggan mata melihat wajah sedih

"Habis tu? Kenapa awak minta cerai dengan saya? Mai, saya cintakan awak sepenuh hati saya. Takkan awak tak nampak semua tu? Ha?"

"Apa lagi yang kurang, Maisarah? Saya dah cuba sehabis baik untuk tambat hati awak. Saya dah cuba sehabis baik untuk bahagiakan awak dengan cara saya. Apa lagi yang tak cukup dengan usaha saya, Maisarah?"

"Awak cakap dengan saya mana yang kurang?" kedengaran putus asa suara Tengku Qayyum. Jejaka itu berharap tinggi apa yang Maisarah inginkan hanya emosi semata. Ya Allah, dia sangat mencintai perempuan di depan matanya ini. Dia tak mahu kehilangan Maisarah!

Maisarah membisu. Hanya air mata yang mengalir di pipi mulus itu.

"Sayang, look at me. Pandang saya." Menggigil kecil tangan Tengku Qayyum mencapai tangan isterinya. Menghadap ke arahnya lalu Tengku Qayyum tolak dagu Maisarah ke atas untuk menemukan mata mereka.

Lama mata mereka bertembung. Tak terasa air mata Maisarah mengalir merentasi pipi mulus itu. Perlahan-lahan bibir Maisarah jatuh melengkung. Bergetar dan berusaha tahan diri dari tidak menunjuk sisi lemah depan Tengku Qayyum. Maisarah genggam kuat tangan Tengku Qayyum seakan ingin meminjam kekuatan.

𝐏𝐫𝐢𝐧𝐜𝐞𝐬𝐬 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚𝐡 | TERBITWhere stories live. Discover now