BAB 20

4K 185 6
                                    

Pang!

Terteleng wajah Iris ke kanan bila ditampar dengan kuat oleh Najla.

Bagaikan mahu terkeluar biji mata Zafran apabila melihat Iris ditampar oleh gadis yang tidak dikenali itu. Pantas dia berlari dan berdiri di hadapan Iris untuk melindungi Iris dari gadis tersebut. Bimbang gadis itu cuba untuk menyakiti Iris lagi. Amalina yang dari tadi hanya memerhati dari dalam kereta pula segera keluar dari perut kereta dan berjalan laju menghampiri Zafran dan Iris.

Orang ramai yang berada berdekatan pula mula berkumpul untuk melihat. Tidak kurang juga ada yang mula mengeluarkan telefon bimbit untuk merakam kejadian itu.

Tangan dikepal erat. Menggelegak hati Iris bila ditampar oleh Najla di hadapan orang ramai. Dalam hidupnya belum ada lagi yang berani membuatnya begini.

Zafran yang berdiri di hadapan ditolak sedikit kasar ke tepi. Lantas dengan laju Iris mendekati Najla lalu sebuah penampar dilayangkan ke pipi kanan Najla.

Pang!

Belum sempat Najla mengangkat wajah. Pipi sebelah kirinya pula ditampar Iris.

Pang!

Terus senyuman puas tersungging di bibir Iris. Berani Najla menamparnya. Silap besar Najla mencari masalah dengannya. Orang yang Najla tengah berhadapan sekarang ialah Iris Mikayla!

Rasa berdesing Najla diberikan dua das penampar oleh Iris. Angkat wajah, Iris dipandang dengan pandangan tajam bak belati. Kalaulah pandangannya sekarang sebilah pisau sudah pasti sekarang tubuh Iris terbelah-belah.

Laju Najla menerpa ke arah Iris namun pantas dihalang oleh tubuh Zafran. Secepat kilat Iris ditarik oleh Zafran ke belakang badannya. Dengan rela Zafran membiarkan bahagian depan badannya dipukul bertubi-tubi oleh Najla demi menghalang Najla dari mengasari Iris. Sesekali lengannya terasa seperti dicakar-dicakar oleh Najla. Namun dia tidak peduli. Biar dia saja yang sakit, asalkan bukan Iris.

"Cik! Cik dah melampau ni!" Kata Zafran kuat bila tiada tanda-tanda Najla cuba berhenti dari memukulnya. Lalu tanpa berbasa-basi tubuh Najla ditolak ke tepi jauh dari Iris. Iris pula ditolak makin ke belakang.

Dengan dada yang berombak Najla memandang tajam ke arah belakang badan Zafran atau lebih tepat sekali ke arah Iris. Sakit hatinya bila dia tidak berjaya mengasari Iris.

"Eh jantan! Kau siapa hah?! Jangan sibuklah. Ni urusan hidup mati aku dengan Iris! Kau tepi!" Ucap Najla kuat lalu tubuh Zafran cuba ditolak-tolak agar jauh dari Iris. Lengan Iris dibelakang dipegang kuat oleh Zafran dan tangan Najla yang sedang memukulnya ditepis kuat hingga Najla beberapa tapak terbelakang.

"Argh!" Tempik Najla bila usahanya untuk mengasari Iris tidak berjaya kerana Zafran.

Mencerlung mata Najla memandang Zafran. "Berani kau!" Tangan dikepal erat.

"Kenapa kau sibuk protect perempuan tak guna tu hah! Kau tahu tak perempuan tu tak guna. Dia dah rampas boyfriend aku!" Tempik Najla kepada Zafran. Sakit hatinya semalam bila Hisyam minta putus darinya. Lagi bertambah sakit hatinya bila punca Hisyam minta putus adalah kerana Iris. Siapa tidak kenal Iris! Satu universiti kenal siapa Iris Mikayla. Gadis jelita yang kaya raya, anak kepada Tan Sri Irfan, salah seorang ahli perniagaan yang berjaya. Dia sudah lama dengki dengan Iris. Bila perkara ini terjadi, ia ibarat menyalakan kembali api yang telah lama padam.

Mendengar kata-kata Najla, Iris ketawa kuat lalu keluar dari belakang Zafran dan dengan santai berjalan menghampiri Najla.

"Iris..."

"Padan dengan muka kau. Siapa suruh kau cari pasal dengan aku. Silap besar kau cari masalah dengan Iris Mikayla. Sekali orang sakiti aku, dua kali aku balas." kata Iris seraya senyuman mengejek dihadiahkan kepada Najla.

Flower Path (Bakal Terbit)Where stories live. Discover now