"Macam mana keadaan nenek sekarang?" Tanya Zafran.
"Hmm. Ibu cakap lepas balik dari kedai runcit tu, dari petang sampai ke malam ni nenek berkurung dalam bilik. Ibu bagi makanan pun nenek tak makan." Balas Amalina. Terkejut dia bila dia call ibu petang tadi ibu terlepas cakap apa yang telah terjadi kepada ibu dan nenek semasa mereka ke kedai runcit. Terus dia paksa ibu cerita apa yang telah terjadi. Ibunya sempat menegah dia supaya tidak memberitahu perkara ini kepada Pak Long Irfan, katanya tak mahu Pak Long Irfan risau tapi dia ceritakan juga sebab dia rasa Pak Long Irfan berhak tahu.
Tan Sri Irfan mengeluh berat. Terkejut juga dirinya bila Amalina menceritakan apa yang berlaku kepada Bonda Irma dan adiknya Ilyana di kampung. Tidak sangka dia mulut orang kampung celupar begitu. Nampaknya kisah lama yang berlaku dalam keluarga mereka kembali menjadi buah mulut penduduk kampung.
Tiba-tiba dia terfikir agaknya sebab inilah Iris setuju untuk mengikutnya balik ke kampung hari itu. Iris mahu kisah keluarga mereka kembali diungkap. Iris mahu merenggut ketenangan ibunya. Iris mahu ibunya terus hidup dalam kisah lama dan terus hidup menanggung rasa bersalah.
Dan rancangan Iris berjaya.
Keluhan berat sekali lagi dilepaskan. Sekarang dia rasa begitu gagal sebagai seorang bapa. Anaknya begitu tekad berdendam begini kepada mereka dan dia sebagai bapa tidak boleh buat apa-apa. Sebab dia Iris jadi seorang yang pendendam, sebab dia Iris jadi seorang gadis yang kurang ajar, sebab dia Iris melibatkan diri kearah keburukan, semuanya sebab dia. Dan selepas ini entah apa lagi yang Iris akan lakukan.
"Wah! Tak sangka hebat juga orang kampung." Kata Iris sambil ketawa kecil. "Sampai tak keluar bilik orang tua tu." Tadi niatnya mahu ke dapur terus terhenti bila mendengar perbualan antara semua orang dalam rumah ini di ruang tamu rumah.Lagi-lagi orang yang dibincangkan ialah neneknya. Terus tersungging senyuman puas di wajahnya. Tak sia-sia dia balik kampung hari itu. Sekarang hidup perempuan tua itu tak tenang kerananya.
"Ni Amalina, cakap dengan Maksu, cakap Iris pesan supaya bagitahu nenek yang nenek kalau nak berkurung dalam bilik, jangan lupa makan tau. Bukan apa, risau kan nenek sakit pula. Nanti nenek sakit tak keluar rumah, orang kampung nak mengumpat siapa pula." Terus meletus tawa Iris lagi.
"Iris..." tegur Tan Sri Irfan keras.
Bangun dari duduk, langkah dibawa menghampiri Iris yang sedang berdiri sambil berpeluk tubuh di tengah ruang tamu. "Sampai bila Iris nak buat nenek macam tu? Daddy tak kesah Iris nak buat apa. Tapi tolong kesian dekat nenek. Nenek dah tua sayang." Dadanya ditepuk kuat. "Kalau Iris nak balas dendam sangat, buat dekat Daddy!"
Terus tercebik mulut Iris. "Daddy jangan risau. Untuk Daddy..." Jari dituding ke arah Tan Sri Irfan. "Iris ada rancangan lain."
"Hmm...untuk perempuan tu pula, Iris pun ada rancangan lain." Jari telunjuk dituju pula kearah Puan Sri Hani yang sedang duduk di atas sofa sambil memandangnya.
"Zara, Iris pun dah plan baik punya untuk Zara." Kata Iris sambil tangan ditepuk gaya teruja.
"Kau..." Jari kemudiannya diarahkan ke arah Zafran pula. "Pun termasuk dalam rancangan dendam aku."
**********************
Zafran yang sedang berdiri sambil bercakap di telefon dekat gazebo berdekatan kolam dipandang Iris dari jauh.
Lelaki itu...
Anak kepada Puan Sri Hani.
Dan abang tirinya.
Lantas bagaimanakah Zafran boleh cintakannya? Antara mereka ada dendam sebagai tembok pemisah. Bagaimana dalam episod dendam ini, boleh ada cinta yang tumbuh mekar? Jadi sungguhkah Zafran benar-benar cintakannya? Atau Zafran hanya kesiankannya semata-mata ?
Yang mana satu betul?
Zafran pernah kata bahawa dia sudah mempunyai seseorang di dalam hati. Atau mungkin orang itu adalah dia, Iris Mikayla?
Iris geleng kepala perlahan. Tak mungkin!
Tapi...jika benar Zafran cintakannya. Apa yang harus dia lakukan? Balas cinta Zafran? Tidak mungkin. Zafran seorang lelaki yang sempurna, kacak dan berkerjaya elok. Dia patut mendapatkan perempuan yang baik. Dan orang itu bukan dia.
Tapi...
Flashback
"Ni kau tak ada boyfriend ke Iris?" Soal Qaisara dalam talian.
"Mana ada. Siapa je yang suka dekat aku ni."
"Hek eleh poyo lah kau. Siapa je yang suka kau? Hello, kat luar sana berlambak lelaki sukakan kau. Kau tinggal tunjuk je nak yang macam mana. Eh aku ingat lagi tau masa zaman sekolah dulu, tiap-tiap hari kau dapat surat cinta, tak surat cinta dapat coklat, tak coklat pun dapat hadiah macam-macam. Kau lupa ke ni aku dengan Ana tukang habiskan coklat kau dulu?"
Terus meletus tawa Iris.
"Aku ni nasib baik je Dean tak sukakan kau."
Semakin kuat Iris ketawa mendengar kata-kata Qaisara itu.
Talian sepi seketika.
"Ni tadi kau tanya siapa je suka kau kan. Aku rasa aku tahu siapa." Kata Qaisara tiba-tiba.
Berkerut dahi Iris.
"Siapa?"
"Abang tiri kau. Zafran."
Terkedu kejap Iris. "Mana ada. Kau jangan nak merepek."
"Betul lah. Aku ingat tau dulu aku kan selalu juga lepak dekat rumah kau, aku boleh nampak la macam mana dia punya sisi caring dan sisi protective pada kau."
"Kau ingat tak dulu ada lelaki suka kacau kau dekat sekolah. Suka stalk kau sampai kau takut. Aku kan datang rumah kau lepastu aku terlepas cakap depan Zafran. Dua tiga hari lepas tu lelaki tu datang jumpa kau minta maaf sebab kacau kau. Dia kata Zafran bagi warning dekat dia. Eh bukan setakat warning, dengan penumbuk sekali dia bagi. Kau ingat?"
Diam.
"Ingat." jawab Iris perlahan.
"Ha satu lagi kau ingat tak projek yang kita kena buat untuk hantar dekat guru seni tu rosak, dahlah tarikh nak hantar dah dekat, Zafran sanggup tau bersengkang mata malam-malam siapkan untuk kau. Padahal masa tu dia pun busy dengan assignment dia. Demi kau sanggup dia tak tidur malam. Kalau kau tak nampak lagi betapa sayangnya dia dekat kau, tak tahulah aku nak cakap apa."
Iris diam membisu.
"Kau rasa dia cintakan aku?" Tanya Iris tiba-tiba.
"Yes! Ni Qaisara tau. Firasat aku tak pernah salah tau. Kau pun tahu."
Diam.
"Kau tak suka Zafran?"
Diam sejenak. "Aku tak suka dia." Jawab Iris.
"Kenapa kau tak suka dia?"
"Sebab aku memang tak suka."
"Okey! Bagi aku 3 alasan kenapa kau tak suka dia?"
"Pertama, dia anak kepada perempuan yang aku benci." Jawab Iris.
"Tapi dia tak bersalah."
"Kedua, aku adik tiri dia." Tambah Iris.
"Tapi boleh nikah."
"Ketiga, aku benci dia." Sambung Iris lagi.
"Tak penting. Yang penting dia sayang kau."
"Hmm, tapi...dalam banyak-banyak alasan kau bagi tadi, ada satu alasan kau tak cakap. Tak ada pula aku dengar yang kau bagi alasan kau tak cintakan dia."
"Kau cintakan Zafran, Iris?"
End Flashback
Zafran yang masih bercakap di telefon itu dipandang lagi dari jauh.
Apakah dia perlu menguji cinta Zafran kepadanya? Dan kalau terbukti betul, bolehkah dia jadikan Zafran sebagai senjata dendamnya?
YOU ARE READING
Flower Path (Bakal Terbit)
Romance"Abang...nak kahwin lagi satu" Rose sangkakan lelaki itu hanya tercipta untuknya seorang, tapi ternyata ia milik wanita lain juga. Dan mulai detik itu, jiwa Rose telah mati. "Jangan bencikan Daddy, janji dengan Mommy?" "Iris janji!" Impian Iris Mik...