BAB 40

3.2K 133 17
                                    

Jangan tiru aksi dibawah!

Flashback

Beberapa jam sebelum majlis grand annual dinner IM Holding berlangsung.

"Iris?"

Terkejut Zara bila buka-buka sahaja pintu bilik hotel terpampang Iris yang cantik memakai dress labuh berwarna brown dan bunga-bunga kecil yang diletakkan di sekeliling rambut panjang beralunnya dihadapannya. Berkerut kejap dahinya. Kenapa Iris tiba-tiba datang ke biliknya? Namun persoalan itu dibiarkan saja. Mungkin Iris ada urusan dengannya sebelum majlis berlangsung. Terus dibukakan juga pintu untuk membenarkan Iris masuk.

"Masuklah" kata Zara lalu pintu bilik hotel dibuka sedikit lebar, memberi ruang untuk Iris masuk ke dalam.

Tanpa berkata apa-apa, laju saja Iris melangkah masuk. Zara pula hanya membuntuti Iris dari belakang.

Sesampai sahaja Iris di depan katil, tubuhnya dipusingkan menghadap Zara. Sekeliling bilik kemudiannya diperhatikan. Mencari item yang dia mahukan. Anak mata meliar di sekeliling bilik sebelum...

Nah! Itu dia!

Telefon bimbit Zara.

Telefon bimbit Zara yang tersadai elok di atas katil diperhatikan kejap sebelum anak matanya kembali memandang Zara yang dari tadi terpacak di depannya tanpa berkata apa-apa.

"Err, kenapa Iris datang bilik Zara?" Tanya Zara lembut.

"Kenapa? Aku tak boleh datang bilik kau ke? Kau lupa hotel ni siapa punya?" Tanya Iris sambil tangan disilangkan ke dada.

"Bukan. Zara cuma tanya je."

Iris menggulingkan mata ke atas. Zara yang memakai dress labuh kosong berwarna maroon itu diperhati dari atas ke bawah. Terus senyuman sinis tersungging di bibirnya.

"Kau pernah terfikir tak yang suatu hari nanti kau akan jadi macam mama kau?" Tanya Iris tiba-tiba.

Hampir bertaut kening Zara mendengar soalan itu. "Maksud Iris apa? Zara tak faham?"

"Hai aku tanya soalan simple pun tak boleh jawab. Kau ni bodoh ke apa? Aku tanya, kau pernah terfikir tak suatu hari nanti kau akan jadi macam mama kau?" Tanya Iris sedikit keras sambil melangkah ke arah katil Zara. Duduknya kemudian dilabuhkan di tepi telefon bimbit Zara. Lalu tanpa Zara sedari, cepat-cepat sahaja telefon bimbit Zara diselitkan di tepi pahanya.

"Macam mama?" Tanya Zara sedikit hairan.

"Hmm. Macam mama kau. Takkan aku nak beritahu kau sekarang kot perangai sundal mama kau masa muda dulu macam mana. Kau sendiri pun tahu kan? So kau pernah terfikir tak yang suatu hari nanti kau akan jadi macam mama kau?" Tanya Iris lagi sambil mendongak memandang Zara yang dari terpacak sahaja. Keningnya kemudian dijongketkan ke atas sedikit tanda ingin mahukan jawapan dari Zara.

Senyap.

Zara tak tahu nak jawab apa. Tapi dia yakin yang dia tak macam mama.

"Jujur Zara pernah terfikir. Tapi Zara yakin yang Zara tak akan jadi macam mama." Jawab Zara sedikit yakin.

Terus tergelak besar Iris. "Adoi yakin je kau eh yang kau tak akan jadi macam mama kau. Kalau pun kau tak jadi macam mama kau. Kifarah mama kau yang akan kejar kau. Jangan ingat kau akan lepas pula." Bidas Iris. Senyuman mengejek kemudiannya dihadiahkan kepada Zara.

"Mama dah insaf." Jawab Zara ringkas.

Terus meletus tawa Iris lagi. Kelakar betul jawapan Zara tu. "So kau ingat bila mama kau dah insaf, semua benda yang dia buat dulu takkan kejar dia balik la macam tu?"

Flower Path (Bakal Terbit)Where stories live. Discover now