Iris yang santai duduk bersilang kaki di atas sofa ruang tamu sambil membelek-belek majalah fesyen itu dipandang oleh Puan Sri Hani dari jauh. Entah kenapa rasa terbakar hatinya melihat Iris yang santai duduk macam tak ada apa-apa masalah itu sedangkan anaknya sekarang tengah menangis-nangis di atas selepas apa yang terjadi sebentar tadi bersama keluarga Daniel. Bagaimana Iris boleh duduk santai silang kaki sambil tengok majalah fesyen lepas apa yang dia buat pada Zara? Ini semua tak adil!
Setelah mendengar apa yang dikata oleh Zara semasa pertemuan bersama keluarga Daniel tadi, entah kenapa dia merasa bahawa Iris ialah orang yang telah memerangkap Zara dan Daniel di hotel itu. Nalurinya kuat mengatakan bahawa Iris adalah dalang disebalik semua yang terjadi ini. Jujurnya, sejak hari Zara ditangkap bersama Daniel lagi dia sudah mengesyaki Iris. Namun dia tidak mahu menuduh kerana tiada bukti. Tapi lepas saja dengar apa yang Zara kata tadi, dia semakin yakin yang Iris adalah dalangnya!
Oleh itu dia nekad yang dia akan berhadapan dengan Iris dan membongkarnya sendiri. Dia tidak peduli apa yang terjadi, yang penting hari ini semuanya akan terbongkar. Lantas, langkah kakinya laju dibawa menghampiri Iris yang sedang duduk di sofa ruang tamu lalu dia berdiri tidak jauh mana dari tempat Iris duduk sekarang.
"Iris" seru Puan Sri Hani perlahan.
"Hmm" jawab Iris santai sambil membelek-belek majalah fesyen di tangan. Puan Sri Hani yang sedang terpacak di tidak jauh mana di depannya langsung tidak dipandang.
"Mama nak tanya Iris sikit boleh?" Tanya Puan Sri Hani perlahan sambil memandang Iris yang santai sahaja membelek majalah di tangan tanpa langsung mengangkat wajah memandangnya di hadapan.
"Tanya apa?" Soal Iris sedikit mendatar.
"Betul ke apa yang Zara cakap tadi yang Iris ada dalam bilik Zara sebelum majlis berlangsung dan masa pekerja hotel tu hantar makanan dekat Zara?" Soal Puan Sri Hani perlahan.
"Betul lah. So?"
"Jadi Iris yang perangkap Zara dan Daniel di hotel tu?" Tanya Puan Sri Hani tanpa basa-basi. Alang-alang Iris dah mengaku baik dia tanya terus. Tak payah nak berselindung lagi.
Pap!
Iris lempar majalah fesyen yang dipegangnya tadi secara kasar ke atas meja kecil ruang tamu yang berada di hadapan sofa tempatnya duduk. Kaki yang disilangkan tadi diturunkan lalu anak matanya dipanah tajam ke arah Puan Sri Hani yang berdiri tidak jauh di hadapannya itu.
"So sekarang kau nak tuduh aku perdajal anak kau tu la? Kau ada bukti ke?" Tanya Iris sedikit keras.
"Mama tak ada bukti. Tapi mama yakin memang Iris yang buat. Lagipun Iris berdendam dengan mama, jadi tak mustahil kalau Iris yang buat semua ni dekat Zara." Jawab Puan Sri Hani yakin.
Mendengar jawapan Puan Sri Hani itu terus meletus tawa Iris. Dengan segera Iris bangun dari sofa dan melangkah perlahan-lahan ke arah Puan Sri Hani sedang berdiri sekarang.
"Kau tak ada bukti, tapi kau berani tuduh aku. Kau nak mati ke perempuan?"
Tiba-tiba terasa panas hati Puan Sri Hani mendengar kata-kata biadap yang dilontarkan Iris kepadanya itu. Mencerlung matanya memandang Iris yang sedang berdiri sambil berpeluk tubuh di depannya itu.
"Iris jangan nak kurang ajar dengan mama! Mama tak perlukan bukti, mama yakin memang Iris yang perangkap Zara!" Balas Puan Sri Hani kuat. Sakit hatinya bila Iris selamba saja menjawab soalannya begitu.
"Dah tahu diri tu tak ada bukti, jangan berani-berani datang sini tanya aku soalan bodoh tu. Kau memang sengaja nak cari pasal dengan aku ke? Kau kalau tak ada bukti nak tuduh aku, baik kau duduk diam je lah. Tak pun kalau kau tak ada kerja sangat, apa kata kau pergi duduk menangis sama-sama dalam bilik dengan anak kau si Zara tu." Sambung Iris lagi
YOU ARE READING
Flower Path (Bakal Terbit)
Romance"Abang...nak kahwin lagi satu" Rose sangkakan lelaki itu hanya tercipta untuknya seorang, tapi ternyata ia milik wanita lain juga. Dan mulai detik itu, jiwa Rose telah mati. "Jangan bencikan Daddy, janji dengan Mommy?" "Iris janji!" Impian Iris Mik...