Tut! Talian ditamatkan.
Tan Sri Irfan hela nafas berat perlahan. Telefon di tangan dilihat. Dia baru saja selesai bercakap dengan adiknya, Ilyana. Saja dia menelefon adiknya tadi ingin bertanyakan khabar bondanya di kampung sama ada sihat atau tidak. Kata adiknya, keadaan bonda makin teruk. Selepas saja kali terakhir Iris balik kampung beberapa bulan lepas, selepas itu bonda mula berubah. Bonda selalu termenung seorang diri, kurang selera makan, tak banyak bercakap serta jarang keluar rumah. Selalunya, adiknya perhati, bonda akan duduk termenung seorang diri di pangkin depan rumah. Menangis-nangis sambil pegang gambar Iris di tangan. Ya, kata adiknya, bonda sangat terkesan dengan apa yang terjadi di antara bonda dan Iris semasa kali terakhir Iris pulang ke kampung beberapa bulan lepas. Katanya, bonda cakap, bonda belum terima yang bonda harus kehilangan Iris di saat bonda masih belum bersedia untuk kehilangan Iris. Bonda tak itu hukuman Tuhan kepadanya atas segala dosa yang bonda lakukan pada Rose dan Iris dahulu. Bonda kata hukuman itu terlalu berat untuknya hadap. Tapi bonda redha andai dengan cara itu dapat buat Iris bahagia. Kata bonda, biar saja dia hidup bertemankan air mata jika hanya dengan cara itu saja dapat membalas segala dosa-dosanya kepada Rose dan Iris dahulu.
Entah kenapa bila mendengar apa yang terjadi kepada bonda, dia turut risau akan nasibnya suatu hari nanti. Tiba-tiba terlintas di fikirannya, tak mustahil apa yang terjadi pada bonda sekarang ini mungkin akan terjadi juga kepadanya suatu hari nanti. Dia terfikir, bagaimana kalau suatu hari nanti Iris pilih untuk membuangnya sama seperti Iris membuang bonda? Tidak mustahil itu akan terjadi. Tidak mustahil Iris akan lakukan itu kepadanya. Bonda saja Iris rela buang, apatah lagi dirinya yang lagi banyak beri luka kepada Iris. Luka yang dia beri pada Iris bukan sedikit. Luka yang dia beri pada Iris lebih parah dari luka yang bonda berikan. Luka yang dia berikan pada Iris takkan pernah sembuh. Kalau sembuh pun parutnya masih ada.
Bagaimana kalau apa yang difikirkannya benar-benar terjadi? Kalau Iris pilih untuk tinggalkannya, bagaimana dengan dirinya? Adakah dia boleh terima? Adakah dia boleh terima hidup sendiri tanpa Iris di depan mata? Tak! Dia tak boleh terima! Selama ini walaupun Iris membencinya setengah mati, dia masih boleh melihat Iris di depan matanya. Benci-benci pun Iris kepadanya, Iris tetap akan pulang ke rumah. Bagaimana kalau suatu hari nanti Iris masih bencinya dan pilih untuk tidak pulang ke rumah? Bagaimana kalau itu benar-benar terjadi? Apa yang patut dia buat? Terima dengan hati yang rela? Tak! Dia tak rela! Dia lagi rela hidup dibenci setengah mati oleh Iris begini daripada Iris pergi jauh darinya! Tapi bagaimana kalau Iris tetap nekad? Apa yang patut dia buat? Tolonglah Tuhan! Dia tak mahu kehilangan Iris. Iris adalah separuh jiwanya. Hilang Iris hilang separuh jiwanya. Jangan biarkan ia terjadi ya Tuhan!
"Ergh!"
Tangan dibawa ke dada bila rasa sakit mula menyucuk dada. Ini yang selalu terjadi kepadanya bila dia terlalu banyak berfikir. Sejak terbongkarnya semua kegiatan Iris, dia selalu sakit dada. Dia ada berjumpa doktor peribadinya. Doktor cakap tekanan darahnya tinggi dan ia memberi kesan kepada jantungnya. Doktor suruh dia kurangkan stress kerana kata doktor mungkin dia terlampau banyak berfikir sehingga menyebabkan tekanan darahnya sedikit tinggi. Ya, benar kata doktor. Dia terlalu banyak berfikir kebelakangan ini. Dia banyak berfikir tentang Iris. Dia risaukan Iris. Dia risau kalau semua kegiatan Iris ini bocor ke tangan sesiapa, hidup Iris akan musnah. Dia tak mahu semua itu terjadi kepada Iris. Dia tak mahu Iris masuk penjara atau kena apa-apa musibah kerana hal ini. Iris tak salah. Dia yang bersalah. Kerana dia, Iris lakukan semua perkara buruk itu. Dia memang bapa yang tidak berguna.
"Ergh!"
Dada dicengkam sedikit kuat bila rasa sakit semakin kuat menyucuk-nyucuk dada. Dadanya naik turun mengambil nafas yang terasa sedikit semput. Peluh mula berbintik di dahi. Telefon yang dari tadi digenggam di tangan jatuh ke atas sofa. Kepalanya terasa sedikit berpinar. Nampak berpusing-pusing sedikit ruang tamu di hadapannya ini.
YOU ARE READING
Flower Path (Bakal Terbit)
Romance"Abang...nak kahwin lagi satu" Rose sangkakan lelaki itu hanya tercipta untuknya seorang, tapi ternyata ia milik wanita lain juga. Dan mulai detik itu, jiwa Rose telah mati. "Jangan bencikan Daddy, janji dengan Mommy?" "Iris janji!" Impian Iris Mik...