BAB 53

3K 147 30
                                    

"Weh seriuslah kau buat Zara macam tu?" Soal Dean dengan mata yang membulat. Tubuhnya tadi yang menyandar di motornya terus tegak ke hadapan bila dengar Iris ceritakan apa yang dia buat pada Zara semalam.

"Hmm." Jawab Iris santai. Kukunya dibelek-belek perlahan sambil badan disandarkan ke pintu keretanya. Sekarang mereka berada di tasik yang tak jauh mana dari universiti. Hari ini mereka ada kelas pagi sahaja. Jadi lepas habis  kelas terus dia datang ke sini bersama Dean untuk berbincang next plan mereka.

"Fuh kejam juga kau ni." Kata Dean sambil memandang Iris yang santai menyandar di pintu keretanya sambil belek-belek kuku. Tak sangka pula dia Iris segila ini. Dia ingat perangkap Zara dan Daniel dekat hotel dulu tu, satu-satunya  plan gila Iris, rupanya ada lagi. Kawan dia ni memang tak boleh buat main. Sekali dia nekad, memang dia akan buat.

Iris hanya mencebik mendengar kata-kata Dean itu. "Kenapa? Kau marah ke aku buat macam tu dekat kekasih kau?" Tanya Iris sedikit serius. Perkataan kekasih sengaja ditekankan sedikit. Manalah tahu kot-kot sepanjang Dean perangkap Zara, Dean tangkap cinta dekat Zara. Soal hati ni manalah kita tahu. Bila-bila masa je boleh berubah dan Dean pun tak terkecuali.

Bulat mata Dean mendengar kata-kata Iris itu. "Hell no! Aku tak marah okey! Aku cuma terkejut je. Asal kau tak beritahu aku?" Soal Dean lagi. Sumpah dia tak marah. Dia cuma pelik je kenapa Iris tak beritahunya. Selalu Iris akan beritahu dia plan dia seterusnya apa. Dah kenapa pula plan yang ni tak beritahu dia? Ke Iris fikir dia suka Zara sebab tu Iris tak beritahu dia? Manalah tahu. Ni yang dia tak suka ni. Dia tak suka Zara!

"Kenapa? Kalau aku beritahu kau, kau nak halang aku macam tu?" Tanya Iris. Matanya tajam saja menatap Dean yang sedang menyandar di motornya itu.

"Tak lah weh, aku tanya je. Asal kau ni? Kau ingat aku dah jatuh cinta dekat si Zara tu ke? Demi Allah tak! Aku cuma cintakan Qaisara je. Sumpah! Aku tak tipu kau." Jawab Dean bersungguh-sungguh. Sumpah sepanjang dia perangkap Zara dia tak cintakan Zara langsung. Dia setia pada Qaisara saja. Dia cintakan Qaisara sejak zaman sekolah lagi dan perasaannya masih sama sampai sekarang.

"Lagipun kau ingat ni macam drama dekat tv tu ke? Perangkap-perangkap orang lepastu jatuh cinta. Tak okey! Itu semua tak berlaku pada aku. Aku setia pada baby aku." Sambung Dean lagi.

Iris menggulingkan mata ke atas. "Baby, baby, menyampah aku. Tahulah ada girlfriend."

Dean tergelak kecil mendengar kata-kata Iris yang bunyi macam menyampah dengannya itu. "Tu la kau, orang nak dekat kau, kau reject. Bukan tak ada orang nak dekat kau. Tu beratur lelaki dekat luar sana nakkan kau. Kau tinggal pilih je nak yang macam mana. Kau tu je yang jual mahal sangat. Kalau susah sangat nak pilih,  tu abang Zafran tu, dia dah lama sukakan kau. Apa kata kau pilih abang Zafran je. Kau tak sukakan dia juga ke?" Tanya Dean. Dia nampak muka Iris berubah sikit bila dia tanya pasal abang Zafran. Benar sangkaannya, Iris pun turut cintakan abang Zafran. Abang Zafran tak bertepuk sebelah tangan.

Senyap.

Iris hanya mendiamkan diri sambil memandang ke arah tasik di hadapan.

"Kau suka dia kan?" Soal Dean lagi bila Iris dari tadi membisu sahaja dan tidak menjawab soalannya.

Senyap.

Dean mengeluh lemah. Melihat kebisuan Iris itu tahulah dia yang Iris memang cintakan abang Zafran. Macam mana dia yakin yang Iris pun turut cintakan abang Zafran? Sebab dia pernah tengok Iris menangis dalam kereta lepas abang Zafran bawa stalker melutut di depannya. Dia nampak bagaimana Iris menangis tersedu-sedu di dalam kereta. Sejak itu dia tahu yang Iris pun mempunyai perasaan yang sama pada abang Zafran. Cuma antara mereka ada dendam sebagai tembok pemisah.

"Kau boleh beritahu aku. Aku janji aku tak beritahu sesiapa. Kau pun tahu kan aku macam mana. Aku tak pernah mungkir janji aku pada kau." Kata Dean. Cuba memujuk Iris supaya menceritakan isi hatinya pada dia. Sumpah dia kesian dengan nasib Iris. Dari kecil Iris hidup dalam keluarga yang tidak sempurna. Bila besar Iris hidup dalam keadaan yang sarat dendam di dada. Bila ada lelaki mahu hulurkan cintanya kepada Iris. Ada dendam pula menjadi halangannya. Jadi bila Iris boleh bahagia? Iris tak berhak untuk bahagia ke?

Flower Path (Bakal Terbit)Where stories live. Discover now