Laju Zafran berjalan menuju ke kereta.Telefon pula ditekap ke telinga. Dahi berkerut-kerut cuba menganalisis ayat orang di dalam talian.
Sesampai di pintu kereta sebelah pemandu, dia berhenti seketika. Kemudian, kepalanya diangguk perlahan tanda faham. "Okey, make sure mereka buat kerja, terus perhatikan Iris. Aku tak nak jadi apa-apa dekat Iris. Kejap lagi aku sampai sana kita bincang pasal ni."
Tut! Talian ditamatkan.
Telefon bimbit dimasukkan ke dalam kocek seluar. Dengan pantas pintu kereta sebelah pemandu cuba dibuka. Sebelum....
"Abang Zaf"
Suara lembut yang datang dari arah belakang menghentikan pergerakannya. Pusing tubuh terpacak Amalina yang berdiri tidak berapa jauh dari keretanya dan tempatnya berdiri sekarang.
"Eh Amal" Tegur Zafran perlahan.
"Abang Zaf nak pergi mana? Nak pergi lunch ke?" Tanya Amalina. Sekarang waktu lunch. Awalnya, dia hendak turun ke kafe bawah office sahaja untuk makan. Dia seorang diri sahaja kerana dia tak ramai kawan sangat di office. Namun, belum sempat dia melangkah masuk ke dalam kafe, dia ternampak abang Zafran berdiri di depan kereta yang diparkir elok depan kafe sambil bercakap-cakap dalam telefon. Berkerut-kerut mukanya, nampak macam tengah risau pun ada. Terus dia tak jadi nak lunch di kafe tadi dan pergi ke kereta abang Zafran. Mana tahu ada rezekinya kali ini. Dapat dekat dengan abang Zafran. Sementara abang Zafran bercakap di telefon dia tunggu di belakang dan terdengar abang Zafran menyebut nama Iris. Tahulah dia patutlah abang Zafran berkerut-kerut muka tadi, rupanya abang Zafran risaukan Iris. Cuma dia tidak pasti apa benda yang dirisaukannya. Dua tiga hari ini pun dia perhati abang Zafran nampak lain saja. Adakah sebabkan hal ini juga?
"Ye, abang nak pergi lunch ni." Jawab Zafran ringkas. Mukanya nampak macam tergesa-gesa sahaja ingin pergi dari situ.
"Err. Abang nak lunch dekat mana? Kalau Amal nak ikut boleh?" Lantaklah abang Zafran kata dia tak tahu malu pun. Selagi ada kesempatan dia akan manfaatkan untuk dekat dengan abang Zafran.
"Err. Maaflah Amal. Abang bukan taknak bawa Amal tapi abang ada urusan yang perlu diselesaikan segera."
"Tak apa, abang boleh bawa Amal, nanti..."
"Abang pergi dulu ye Amal, abang kena cepat ni" Potong Zafran lalu dengan cepat pintu kereta dibuka dan tubuh dibawa masuk ke perut kereta sebelum keretanya meluncur laju pergi dari situ.
Tercengang Amalina memerhatikan kereta Zafran yang berlalu di atas jalanraya itu. Sakit hatinya diperlakukan begitu oleh lelaki yang dicintainya. Dia pasti Zafran tergesa-gesa kerana Iris. Cuma dia tak pasti atas urusan apa. Semakin sakit hatinya rasa. Lagi lagi Iris!
Nampaknya dia memang tak ada peluang langsung dengan Zafran. Kerana dalam hati Zafran hanya ada Iris.
************************
"Kau sure ke Zafran akan cari stalker yang kita upah tu?" Tanya Dean. Buku yang tersusun di rak library dihadapannya itu dibelek-belek. Iris yang berdiri disebelahnya sambil memilih buku di rak dikerling sekilas sebelum matanya kembali fokus kepada buku di rak hadapannya. Ana yang sedang fokus menulis di meja library sedikit jauh daripada dia dan Iris dipandang sekilas lalu. Buka apa, bimbang Ana datang dan terdengar perbualan mereka pula. Habis rosak semua plan dia dan Iris nanti. Sebab dia tahu kalau Ana tahu pasti Ana akan menegahnya. Confirm! Sebab apa yang dirancang oleh mereka berdua memang kejam!
"Aku tak pasti. Sebab tu aku uji dia macam ni." Jawab Iris santai sambil membelek-membelek mukasurat buku yang sedang dipegang. Berkerut-kerut mukanya mencari maklumat di mukasurat buku tersebut sama ada sesuai atau tidak untuk kajian assignmentnya.
"Kalau dia cari?" Soal Dean.
"Maknanya dia cintakan aku."
"Kalau dia tak cari?" Sambung Dean lagi.
"Maknanya dia tak cintakan aku."
Terus tak jadi Dean ingin mengambil buku di rak. Berkerut dahinya berfikir. Apa bezanya?
"Maksud kau apa?
Pap!
Iris tutup buku yang dipegangnya. Badan dipusing ke arah Dean yang berdiri tidak jauh darinya.
"Kalau dia cari stalker tu maksudnya dia cintakan aku. Dia taknak orang yang dia sayang dalam bahaya. Dia taknak orang yang dia sayang hidup dalam ketakutan. Dia tak nak orang yang dia sayang terluka. Kesimpulannya dia taknak terjadi apa-apa pada aku. Dia risau, dia takut, dia cemas benda buruk jadi pada aku."
Dean mengangguk kepala ke bawah. "Hm. Betul"
"Kalau dia tak cari stalker tu maksudnya dia tak cintakan aku. Dia tak kisah aku dalam bahaya, dia tak kisah aku hidup dalam keadaan takut, dia tak kisah aku terluka. Kesimpulannya, dia tak kisah jadi apa-apa pada aku. Dia tak risau, tak takut, tak cemas bila benda buruk jadi pada aku.
Dean mengangguk lagi. "Betul juga."
"Kau cintakan Qaisara kan?"
Dean berkerut hairan. "Cinta." Jawabnya ringkas.
"Kalau Qaisara ada dalam situation tu. Kau rasa kau akan cari stalker tu?"
"Mestilah aku cari, sebab aku cintakan dia." Jawab Dean dia.
"Bingo!"
"Itulah yang aku cuba buktikan sekarang. Sama ada Zafran cintakan aku atau tidak." Jawab Iris selamba.
Terus terlopong mulut Dean. Jadi ini tujuan Iris melakukan semua ini? Untuk menguji adakah Zafran cintakannya? dan seberapa besar cinta Zafran kepadanya?
Bijak tak Iris?
YOU ARE READING
Flower Path (Bakal Terbit)
Romance"Abang...nak kahwin lagi satu" Rose sangkakan lelaki itu hanya tercipta untuknya seorang, tapi ternyata ia milik wanita lain juga. Dan mulai detik itu, jiwa Rose telah mati. "Jangan bencikan Daddy, janji dengan Mommy?" "Iris janji!" Impian Iris Mik...