BAB 59

3.4K 159 30
                                    

Bab ini mengandungi konten yang mungkin tidak sesuai untuk sesetengah pihak. Aksi dibawah hanya rekaan semata-mata. Dilarang meniru aksi tersebut!

"Sekarang Cik Zara tengah berjumpa dengan seseorang bernama Qaisara."

Zafran mengeluh berat bila teringat kata-kata bodyguard yang diupahnya untuk mengawasi Zara sebentar sahaja tadi. Telefon dalam kocek seluar dibawa keluar lalu dibuka. Aplikasi Whatsapp dicari lalu gambar Zara bersama Qaisara yang sedang duduk di meja sebuah restoran dilihat. Sekali lagi Zafran mengeluh berat. Tadi dia on the way nak balik rumah dari pejabat. Hari ini dia balik awal sikit. Dalam perjalanan balik, tiba-tiba bodyguard yang ditugaskan untuk mengawasi Zara callnya dan beritahunya yang Zara keluar berjumpa Qaisara. Awalnya dia mahu pergi menghalang Zara dari berjumpa Qaisara. Bukan apa, dia risau terjadi apa-apa lagi pada Zara. Tapi bila dia fikir balik, dia tak boleh pergi halang Zara. Kalau dia pergi halang Zara, mesti Zara tahu yang dia sudah tahu semuanya. Sudahnya dia teruskan saja perjalanan balik ke rumah. Dia rasa dia perlu bercakap tentang hal ini dengan Iris.

Memikirkan Iris, sekali lagi Zafran lepaskan keluhan berat. Melihat apa yang sudah terjadi sejauh ini, nampaknya Iris begitu nekad untuk membalas dendam kepada dia sekeluarga. Iris  tak peduli Zara yang tidak bersalah itu terima akibatnya, asalkan dendamnya kepada mama terbalas. Kecewa. Ya, jujurnya dia sangat kecewa. Siapa saja yang tidak kecewa bila perempuan yang dia cintai sepenuh hati perlahan-lahan sedang memusnahkan hidup adik kandungnya sendiri. Lagi teruk dia sebagai abang kepada Zara hanya membiarkan sahaja perlahan-perlahan hidup Zara musnah semata-mata untuk melindungi Iris.

Telefon bimbitnya kembali disimpan ke dalam kocek seluar. Tangan dibawa meraup wajah. Selepas itu tangan dibawa ke atas stereng kereta lalu stereng kereta dicengkam kuat hingga timbul urat di tangan. Ya Allah, bantu dia ya Allah! Usai menenangkan diri seketika, pintu kereta bahagian pemandu kemudiannya dibuka dan dia terus melangkah keluar dari kereta. Keluar saja dari kereta, langkah kaki Zafran dibawa ke arah Iris yang sedang santai duduk di atas kerusi kayu berdekatan dengan kolam air pancut di depan halaman rumah sambil memicit telefon bimbit. Tadi masa keretanya masuk ke dalam rumah, dia ada ternampak Iris duduk di situ. Semasa menuju ke arah Iris, sesekali tawa Iris hinggap di cuping telinganya. Mungkin Iris seronok melihat sesuatu di telefon bimbitnya.

"Iris." Seru Zafran lembut usai saja dia sampai berdekatan dengan kerusi tempat Iris duduk. Berdiri saja dia di tepi kerusi yang sedang diduduki oleh Iris sambil matanya lembut memandang Iris.

Terhenti pergerakan tangan Iris yang sedang seronok melihat video di Tiktok bila terdengar suara Zafran memanggilnya lembut. Tawa yang tersisa di bibirnya tadi terus memudar. Anak matanya dialih dari telefon bimbitnya dan dibawa ke atas memandang Zafran yang sedang terpacak berdiri di tepi kerusi tempatnya duduk. Zafran dipandang sekilas lalu anak matanya dibawa kembali memandang telefon bimbitnya.

"Kau nak apa?" Soal Iris sedikit kasar. Wajahnya langsung tak ditoleh ke arah Zafran. Tangan kembali scroll video-video di Tiktok tanpa mempedulikan Zafran.

Nafas ditarik perlahan lalu dihembus. Cuba menenangkan dirinya sebelum bertanya soalan  kepada Iris. "Iris tahu kan yang Zara pergi jumpa Qaisara sekarang?" Tanya Zafran sedikit serius. Alang-alang Iris dah tahu yang dia sudah tahu semuanya, rasanya tak perlu lagi dia berkias-kias dengan Iris.

Terhenti kejap pergerakan tangan Iris yang ralit scroll video-video di Tiktok. Jadi Zafran sudah tahu yang Zara sedang berjumpa dengan Qaisara sekarang? Hmm pantas!

"Hmm." Jawab Iris ringkas. Malas nak jawab panjang-panjang.

"Apa lagi yang Iris rancang untuk buat pada Zara? Iris tak puas lagi sakitkan Zara?"  Soal Zafran lembut namun nampak sedikit tegas.

Flower Path (Bakal Terbit)Where stories live. Discover now