BAB 57

3.7K 162 19
                                    

Dari tadi Iris duduk bersila di atas swing chair besar yang terletak di balkoni biliknya. Sesekali swing chair itu dihayun perlahan. Bergerak-gerak sedikit swing chair itu ke depan ke belakang. Selimut kecil yang diletak di atas riba dibetulkan supaya tidak melorot dari riba. Pemandangan melalui balkoni biliknya dilihat. Entah kenapa dia rasa suasana malam ini sedikit tenang dan damai. Sambil menyandar di swing chair, sesekali tubuhnya diusap-usap perlahan bila rasa sejuk malam singgah ke kulit putih melepaknya. Anak matanya kemudian dibawa ke atas, melihat langit malam yang sedikit berbintang. Terbit senyuman kecil di bibirnya melihat bintang-bintang yang cantik berkelipan di atas langit sana. Tangan di atas riba dibawa ke atas sambil mulut perlahan berbunyi mengira bintang-bintang di langit.

"Abang cintakan Iris."

Terus terhenti pergerakan tangan Iris yang dari  tadi seronok mengira bintang-bintang yang cantik berkelipan di langit. Senyuman lebar yang tadi terbit di bibir terus memudar. Sejak malam dia menangis di dada Zafran itu, ungkapan cinta yang diucapkan oleh Zafran padanya malam itu bagaikan muzik sahaja di telinganya. Tergiang-ngiang di telinganya sepanjang masa. Dia dengar. Ya, dia dengar ungkapan cinta  yang diucapkan oleh Zafran beberapa malam yang lepas kepadanya itu. Zafran mungkin fikir dia tak dengar kerana dia terlalu larut dalam tangisan,  tapi dia dengar. Dia dengar dengan jelas setiap butir perkataan yang diucapkan oleh Zafran itu.

Entah kenapa bila mendengar ungkapan cinta Zafran itu secara langsung membuatkan hatinya rasa sangat sakit. Sakit yang tidak tahu dia hendak ungkapkan bagaimana. Tak terluah dengan perkataan. Dia rasa sedih, dia rasa geram, dia rasa kecewa dan dia rasa macam-macam lagi perasaan lain. Semuanya bercampur menjadi satu. Dia tidak dapat membalas ungkapan cinta Zafran itu sedangkan sekarang hati mereka mempunyai degup yang sama. Bunyi yang sama. Nyata, mereka berdua sebenarnya saling mencintai. Cuma di antara mereka ada dendam sebagai tembok pemisah.

Kenapa di saat-saat akhir ini dia perlu mendengar ungkapan cinta itu? Kenapa di saat dendamnya sudah hampir sempurna dia perlu mendengar ungkapan cinta itu? Kenapa? Hatinya kembali goyah. Bagaimana dia mahu membalas cinta itu jika dendamnya sudah hampir sempurna? Bagaimana? Jika dia membalas cinta Zafran, segala penantiannya selama 17 tahun akan sia-sia begitu saja. Dia tidak menunggu selama 17 tahun hanya untuk dimusnahkan dengan secebis cinta! Lagi teruk orang itu adalah anak kandung kepada perempuan yang telah merampas kebahagiaan Mommynya! Tidak! Tak semudah itu! Tak semudah itu dia lupakan semuanya! Dendamnya tidak boleh dipadam hanya dengan secebis cinta. Ini bukan novel! Cinta dapat mengatasi segalanya? Siapa cakap? Tidak! Itu tidak berlaku dalam kisahnya.

Dia sedar. Ya, dia sudah lama sedar yang jika dia memilih untuk  meneruskan semua dendam ini, peluangnya untuk bahagia bersama Zafran akan semakin samar bahkan mungkin gelap terus tiada cahaya. Ya, dia tahu semua itu. Dia juga sedar  yang dia akan kehilangan Zafran jika dia masih memilih untuk meneruskan semua dendam ini. Ya, dia tahu semua itu. Itu hakikat yang dia perlu terima bila dia mahu meneruskan dendam ini. Mereka tidak akan dapat bersatu. Ya, dia tahu semua itu. Semua dia sudah tahu. Tapi, pilihan apa yang ada untuk dia? Dia tiada pilihan. Pilih cinta, dia juga akan merana. Pilih dendam lagilah dia merana.

Iris mengeluh lemah.

Tut! Tut!

Terhenti lamunan Iris bila terasa sedikit getaran di atas ribanya. Telefon bimbitnya yang dari tadi terletak elok di atas ribanya dipandang. Dengan pantas tangan dibawa mengangkat telefon bimbit tersebut. Mahu melihat siapa yang hantar chat kepadanya.

From: Dean
So, proceed next plan?

Lima minit...
Lima belas minit...
Tiga puluh minit...

Iris tidak segera balas chat itu. Entah kenapa tiba-tiba dia terasa buntu serta bingung mahu menjawab apa bila ingatannya terimbas kembali ungkapan cinta Zafran kepadanya beberapa malam yang lepas. Ligat otaknya berfikir. Cinta atau dendam? Cinta atau dendam? Mana satu yang dia harus pilih? Mana satu yang terbaik untuknya?

Flower Path (Bakal Terbit)Where stories live. Discover now