"Nanti kalau Zara ajak kau pergi majlis grand annual dinner syarikat Daddy aku tu, baik kau kata setuju. Bukan apa. Korang kan nanti bermalam dekat hotel baru Daddy aku tu sebelum event. Aku risau Zara buat benda bukan-bukan pula dengan Daniel kalau kau tak ada. Aku bukan nak tuduh Zara . Bukan. Aku cuma terfikir, belakang kau pun dia berani pergi date dengan Daniel, apatah lagi depan kau. Kau fikir dia tak berani? Orang kalau dah perangai buruk, dia tak ada rasa takut dah. Kalau dia rasa nak buat, dia akan buat juga."
"Zuyyin!"
Terus tersentak Zuyyin dari teringat akan pertemuannya dengan Iris di tempat parking kereta universiti tadi bila mendengar namanya diseru seseorang dengan sedikit kuat. Pandang ke depan ada Zara dan Daniel yang sedang memandangnya pelik.
Berkerut dahi Zara melihat Zuyyin yang seperti sedang mengelamun itu. Zuyyin ada masalah ke? Kenapa dia rasa Zuyyin sekarang ni dah lain? Bukan apa, lately ni dia perasan perangai Zuyyin sedikit lain dengannya. Tak mesra macam selalu. Cakap pun acuh tak acuh saja. Bila dia chat pun Zuyyin layan tak layan je. Call pun jarang angkat. Pelik dia. Dia ada buat salah dengan Zuyyin ke? Rasanya tak ada. Ke Zuyyin masih berkecil hati dengannya pasal persembahan teater tu? Tapi dia tengok Zuyyin layan Daniel elok je. Kalau Zuyyin berkecil hati pasal perkara itu, mesti Daniel pun dilayan sama dengannya. Tapi tidak pula.
"Kau dengar ke apa aku cakap tadi?" Tanya Zara.
"Cakap apa?" Tanya Zuyyin mendatar.
"Tu. Aku nak ajak kau dengan Daniel pergi majlis grand annual dinner syarikat Daddy aku nanti. Tapi aku bukan suruh korang pergi event tu je. Aku nak korang tidur dekat hotel baru Daddy aku sekali sebab majlis tu Daddy aku buat dekat hotel baru dia. Sambil-sambil buat event tu bolehlah Daddy kenalkan hotel baru dia sekali. 2 in 1." Jawab Zara teruja sambil menunjuk kad jemputan ke majlis tersebut yang diletakkan di atas meja di hadapan Zuyyin.
Senyap.
Kad yang diletak di atas meja oleh Zara tadi kemudiannya diambil dan dilihat. Angkat wajah, anak mata dihalakan kepada Daniel yang tersenyum-senyum di sebelah Zara sambil melihat kad tersebut.
"Kau pergi ke Daniel?" Tanya Zuyyin.
"Uish mestilah pergi, gila aku tak pergi. Rugi la nanti kalau aku tak pergi. Bukan senang nak dapat peluang pergi majlis gah macam tu. Lepastu dapat tidur dekat hotel mewah lagi. Rugilah kalau aku tolak, kan Zara?" Jawab Daniel sambil tersengih-sengih. Mestilah dia pergi, Iris ada chatnya menyuruhnya pergi. Kata Iris , kalau dia pergi nanti Iris boleh kenalkan dia kepada Daddynya Tan Sri Irfan. Lagi dia mahu pergi. Mana tahu masa dia berjumpa dengan Daddy Iris, Daddy Iris berkenan dengannya, lagi senang dia mahu mengorat Iris nanti. Apalagi makin lebar senyuman di bibirnya bila membayangkan perkara itu terjadi.
"Betul cakap Daniel tu. Rugi kalau tak pergi. Baik kau pergi Zuyyin. Peluang ni jarang-jarang sekali tau korang akan dapat." Jawab Zara sambil tersenyum lebar. Seronok dia bila dapat jemput kawan-kawannya ke majlis Daddy nanti.
Zuyyin yang melihat dua manusia yang sedang tersenyum lebar di hadapannya ini semakin rasa sakit hati. Kenapa dia rasa Zara dan Daniel gembira sebab mereka lagi senang nak berjumpa? Atau lebih teruk lagi, lagi senang nak buat benda bukan-bukan macam yang Iris cakap tadi? Memang betul kata Iris tadi, dia kena ikut sama pergi ke majlis itu.
"So kau nak pergi tak Zuyyin?" Tanya Zara lagi sambil memandang ke arah Zuyyin yang berada di hadapannya.
Nafas dihembus perlahan. "Aku pergi." Jawab Zuyyin ringkas.
Terus senyuman naik ke pipi Zara bila rakan-rakannya mahu ikut sama ke majlis Daddy nanti. Rasa tak sabar pula mahu pergi ke majlis itu nanti.
************************
Ting!Sudu yang dipegang jatuh ke atas pinggan. Mulut ternganga. "Be...betul ke apa kau cakap tadi Zana? Cik Iris nak datang majlis grand annual dinner tu nanti?" Tanya Kamal sedikit tergagap. Tak jadi dia nak makan bila Zana tiba-tiba cakap yang Cik Iris nak datang ke majlis itu nanti. Rasa macam nak lompat bintang pun ada. Ye lah dapat tengok buah hati yang dia puja setelah sekian lama.
"Betul lah. Kau ingat aku ada masa ke nak tipu-tipu ni." Jawab Zana mendatar sambil menyuap makanan ke dalam mulut. Em! Makanan dekat kafe office ni memang sedap.
"Yahooo! Akhirnya dapat juga aku jumpa Cik Iris. Mesti cantik gila Cik Iris nanti kan? Kan? Kan? Kan korang? Nanti aku nak pakai handsome-handsome la. Mana tahu bila Cik Iris tengok aku, Cik Iris terpikat dekat aku." Sorak Kamal sambil tersengih lebar. Tak sabarnya!
Khairul yang melihat Kamal itu menggulingkan mata ke atas. Menyampah. Perasan je Cik Iris akan suka dia nanti. "Mana kau tahu Zana Cik Iris datang nanti ke majlis tu?"
"Hm. Aku terdengar Tan Sri dengan Tuan Zafran sembang dalam pejabat Tuan Zafran tadi. Masa tu aku masuk nak bagi fail dekat Tuan Zafran lepastu aku dengar la Tan Sri sembang dengan Tuan Zafran pasal majlis tu dengan Tuan Zafran."
"Ooo macam tu" jawab Khairul.
Nasi di pinggan di kuis-kuis. "Tapi kan korang aku rasa tak sedap hati la pasal majlis tu nanti. Tak tahulah kenapa aku rasa macam ada something buruk je akan jadi masa majlis tu nanti" Sambung Khairul. Dia pun tak tahu kenapa semakin dekat majlis tu akan diadakan, semakin tak sedap hati dia rasa. Dia rasa macam ada benda buruk yang akan berlaku. Tapi dia tak tahu apa.
Terus bulat mata Kamal, Zana dan Solehah. Uish! Ni bahaya! Khairul ni memang mulut masin. Kalau dia rasa macam tu memang biasa benda tu akan jadi. Khairul ni kadang macam nujum Pak Belalang pun ada.
"Hoi kau jangan macam-macam Khairul. Kau tu dahlah mulut masin. Kau cakap macam tu, buatnya jadi apa-apa masa majlis tu. Haru nanti. Dahlah buah hati aku, Cik Iris datang, jadi apa-apa dekat dia macam mana?" Kata Kamal. Minta-minta la tak jadi apa-apa dekat Cik Iris. Doa Kamal di dalam hati.
"Betul tu cakap Kamal. Janganlah cakap macam tu. Masa majlis tu kita just nak enjoy je. Kau cakap macam tu buat kita orang rasa takut pula nak pergi." Celah Solehah. Rasa seram pula dia nak pergi bila Khairul cakap macam tu.
"Eh apa korang ni. Percaya sangat dekat si Khairul ni. Dia ni bukannya Tuhan dapat ramal-ramal benda apa yang nak jadi nanti. Jangan sebab dia korang tak pergi pula. Buatnya tak jadi apa-apa macam mana? Ha, rugi pula korang tak dapat makan sedap-sedap. Kau tau la Tan Sri tu, kalau buat majlis memang gah kemain. Rugi kalau korang tak datang nanti." Celah Zana pula. Ada pula takut nak pergi sebab apa si Khairul cakap tu. Merepek je.
Terdiam sejenak Kamal dan Solehah. Ada betulnya juga cakap si Zana tu.
"Eh korang! jangan sebab aku korang tak pergi pula. Aku just cakap je apa yang aku rasa. Tak ada apa-apa kot. Maybe aku yang fikir bukan-bukan. Dah! Dah! Jangan cakap lagi pasal hal ni. Sambung makan cepat. Waktu lunch dah nak habis ni. Nak kena settlekan kerja pula. Dah bertimbun kerja dekat atas tu tak siap." Kata Khairul tiba-tiba.
Apalagi terus mereka sambung makan dan tidak bercakap tentang hal ini lagi.
Next chapter : Revenge Day
YOU ARE READING
Flower Path (Bakal Terbit)
Romance"Abang...nak kahwin lagi satu" Rose sangkakan lelaki itu hanya tercipta untuknya seorang, tapi ternyata ia milik wanita lain juga. Dan mulai detik itu, jiwa Rose telah mati. "Jangan bencikan Daddy, janji dengan Mommy?" "Iris janji!" Impian Iris Mik...