BAB 44

3K 139 44
                                    

"Kau nak aku siasat Iris?" Tanya Emran. Penyiasat persendirian Zafran. Air jus epal di atas meja kafe diambil dan disisip perlahan dengan straw. Wajah serius Zafran di hadapannya dipandang pelik. Dah kenapa pula Zafran nak dia siasat tentang Iris? Stalker tu kacau Iris lagi ke? Rasanya Zafran dah ugut dah stalker tu supaya jangan kacau Iris lagi.

"Ye. Aku nak kau siasat Iris. Jangan biar satu benda pun terlepas dari pandangan kau." Ujar Zafran serius. Tadi selepas sahaja dia menghantar Iris ke kelas, terus dia menghubungi Emran ajak berjumpa dengannya untuk berbincang tentang hal ini. Sepatutnya dia masuk office pagi ini, tapi tak apalah dia masuk lewat. Iris lagi penting. Dia kena cepat. Dia tak nak dia terus berfikir bukan-bukan tentang orang yang dicintainya sepenuh hati itu. Moga-moga semua tidak seperti yang dia fikirkan. Tapi kalau ia seperti yang dia fikirkan. Sumpah! Dia tak tahu nak buat apa. Sana adik. Sini gadis yang dia sangat cintai. Jadi siapa yang perlu dia korbankan?

"Kenapa? Stalker tu kacau Iris lagi ke?"Tanya Emran. Air jus epal yang sedang diminum diletak perlahan-perlahan ke atas meja.

"Bukan. By the way, cakap pasal stalker ni. Ada satu benda lagi aku nak kau buat. Aku nak kau siasat balik tentang stalker Iris tu. Aku rasa kita semua ada terlepas something." Jawab Zafran. Ye. Selepas sahaja apa yang berlaku di dalam kereta tadi, terus dia berfikir tentang semua benda. Termasuklah tentang stalker ini. Entah kenapa dia tiba-tiba rasa curiga. Kalau Iris boleh perangkap Zara, tak mustahil Iris boleh menipunya tentang stalker itu. Jadi dia rasa dia perlu siasat balik hal ini. Bukan apa, untuk kepastiannya sendiri juga.Tapi satu hal yang dia pelik. Kenapa? Itu yang dia tak faham dari tadi lagi. Kalau benar Iris yang mengupah stalker ini. Kenapa? Apa sebabnya? Kenapa Iris menipunya tentang stalker tu? Apa yang Iris mahukan sebenarnya? Apa yang Iris cuba buktikan melalui stalker itu?

Makin berkerut dahi Emran. Kejap siasat Iris. Kejap siasat stalker tu. Apa yang Zafran ni nak sebenarnya?

"Aku tak faham. Boleh tak kau explain detail dekat aku?" Ujar Emran.

"Kau tahu kan adik aku Zara kena perangkap?" Tanya Zafran.

Emran mengangguk perlahan. "Gila tak tahu! Aku dengan kau kan tengah siasat sama-sama sekarang."

"Hm. Dan aku rasa dalang yang perangkap adik aku tu ialah Iris. Iris Mikayla." Kata Zafran sambil memandang wajah berkerut Emran yang fokus mendengar ceritanya.

Terus bulat mata Emran. "What?! Iris yang perangkap adik kau tu, Zara?"

Zafran mengangguk laju.

Terdiam sejenak Emran. Berfikir. "Jadi kau rasa kes stalker tu pun Iris yang buat?"

Zafran mengangguk lagi.

"Kenapa?" Tanya Emran.

"Yang tu aku tak pasti kenapa. Sebab tu aku nak kita siasat perkara ni dari awal lagi. Aku rasa kita ada terlepas something." Kata Zafran bersungguh-sungguh.

Emran mengangguk kepala perlahan tanda faham. Air di atas meja diambil dan disisip lagi sebelum diletakkan kembali ke atas meja.

"Bijak juga si Iris ni. Sampai aku dengan orang aku pun kena prank dengan dia." Kata Emran sambil tergelak kecil. First time kena prank begini. Kemain dia dan budak-budaknya mencari si stalker tu, rupanya Iris sendiri yang upah. Bila fikir balik rasa nak marah pun ada. Gitu je mereka diperbodohkan oleh seorang perempuan.

Zafran mengangguk perlahan. Ye, dia tak nafikan Iris memang bijak. Terlalu bijak. Kadang lagi bijak dari dia. Kalau tak, tak adalah dia kena tipu sampai sekarang. Sebab itu Daddy selalu suruh Iris kerja di syarikat lepas Iris habis belajar, sebab Iris bijak dan Daddy boleh nampak kelebihan Iris tersebut untuk kegunaan syarikat. Cuma Iris je yang tak nak. Katanya dia nak buat apa yang dia suka.

Flower Path (Bakal Terbit)Where stories live. Discover now