BAB 61

4K 181 50
                                    

"Along cakap, Iris yang rancang semua yang terjadi pada Zara. Dari awal Zara kena tangkap buat benda tak senonoh dekat hotel sampailah Zara terlantar dekat katil hospital sekarang ini. Semuanya Iris yang rancang. Along cakap dia sedih dengan semua yang terjadi sekarang ni. Along rasa berdosa sangat pada Rose dan juga Iris. Disebabkan salah Along dulu, hidup Iris musnah. Disebabkan Along yang tak dapat berdamai dengan takdir dulu, Along dah musnahkan hidup dan juga masa depan Iris. Along cakap, Along tekad nak akhiri semuanya. Along tak nak lagi Iris terus musnahkan dirinya. Along redha dengan semua yang akan terjadi pada Along nanti. Along terima apa yang akan Iris lakukan pada Along nanti. Along cuma mahu selamatkan Iris dari dari terus musnah."

Terus jatuh bercucuran air mata di pipi Bonda Irma bila teringat kata-kata anaknya, Ilyana semalam. Hampir rebah dia bila dibentangkan dengan kenyataan perit tersebut. Dia tak sangka yang Iris betul-betul simpan dendam kesumat kepada dia, anaknya Irfan dan menantunya Hani kerana telah mereka telah musnahkan hidup menantunya, Rose Helena dahulu. Dia sedih. Sumpah dia sedih. Dia kecewa juga. Ya, dia kecewa dengan diri dia sendiri. Disebabkan dosa-dosa mereka dahulu, Iris melangkah sejauh ini untuk membalas dendam sampai sanggup musnahkan dirinya. Iris tak peduli apa akan terjadi pada dirinya, asalkan dendamnya kepada mereka terbalas.

Lagi teruk, dalam episod dendam ini, insan tak bersalah iaitu Zara dan Zafran yang menjadi mangsa. Mereka tak perlu menanggung segala dosa yang mereka lakukan dahulu tapi mereka yang menerima kifarah dari dosa-dosa mereka dahulu. Sedar tak sedar mereka sebenarnya telah memusnahkan hidup empat nyawa iaitu Rose Helena, Iris, Zafran serta Zara akibat dosa mereka dahulu. Kalaulah dia boleh putar masa kembali, dia tidak akan melakukan semua itu. Dia akan hargai menantunya Rose Helena. Tapi sayang, masa yang dah berlalu tak boleh diputar kembali. Dan dia disini sekarang tidak boleh buat apa-apa selain mengenang kembali dosa-dosa dia dahulu.

"Ya Allah, ampunkan dosa ku ya Allah!" Kata Bonda Irma sambil tersedu-sedu menangis. Gambar Iris masa kecil di tangan digenggam dengan kemas. Bertitik-titik air mata jatuh menimpa gambar itu. Bila melihat gambar Iris ketika kecil ini lagi bertambah sedih dia rasa. Ketika Iris seusia ini, Iris selalu berusaha menagih kasihnya namun dia selalu sisihkan Iris kerana bencikan Rose Helena. Dia tak suka Rose Helena jadi menantunya kerana Rose Helena gadis kampung biasa sahaja. Tak sesuai dengan anaknya Irfan yang berpelajaran tinggi itu. Tak selevel. Padahal Rose Helena menantu yang baik. Tapi dia saja yang buta. Masih ingat lagi dia wajah sedih Rose Helena bila tahu yang dia sudah tahu lama hubungan antara Irfan dan Hani dibelakang Rose Helena. Betapa tergamaknya dia lakukan semua itu kepada Rose Helena. Dia menyesal. Dia menyesal kerana dia menyokong dan menyuruh anaknya Irfan supaya menikahi Hani dan madukan Rose. Sepatutnya dia halang semua itu daripada terjadi. Kalau tidak semua ini tidak akan terjadi dan dia tidak perlu hidup menanggung rasa bersalah dan hidup bertemankan air mata sehingga ke hari ini. Kalaulah itu tidak terjadi, mungkin sekarang suaminya masih ada, Rose Helena juga masih ada dan mereka sekeluarga dapat hidup dengan bahagia. Tapi sayang, dia tidak boleh ulang kembali waktu itu. Dia menyesal. Sumpah dia menyesal.

"Rose, maafkan bonda. Iris maafkan nenek." Kata Bonda Irma sambil tersedu-sedu menangis. Terhinjut-hinjut sedikit bahunya.

Seketika itu, di dapur.

Pisau di tangan diletak ke atas papan pemotong. Maksu Ilyana mengeluh berat. Kepalanya ditoleh ke arah pintu masuk dapur, mahu tengok kot-kot muncul sosok tubuh bonda di sebalik pintu masuk dapur mahu makan. Bukan apa, dia risau sebenarnya. Dari semalam sampailah ke tengahari ini bonda langsung tak keluar bilik. Tak makan. Tak minum. Dia risau takut apa-apa jadi pada bonda. Dah lah bonda kurang sihat sikit sekarang sejak peristiwa bonda pengsan selepas tahu Iris sukakan Zafran itu. Itu yang dia jadi bertambah risau. Doktor pun dah pesan supaya bonda jangan stress sangat sebab tekanan darah bonda tinggi sekarang sebab bonda banyak sangat berfikir. Menyesal pula dia beritahu kepada bonda apa yang Along beritahunya semalam. Patutnya dia diamkan saja. Sekarang bonda lagi bertambah stress kerana fikirkan hal ini. Tapi tak beritahu pun sama saja, lambat laun bonda akan tahu juga.

Flower Path (Bakal Terbit)Where stories live. Discover now