BAB 62

4.7K 183 72
                                    

Sambil menyandar di katil hospital, anak mata Zara memandang ke arah tingkap bilik. Mahu melihat pemandangan di luar tingkap bilik. Di hujung katil, pembantu rumahnya, Cik Liza sedang sibuk menyusun makanan ke atas meja yang berada di hujung katil. Ya, dia sudah sedar. Semalam dia sedar. Alhamdulillah, doktor kata dia dah tak apa-apa. Kata doktor lagi, mungkin lagi beberapa hari dia dapat pulang ke rumah.

Bila dia sedar, doktor ada beritahunya yang sudah empat hari dia tak sedarkan diri. Tak sangka juga dia yang empat hari dia tak sedarkan diri. Tapi dia bernasib baik kerana akhirnya dia sedar juga. Nampaknya, Tuhan masih sayangkan dia. Tuhan masih mahu beri dia peluang kedua untuk dia tebus kembali kesilapannya yang  pandai-pandai ambil kerja Tuhan dengan cuba habiskan nyawanya sendiri. Bila fikir balik, menyesal pula dia buat semua ini. Dia terlampau ikutkan emosi. Patutnya dia cuba lebih rasional dan tak buat keputusan yang bodoh dan memakan dirinya sendiri. Bunuh diri adalah jalan yang tak diredhai oleh Tuhan. Dia tak sepatutnya terfikir langsung untuk ambil jalan ini. Ya Allah, dia menyesal. Ampunkan dia Ya Allah. Terima kasih ya Allah kerana masih beri dia peluang untuk tebus kembali dosanya.

"Aku bukan apa Zara. Kalau aku dapat tahu kau buat apa-apa dekat kawan baik aku. Memang siap kau. Aku tak akan lepaskan kau. So, kau jangan nak tambah bara dekat hati aku kalau kau taknak aku buat apa-apa dekat kau. Kalau pun benda itu terjadi, aku nasihatkan kau untuk hilang dari mata aku. Faham?!"

Kata-kata ini kembali tergiang di telinganya. Zara mengeluh lemah. Sejak dia sedar, kata-kata Iris itu sentiasa tergiang-ngiang di telinganya. Bila fikirkan tentang ugutan Iris itu, dia takut. Dia takut nak pulang ke rumah. Dia yakin mesti sekarang ini Iris dah tahu semua yang sudah berlaku antara dia, Dean dan juga Qaisara. Mesti Dean atau Qaisara dah beritahu Iris semuanya. Kalau mereka berdua tak beritahu Iris pun, mungkin Iris tahu melalui media sosial. Dia ingat lagi masa dekat restoran tu, ramai orang rakam apa yang terjadi antara dia dan Qaisara. Tak mustahil sekarang videonya sudah viral di media sosial. Selain takut, dia malu juga. Dia malu nak mengadap Iris nanti dekat rumah. Mesti Iris lagi seronok mengatanya sama macam-macam. Disebabkan inilah dia ambil keputusan untuk habiskan hidupnya beberapa hari yang lepas. Dia tak tahan lagi hidup begini. Mentalnya tak mampu lagi terima semua yang terjadi.

"Cik Zara!" Panggil Cik Liza sedikit kuat sambil memandang ke arah Zara yang dari tadi asyik memandang tingkap bilik. Dari tadi dia panggil Cik Zara tapi Cik Zara asyik mengelamun je. Tak dengar langsung panggilannya. Risau pula dia dibuatnya.

Tersentak kecil Zara bila mendengar suara Cik Liza itu. Terus kepalanya ditoleh ke hadapan. "Ya?" Soal Zara sambil memandang ke arah Cik Liza yang sedang berdiri di hujung katil. 

"Cik Zara, ini makanannya. Cik Liza dah
sediakan dekat atas meja. Cik Zara jangan lupa makan tau." Kata Cik Liza lembut sambil tangannya menunjuk ke arah makanan yang terhidang di atas meja kecil yang berada di hujung katil.

Zara mengangguk kepala ke bawah tanda faham. "Hmm." Jawab Zara ringkas. Dengan perlahan Zara mengengsot sedikit ke hujung katil atau lebih tepat lagi ke arah meja tersebut. Sampai saja di depan meja itu, nasi putih dan sup ayam serta air kosong yang terhidang di atas meja itu dipandang tanpa perasaan oleh Zara. Sebenarnya, dia tak ada selera mahu makan. Dia tak nak makan. Dia nak mama, tapi dari dia sedar semalam sampailah ke tengahari ini, mama tak datang-datang menjenguknya. Abang Zaf pun sama. Takkan mama dan abang Zaf tak tahu yang dia sudah sedar dari semalam.

"Kenapa Cik Zara tak nak makan? Cik Zara tak suka lauk ni?" Tanya Cik Liza perlahan bila dia tengok dari tadi Zara tenung sahaja makanan yang ada di depannya. Langsung tak usik.

Deras Zara geleng kepala bila Cik Liza soalnya begitu. "Bukan! Zara suka lauk ni. Cuma, mama mana Cik Liza? Kenapa mama tak datang hari ini jenguk Zara? Semalam masa Zara sedar pun mama tak ada. Abang Zaf pun sama. Kenapa mereka tak datang tengok Zara Cik Liza? Mama dengan abang Zaf marah ke Zara buat semua ni? Sebab itu ke mama dengan abang Zaf tak datang jenguk Zara hari ini?" Soal Zara sambil memandang ke arah Cik Liza. Nampak sayu sedikit mukanya. Mama dengan abang Zaf marah dekat dia ke? Ye lah, siapa saja tak marah bila dia cuba bunuh diri. Ini bukan hal yang kecil. Agaknya sebab itulah mama dengan abang Zaf  tak datang jenguknya hari ini. Entah-entah beberapa hari yang lepas pun, Cik Liza yang jaganya. Terus bertambah muram wajahnya bila fikirkan itu.

Flower Path (Bakal Terbit)Where stories live. Discover now