BAB 64

4.4K 191 30
                                    

Beberapa bulan kemudian...

Wajah cantik Iris yang sedang duduk di kerusi kafe di hadapannya itu dipandang tak berkelip oleh Ana. Berkerut sedikit dahinya. Ada apa dengan kawannya ini? Dari tadi lagi dia tengok, dari tadi lagi dia perasan Iris duk kuis-kuis saja makanan yang ada dalam pinggannya depannya itu. Makannya tak.

Tadi, lepas saja habis jawab exam, sengaja dia ajak Iris dan Dean lepak tempat biasa. Bukan apa, saja nak lepak-lepak tenangkan fikiran lepas jawab final exam tadi. Ada beberapa kertas lagi tinggal sebelum semester ini tamat. Lepas itu, mereka akan cuti semester untuk beberapa bulan. Ah! Seronoknya! Tapi bila tengok muka Iris murung macam ini, terus tak jadi dia nak seronok. Terus hilang rasa seronoknya tadi. Ada ada dengan kawannya ini? Kenapa wajah cantik kawannya ini murung saja dari tadi? Tak ada sinar gembira langsung. Pelik dia. Kenapa dengan Iris?  Bukankah sepatutnya Iris gembira sekarang? Bukan apa, esok kan kes perbicaraan perceraian Daddy Iris dan juga ibu tiri Iris akan dimuktamadkan. Esok Daddy Iris dan ibu tiri Iris akan sah bercerai. Patutnya kes ini sudah selesai lama tapi tak tahu la ada masalah apa itu yang jadi lambat sedikit. Tapi esok, memang sah mereka akan bercerai. Lantas kenapa wajah Iris berubah begini pula? Iris tak gembira ke? Atau ada sesuatu yang sedang ganggu fikiran Iris sekarang? Kalau betul, apa dia?

Wajah cantik Iris dipandang lagi oleh Ana. Masih sama macam tadi. Tak berubah. Sudu dan garfu di tangan diletakkan kembali oleh Ana ke atas pinggan. Tiba-tiba dia rasa tak ada selera pula nak makan lepas tengok Iris murung begitu. Apa lagi yang ganggu fikiran temannya ini? Dia fikir, lepas saja perkara ini selesai, Iris akan baik-baik saja, tapi nampak gayanya macam makin rumit lagi ada lah. Ana mengeluh berat. Dean yang duduk di kerusi sebelahnya itu dikerling sekilas. Tak lama, kebetulan pula, Dean pun tengah pandang dia sama. Mungkin nak tanya dia tentang Iris juga. Bersambung kejap pandangan matanya dengan Dean.

Isyarat mata kemudiannya diberikan oleh Ana kepada Dean merujuk pada Iris di hadapan. Muncung mulutnya menunjuk ke arah Iris di hadapan. Melihat isyarat mata Ana itu, Dean kerling sekilas ke arah Iris di hadapan, kemudian Dean pandang Ana  kembali dan Dean hanya angkat bahu kepada Ana tanda bahawa dia tak tahu apa-apa. Iris di hadapan dipandang kembali oleh Dean. Sebenarnya, dia juga pelik dengan Iris. Kenapa dengan Iris? Dari tadi dia lihat wajah itu murung saja. Macam ada masalah. Cakap pun beberapa patah saja. Itu pun sebab mereka banyak tanya. Kalau tak senyap saja.  Iris ada masalah lagi ke? Masalah apa pula? Bukan ke esok Daddy Iris dan ibu tiri Iris akan sah bercerai? Habistu kenapa Iris sedih begini pula hari ini? Sebagai kawan, risau juga dia dengan Iris ini. Ye lah, macam-macam Iris dah hadap sebelum ini. Dia kalau boleh tak mahu lagi Iids sedih-sedih begini. Lagipun dia sudah janji dengan Qaisara akan tengok-tengokkan Iris sebelum Qaisara kembali ke Pulau Pinang beberapa bulan lepas. Bukan apa, Qaisara risau apa-apa lagi jadi pada Iris. Ni kalau Qaisara tahu Iris begini boleh murung Qaisara dekat sana.

Tak puas hati, tangan Ana letakkan di atas meja. Anak mata fokus memandang Iris di hadapan. Dia tak kira dia nak tanya juga Iris kenapa. Dia tak boleh tengok kawannya sedih begini lagi.

"Iris." Panggil Ana perlahan. Iris masih sama macam tadi. Tak berubah langsung. Iris yang sedang menunduk memandang pinggan sambil menguis-nguis makanan dalam pinggan dengan garfu itu dipandang lagi oleh Ana.

"Hmm." Jawab Iris ringkas. Makanan di dalam pinggan dikuis-kuis lagi. Wajahnya langsung tak diangkat untuk memandang Ana. Dia betul-betul tak ada mood sekarang. Ini pun dia setuju nak lepak sama sebab tak nak kecewakan Ana dan Dean. Ikutkan hatinya, lepas saja habis jawab exam tadi dia nak balik rumah saja. Makanan di dalam pinggan pun dia rasa tak lalu nak makan.

"Dari tadi aku tengok kau nampak lain je. Duk kuis-kuis makanan dalam pinggan. Makan tak. Cakap pun tak. Muka pula murung semacam je. Kau kenapa Iris? Kau ada masalah ke? Tak nak cerita dekat aku dengan Dean?" Tanya Ana lembut. Dean yang sedang duduk di sebelah Ana pun turut sama pandang Iris. Mahu tahu apa masalah Iris. Bukan apa, mana tahu mereka boleh tolong Iris. Selagi boleh tolong, dia akan tolong. Dengan Iris, dia memang tak pernah nak berkira sama macam Iris yang tak pernah berkira dengannya sejak dari dulu.

Flower Path (Bakal Terbit)Where stories live. Discover now