Dean tak tipu Zara bila dia kata nanti dia akan busy sebab ada event besar. Event besar tu...
"Oh my god! Cantiknya bestfriend aku!" Jerit Ana kuat. Lalu laju saja dia berlari dan memeluk erat kawannya yang cantik memakai busana berwarna putih itu.
Dean menggulingkan mata ke atas melihat reaksi Ana itu.
"Hoi hoi hoi! Jangan peluk lama-lama sangat. Yang kau peluk tu tunang aku!" Kata Dean.
"Eleh, peluk sikit pun kedekut." Kata Ana lalu Dean yang berdiri sebelah Qaisara tu dijeling tajam.
"Selamat bertunang, Ara"
"Selamat bertunang Dean""Thanks Iris." Ucap Dean sambil tersenyum manis.
"Thanks Iris" Ucap Qaisara sambil tersenyum manis lalu meluru memeluk erat Iris yang cantik memakai baju kurung berwarna pink lembut itu.
Tunang. Ya. Hari ini hari pertunangan antara Dean dan Qaisara. Dean tak tipu bila dia kata dia busy. Dia busy settlekan hal pertunangannya dengan Qaisara sebenarnya.
Alhamdulillah. Setelah lama menyulam kasih, mereka pilih untuk melangkah ke fasa seterusnya.
"Alhamdulillah. Akhirnya bertunang juga korang berdua. Kau tahu Ara, aku hampir-hampir fikir Dean cu..." Terus Ana tekup mulut bila hampir saja mengeluarkan perkataan curang di depan Qaisara. Mati dia! Minah ni dahlah baran. Kang ada juga majlis tunang bertukar majlis tahlil kejap lagi!
"Cu...cu apa Ana? Tanya Qaisara sambil kening dijongketkan sedikit ke atas.
"Err...cu...cu...cu" Tergagap Ana hendak mencari alasan.
"Jom kita ambil gambar!" Ajak Iris pantas.
"Ha gambar! Kita tak ambil gambar lagi! Jom, jom kita ambil gambar. Mana boleh tak ambil gambar saat-saat bahagia kawan kita ni." Kata Ana laju. Fuh! Selamat dia bila laju saja Iris tukar topik.
"Jom!" Ujar Qaisara teruja. Terus lupa apa yang ditanya kepada Ana tadi.
Ana melangkah menghampiri Iris lalu dibisik perlahan. "Thanks beb selamatkan aku."
Iris hanya tersenyum nipis saja. Selamatkan Ana? Tak. Selamatkan dia dengan Dean sebenarnya. Rahsia mereka tidak boleh pecah seawal ini. Jika Qaisara tahu pasti plan yang dirancangnya bersama Dean akan musnah begitu saja. Jadi rahsia ini harus disimpan kemas. Biar saja dia dan Dean yang tahu sebelum ianya akan dibongkarkan nanti.
*********************
"Hari tu masa kita jumpa aku just cerita spesifik lelaki yang stalk Iris. Semalam budak-budak aku dah berjaya tangkap dia." Kata Emran. Air di atas meja kafe diambil lalu disisip perlahan."Kat mana dia sekarang?" Tanya Zafran kepada Emran, penyiasat persendiriannya. Akhirnya berjaya juga dia tangkap stalker Iris selepas puas berusaha. Stalker ni agak licik. Pandai menyembunyikan diri. Hampir saja dia putus asa, tetapi dia tetap berusaha demi Iris. Dalam proses mencari stalker durjana itu, hari-hari hidupnya tidak tenang memikirkan keselamatan Iris sampai dia sanggup mengupah beberapa bodyguard supaya memerhatikan Iris dari jauh. Tidaklah dia risau sangat. Jika apa-apa terjadi pada Iris, sekurang-kurangnya ada bodyguard yang akan menjaga Iris untuknya.
"Ada. Dekat gudang. Kau kan cakap kalau jumpa stalker tu bagi dekat kau dulu. Kau nak bagi sedas dua dulu dekat dia sebab berani kacau Iris."
"Bagus! Tak sabar aku nak tengok muka si durjana tu. Berani dia kacau Iris. Memang mati dia aku kerjakan!" Ujar Zafran dengan bibir yang dikacip kuat kerana terlampau marah. Tangan dikepal erat hingga timbul urat-urat di tangan.
"Lepas belasah dia sedas dua, kau nak buat apa? Nak kami serahkan dia pada polis?" Soal Emran lagi. Dia memang sudah lama berkerja dengan Zafran. Tapi biasanya berurusan tentang kerja sahaja. Contoh, Zafran akan memintanya menyiasat latar belakang klien yang dia nampak curiga supaya tidak timbul masalah di syarikat nanti. Ini kali pertama dia berurusan dengan Zafran bukan berkaitan kerja. Terkejut juga dia bila Zafran meminta tolongnya menyiasat tentang stalker. Untuk perempuan pula tu.
"Jangan! Kau bagi dekat aku"
"Kau nak buat apa lagi dengan dia?" Soal Emran.
"Aku nak bawa dia jumpa Iris."
********************
To: Dean
Dean, awak busy ke sekarang?Seminit.....
Lima minit.......
Lima belas minit.....Chatnya tidak dibalas oleh Dean.
Zara mengeluh berat. Beberapa hari ini, Dean begitu lain dengannya. Dean selalu tidak balas chatnya malah pernah beberapa kali panggilannya ditolak oleh Dean. Bila Dean call balik, Dean cakap dia tiada masa untuk memegang telefon kerana sibuk mengurus event di tempat kerjanya. Orang-orang yang datang begitu ramai sampai tidak menang tangannya melayan.
Ketika Dean berkata begitu, dia pilih untuk terima dan percayakan Dean. Tapi bila hari Dean tidak berkerja pun Dean mengabaikannya, sedikit sebanyak dia terasa hati dan tertanya-tanya. Dean seakan-akan busy melakukan perkara lain sahaja.
Keluhan berat dilepas lagi.
Telefon di tangan dilihat lagi.
Sampai saat ini chatnya masih tidak dibalas oleh Dean.
Helooo!
YOU ARE READING
Flower Path (Bakal Terbit)
Romance"Abang...nak kahwin lagi satu" Rose sangkakan lelaki itu hanya tercipta untuknya seorang, tapi ternyata ia milik wanita lain juga. Dan mulai detik itu, jiwa Rose telah mati. "Jangan bencikan Daddy, janji dengan Mommy?" "Iris janji!" Impian Iris Mik...