"Amboi abang banyaknya bawa balik ole-ole."
Tan Sri Irfan tergelak kecil. Beberapa buah beg kertas yang dibimbitnya tadi dibawa bersama langkah kakinya ke arah sofa di tengah ruang tamu. Duduknya kemudian dilabuhkan di atas sofa dan beberapa buah beg kertas yang dipegang tadi diletakkan di atas meja kecil di ruang tamu yang berada tidak jauh di hadapannya.
"Cik Liza!" laung Puan Sri Hani memanggil pembantu rumahnya.
Terkocoh-kocoh Cik Liza keluar dari pintu dapur. "Ye, Cik Puan."
"Ni tolong buatkan air untuk Tuan. Lepastu ambil beg kerja Tuan ni letak dalam bilik kerja dia." Arah Puan Sri Hani.
"Baik, cik puan." Kata Cik Liza lalu dengan segera beg kerja Tan Sri Irfan diambil dan beredar dari situ.
Tidak lama kemudian Cik Liza keluar dari dapur sambil menatang dulang lalu air oren diletakkan di atas meja kecil di hadapan Tan Sri Irfan sebelum beredar dari situ.
Tan Sri Irfan yang sedang melepaskan lelah sambil minum air oren di atas sofa itu dipandang. Suaminya baru balik dari outstation. Di London.
Pandangan dihala pula ke beberapa jenis beg kertas yang dibawa oleh suaminya tadi. Ada yang besar, ada yang kecil. "Banyak abang beli barang. Untuk siapa? Untuk saya tak ada ke?" Tanya Puan Sri Hani sambil tergelak kecil. Mana tahu ada terselit untuk dia sekali.
Gelas air oren yang dipegangnya tadi diletakkan perlahan-lahan ke atas meja. "Ada. Untuk Hani abang ada beli. Ni." Kata Tan Sri Irfan lalu satu beg kertas kecil berwarna oren diserahkan kepada Puan Sri Hani.
"Hai punyalah banyak abang beli. Satu je untuk saya. Habis yang banyak-banyak ni untuk siapa?" Pelik juga dia. Punyalah banyak barang yang suaminya beli. Satu je suaminya beli untuknya. Tu pun kecil je. Habis yang besar-besar tu untuk siapa?
"Iris mana?" Tanpa menjawab soalan isterinya sekeliling rumah dilihat jika ada ternampak kelibat Iris.
"Abang lupa ke? Pagi-pagi ni Iris pergi kelas la." Jawab Puan Sri Hani.
Tepuk dahi. "Ya Allah, lupa pula. Baru ingat nak suprisekan dia. Hani tanya apa tadi? Barang banyak-banyak ni untuk siapa? Ni barang banyak-banyak ni abang beli untuk Iris. Mesti seronok dia dapat hadiah yang abang beli untuk dia ni nanti." Jawab Tan Sri Irfan dengan senyum lebar di bibir. Boleh dia bayangkan wajah cantik anaknya itu gembira bila dapat hadiah daripadanya ini.
Terdiam sejenak Puan Sri Hani. Terus dia teringat kata-kata Zara beberapa hari lepas.
"Tak. Daddy tak pernah sayangkan Zara."
"Kadang-kadang Zara tak tahu nak buat apa supaya Daddy sayangkan Zara sama macam Daddy sayangkan Iris."Puan Sri Hani mengeluh berat. Kesian anaknya itu.
"Semua ni untuk Iris?" Tanya Puan Sri Hani.
"Ye la. Untuk siapa lagi. Untuk anak kesayangan saya la." Jawab Tan Sri Irfan sambil membelek-belek hadiah yang dibelikannya untuk Iris. Banyak hadiah yang dia belikan untuk Iris semasa berada di London. Ada baju, ada kepit rambut bunga-bunga, ada rantai, ada gelang dan scarf rambut bunga-bunga. Mesti cantik kalau Iris pakai. Apalagi terus tersenyum lebar dia bila membayangkannya.
"Untuk Zara tak ada?" Tanya Puan Sri Hani lagi. Dah kalau semuanya untuk Iris. Mana bahagian Zara pula? Takkan suaminya tak teringat langsung untuk belikan untuk Zara juga?
"Tak ada. Semua abang beli untuk Iris. Lagipun buat apa abang beli untuk Zara. Dia bukan suka benda-benda macam ni. Kalau anak kesayangan saya tu ye la. Dia suka benda-benda cantik macam ni." Kata Tan Sri Irfan sambil tersenyum kecil sambil membelek-belek barang yang dibeli untuk Iris. Tak sabar pula nak tunggu Iris balik nak bagi hadiah ni. Mesti Iris gembira.
YOU ARE READING
Flower Path (Bakal Terbit)
Romance"Abang...nak kahwin lagi satu" Rose sangkakan lelaki itu hanya tercipta untuknya seorang, tapi ternyata ia milik wanita lain juga. Dan mulai detik itu, jiwa Rose telah mati. "Jangan bencikan Daddy, janji dengan Mommy?" "Iris janji!" Impian Iris Mik...