Duduk dirapatkan sikit ke arah Iris."Macam mana, dia dah masuk perangkap kau?" Tanya Dean perlahan. Bimbang ada orang mendengar perbualan mereka. Anak mata memandang lelaki yang sedang duduk di sebelah Zara dalam bilik kuliah itu yang tidak berapa jauh dari tempat duduk dia dan Iris sekarang.
"Dah."
"Macam mana kau buat?"
"Simple. Aku pura-pura jatuhkan kad pelajar aku tepi kereta dia. Dia jumpa then pulangkan dekat aku." Jawab Iris sambil tersenyum sinis. "Then aku gunakan charm aku as Iris Mikayla untuk buat dia makin dekat dengan aku."
"Kau memang terbaik Iris!" Balas Dean.
"Kau macam mana?" Soal Iris pula. Anak mata dihalakan kepada Zara yang sedang bergelak ketawa bersama Zuyyin dan Daniel.
"Ini Dean la. Siapa je tak jatuh dalam pesona seorang Dean." Ujar Dean sedikit angkuh sebelum segera mengengsot sedikit ke tepi sekaligus menghentikan perbualan mereka apabila melihat Ana yang melangkah masuk ke dalam dewan kuliah dan menuju ke arahnya dan Iris.
***********************
Daniel yang sedang ralit membelek buku di depan rak library itu dipandang oleh Iris. Senyuman sinis tersungging dibibir. Dengan pantas rambut panjangnya dikemaskan sedikit, kemudian dress pink yang cantik tersarung di tubuhnya dibetulkan sebelum kaki panjang bak modelnya melangkah ke arah Daniel.
Daniel yang ralit membelek-belek buku itu tidak perasan akan kehadiran Iris tidak berapa jauh di tempatnya berdiri. Tanpa menghasilkan sebarang bunyi, buku tebal di rak paling atas cuba dicapai oleh Iris, jinjing kaki, Daniel di sebelah dipandang sebelum buku dicapai dan...
"Aduh!" Desis Iris sedikit keras.
Buk!
Buku tebal tersebut jatuh ke lantai.
Daniel yang sedang ralit membelek buku terus toleh ke tepi apabila mendengar suara seseorang mengaduh sakit dan bunyi sesuatu jatuh. Bulat matanya apabila melihat Iris yang sedang berdiri tidak jauh dari tempatnya berdiri sambil menggosok-gosok kepala seperti menahan sakit.
"Ya Allah, Iris kenapa ni?!" Soalnya sedikit cemas lalu segera menghampiri Iris.
Dongak sedikit wajah. Terpampang wajah cemas Daniel di mata Iris. "Daniel...Iris nak ambil buku ni tadi, tapi tinggi sangat. Masa Iris cuba capai ambil, buku ni jatuh atas kepala Iris..." jawab Iris lembut. Kepala digosok-gosok lagi tanda sakit.
Buku yang jatuh ke bawah dilihat Daniel dan kepala ditoleh kembali ke arah Iris. Anak mata bergerak memandang tangan Iris yang sedang menggosok-gosok kepalanya.
"Sakit ke?"
"Sakit..." jawab Iris lembut.
"Boleh Daniel tengok?" Buku yang jatuh itu tebal. Tidak hairan la kepala Iris sakit.
Iris mengangguk kepala ke bawah perlahan.
Perlahan langkah kaki Daniel dibawa ke arah Iris. Teragak-agak tangannya naik ke rambut Iris lalu dibelek-belek lembut mencari jika ada sebarang luka namun syukurnya tiada.
"Nasib baik tak ada luka. Cuma mungkin Iris sakit sebab buku tu tebal." Kata Daniel.
Iris hanya mengangguk tanda faham.
Anak mata Daniel kemudiannya dibawa ke bawah. Buku yang jatuh itu kemudiannya diambil.
"Iris nak buku ni?"
"Hmm..." jawab Iris lembut.
Buku tersebut dihulur kepada Iris.
"Iris nak buku mana lagi? Nak Daniel tolong ambilkan untuk Iris?"
Iris mengangguk laju sambil senyuman manis dihadiahkan kepada Daniel.
*******************
Flashback
"Apa makan aiskrim comot-comot macam ni. Macam budak-budak." Kata Dean sambil mengesat kesan comot di mulut Zara dengan tisu. Senyuman manis tersungging di bibirnya. Sekarang mereka sedang lepak di taman. Selepas habis kelas tadi, terus dia ajak Zara kesini. Umpan aiskrim saja terus Zara setuju.
Zara tersenyum lebar. Dean yang fokus mengelap kesan comot dibibirnya itu dipandang penuh minat. Handsome!
"Hei apa tengok orang macam tu. Tergoda abang Dean nanti, awak juga yang susah." Usik Dean.
Terus meletus tawa Zara. Aiskrim di tangan dibawa ke mulut. "Dean. Terima kasih tau bawa saya datang sini. Saya happy sangat."
"Sama-sama my beautiful Zara. Lepasni jangan merajuk lagi tau. Tak kesian ke dekat abang Dean ni penat hari-hari fikir nak pujuk umpan pakai apa lagi," Semalam Zara merajuk dengannya kerana dia lupa date mereka untuk menonton wayang sekali lagi. Sudahnya dia pujuk guna aiskrim, hari itu pula bunga!
"Saya nak merajuk selalu lah. Mana tahu dapat aiskrim dengan bunga lagi."
"Amboi amboi amboi seronok dia. Nak kena ni!" Kata Dean lalu mengacah untuk mengejar Zara. Kelam kabut Zara bangun dan berlari sambil membawa aiskrim di tangan.
End Flashback
"Amboi anak mama. Dari jauh mama nampak duk tersengih sorang-sorang. Ingatkan apa ni?" Soal Puan Sri Hani. Pelik dia. Dari tadi dia perhatikan saja kelakuan Zara yang tersenyum-senyum seorang diri sambil duduk di gazebo berdekatan kolam ini.
Zara berdehem perlahan. Kantoi pula dia dengan mama. Tu la Zara, angau lagi!
"Tak ada apa mama." Bohong Zara.
"Ye lah tu. Mama pun pernah muda dulu. Mama tahu kalau duk tersengih-sengih seorang diri macam Zara tadi, mesti tengah teringatkan seseorang."
"Anak mama teringatkan siapa? Boyfriend?"
"Ish! apa mama ni. Zara mana ada boyfriend." Balas Zara.
"Boleh percaya ke?" Mata Puan Sri Hani dipicingkan sedikit ke arah Zara.
"Betul mama."
"Kalau Zara ada boyfriend pun apa salahnya. Anak mama ni dah besar." Ucap Puan Sri Hani sambil tersenyum manis ke arah Zara. Rambut panjang Zara dielus-elus lembut.
"Cuma hati-hati pilih pasangan. Mama tak nak anak mama buat pilihan yang salah."
Tangan Puan Sri Hani digenggam kemas. "Mama jangan risau. Zara akan ingat pesanan mama.
Hm. Agak-agak apa plan Iris dengan Dean?
YOU ARE READING
Flower Path (Bakal Terbit)
Romance"Abang...nak kahwin lagi satu" Rose sangkakan lelaki itu hanya tercipta untuknya seorang, tapi ternyata ia milik wanita lain juga. Dan mulai detik itu, jiwa Rose telah mati. "Jangan bencikan Daddy, janji dengan Mommy?" "Iris janji!" Impian Iris Mik...