BAB 1

66 4 1
                                    

"Good morning guys."Sapa Amanda Kirana kepada semua pekerjanya sebaik saja dia sampai di tempat kerja

"Morning our ladybos."Jawab Baqhi yang sedang membuat salinan di mesin fotokopi dengan senyuman.

"Morning our beautiful ladybos."Jawab Iskandar yang juga salah seorang pereka corak selain Baqhi.

"Someone looks happy today after what happen yesterday huh?"Kata Syafiq yang ditugaskan membuat iklan dan promosi mengusik tentang kejadian semalam di mana dia diserang di pejabat oleh seorang perempuan kerana teman lelakinya memandangnya tak berkelip semasa dia makan dengan pekerjanya yang lain.

"Em..em..em..Yesterday is history,tomorrow is mystery but today is a gift."Balas Amanda pada Syafiq sambil mengoyangkan jari telunjuknya ke kiri dan ke kanan.Semua yang ada di dalam pejabat ketawa mendengar kata-kata Amanda.Amanda tahu Syafiq hanya bergurau dan dia pun hanya melayan saja gurauan Syafiq.Dia tidak mahu menjadi bos yang serius sepanjang masa sampai pekerja takut hendak bergurau.Dia hanya ingin mewujudkan aura positif dalam syarikatnya.

"What's gift for today?"Tanya Baqhi.

"I don't know.Why don't all of us tell what kind of gift we expect for today?"Kata Amanda

"I start first.I harap i dapat beli dessert yang i nak.Asyik habis je bila pergi sana."Kata Amanda

"I harap ada coklat turun dari langit."Kata Shila yang bertugas menjaga keluar masuk duit syarikat.

"Really Shila?You ingat kita dalam dunia magic ke?Air hujan tukar jadi coklat?"Balas Amanda sambil ketawa.Shila juga ketawa dengan apa yang dia cakap.

"Sedapnya kalau dapat buah potong."Kata Syafiqah pula yang menguruskan penerimaan stock dari pembekal dan menjawab sebarang panggilan yang syarikat terima.

"I just need a coffee."Kata Baqhi pula.

"Me too."Kata Iskandar dan Syafiq serentak

"So all of us wish for food and drink huh?No one ask for asset.Can you see food is life?"Kata Amanda sambil tersenyum.Dia terus berjalan masuk ke pejabatnya.Dia merupakan pemilik butik pembuatan tudung jenamanya sendiri.

Bidang ini adalah bidang yang sememangnya dia minat.Pengalaman menjadi dropship sebelum membuka perniagaan tudung jenama sendiri sedikit sebanyak membantu dia menjalankan perniagaan ini.Dia mempunyai 5 orang pembantu iaitu Shila,Syafiqah,Baqhi,Iskandar dan syafiq.

"Ladybos..you ada order food delivery ke?"Tanya Syafiqah yang bertugas menjawab semua panggilan telefon yang masuk.

"Nope."Jawab Amanda ringkas.

"Tapi guard kata order under nama Amanda Kirana."Kata Syafiqah lagi.Amanda membuat muka pelik kerana dia tidak ada membuat apa tempahan makanan dari tadi.

"Emm..Tak apa i turun ambil."Kata Amanda lalu bangun dan turun ke bawah.

"Ada siapa-siapa order makanan under nama i ke?"Tanya Amanda sebaik saja dia naik semula lepas mengambil pesanan tadi.Semua hanya menggelengkan kepala.

"Weird.Ni semua makanan yang kita harapkan pagi tadi and ada nama untuk setiap satu makanan dan minuman ni."Kata Amanda.Amanda hanya tersenyum melihat kad kecil yang diselitkan dalam bungkusannya

'Enjoy your wish gift my little cat' Itulah ayat yang tertulis di kad kecil itu.Dia hanya menganggap itu hadiah dari orang yang meminatinya.Ramai yang cuba  mendapatkannya namun dia menolak dengan baik supaya tiada yang kecil hati walaupun dia cukup takut,trauma dan tidak percaya lelaki.

"Coffee for Baqhi,Iskandar and Syafiq.Chocolate for Shila ,Buah potong for Piqa and my fav biskut batik indulgance for me."Sambung Amanda lagi sambil membahagi makanan dan minuman mengikut nama masing-masing lalu kembali ke pejabatnya

"Wait."Kata Amanda sebelum mereka menikmati semua makanan dan minuman itu.4 pasang mata memandangnya hairan.

"Baqhi boleh tolong baca doa makan yang untuk elak sihir tu?Tak salahkan berhati-hati sebab tak ada yang mengaku order semua ni?"Kata Amanda sambil tersengih.Semua tersenyum mendengar kata-kata Amanda.

"Boleh ladybos."Jawab Baqhi lalu dia membaca doa sementara yang lain mengaminkan bacaan Baqhi.

⁘⁘⁘⁂MRS ARJUNA⁂⁘⁘⁘

"Manda is home."Jerit Amanda sebaik saja dia sampai rumah.

"Ish budak bertuah ni.Salam mana salam?"Marah Puan Normala ibu kepada Amanda.

"Hihihi..Sory ibu.Assalamualaikum ibu.Manda is back home."Jawab Amanda dengan suara yang sengaja dikecilkan seperti budak-budak dengan mata dikelipkan berkali-kali membuat muka comel.

"Haa..Waalaikumsalam.Nasib baik comel buat muka macam tu.Tapi ibu nak denda sebab tak bagi salam dulu tadi."Kata Puan Normala

"Ala ibu janganlah denda berat-berat.Tak kesian dengan Manda ke?"Kata Amanda

"Okay.Kalau tak nak berat-berat,denda Manda kena ikut ibu kejap lagi pergi rumah Aunty Yah."Ucap Puan Normala.

"Oh..itu sih gampang bukk.."Balas Amanda dengan bahasa indon.Tergelak Puan Normala mendengar Amanda menggunakan bahasa indon.

"Dah.Pergi siap sekarang.Ibu nak gerak ke sana awal.Boleh duduk lama-lama sikit dekat sana."Arah Puan Normala.

"Aip..aip madam."Kata Amanda lalu terus berlalu naik ke biliknya.Puan Normala hanya geleng kepala melihat telatah satu-satunya anak perempuannya.

Sampai saja di bilik Amanda terus mandi dan bersiap-siap untuk ke rumah kawan ibunya.Dia hanya mengenakan baju kurung modern corak bunga berwarna pink lembut.Wajahnya hanya dirias dengan pemerah pipi dan lipstik berwarna pink belacan.Tidak terlalu merah dan tidak terlalu pink.Selesai bersiap dia mencapai bag lalu keluar dan turun ke bawah.

"Ibu dah siap ke belum tu."Jerit Amanda.Dia menyertai bapanya yang sudah siap duduk di ruang tamu.Amanda melentokkan kepala pada bahu bapanya.Encik Zahid mengusap perlahan kepala anak perempuannya.Amanda satu-satunya anak perempuannya dan isterinya.Jadi Amanda yang paling manja walaupun dia bukan anak bongsu.

"Dah.Ibu dah siap.Dah jom gerak abang."Kata Puan Normala.Lalu mereka terus masuk ke kereta dan Encik Zahid terus memandu menuju ke rumah Puan Rokiah yang merupakan kawan baik Puan Normala.Setengah jam perjalanan akhirnya mereka sampai ke rumah Puan Rokiah.

"Assalamualaikum."Puan Normala memberi salam.

"Waalaikumsalam.Eh Nor dah sampai dah.Masuklah."Pelawa Puan Rokiah selepas menjawab salam Puan Normala.

"Eh anak dara ni pun ada sekali?Makin cantik anak dara sorang ni.Mesti beratur yang nk isi borangkan?"Kata Puan Rokiah sebaik saja mereka duduk di ruang tamu.

"Ramai je yang beratur tapi dia ni saja yang tolak.Entah nak tunggu prince charming mana datang melamar agaknya."Balas Puan Normala.Banyak pinangan yang datang tapi semua Amanda tolak dengan baik.

"Hahaha..Tak apa.Nanti ada lah tu yang dapat curi hati Manda.Betul tak Manda."Puan Rokiah cuba pertahankan Amanda.

"Haaa..Betul tu aunty.Ibu ni haa..tak sabar sangat nk suruh Manda kahwin."Adu Amanda pada Puan Rokiah.

"Amboi..Mengadu pulak dia.Haa nak sangat ngadu dengan Aunty Yah, kahwin je dengan Anak Aunty Yah.Boleh ngadu hari-hari."Saja Puan Normala mengusik Amanda.Puan Normala dan Puan Rokiah ada juga merancang nak jodohkan Amanda dengan anak lelaki Puan Rokiah.Tapi mereka hanya biarkan saja dahulu.Biar jodoh yang menemukan mereka berdua.

"Apa pulak panggil aunty.Panggil mummy je la Manda.Mummy dengan ibu kamu ni dah macam adik beradik dah.Mummy lagi suka kalau Manda jadi menantu mummy."Tambah Puan Rokiah.

"Hahaha..Nanti dulu lah mummy.Manda pon rasa syok juga kalau jadi menantu mummy.Tapi Manda nak cari duit banyak-banyak dulu.Lepas tu nak enjoy masa single.Dah kahwin nanti tak boleh enjoy sorang-sorang.Kena enjoy dengan suami.Nikmat dia lain kalau enjoy sorang-sorang dengan enjoy bersama suami."Balas Amanda sekadar mengambil hati kawan baik ibunya.

"Yelah sayang.Enjoy dulu masa tengah single.Nanti dah kahwin lagi nikmat tau enjoy dengan suami dalam bilik."Usik Puan Rokiah.Amanda hanya tersipu-sipu bila diusik begitu.Pipinya sudah merah menahan malu.

"Mummy Manda pergi dapur dulu.Nak tolong apa-apa yang patut."Kata Amanda saja beri alasan untuk mengelakkan diri menjadi topik.

"Eh tak payah susah-susah Manda.Maid dah buatkan semua."Tegah Puan Rokiah.

"Kalau macam tu Manda tengok-tengok je."Kata Manda lalu dia terus bangun dan hadiahkan senyuman pada Puan Normala dan Puan Rokiah sebelum berlalu ke dapur.

"Berkenan betul aku dengan anak kau Nor.Aku harap kita dapatlah jadi besan."Kata Puan Rokiah.

"Aku pun sama Yah.Harap dapatlah kita jadi besan ye."Balas Puan Normala lalu mereka berdua ketawa senang hati.

Mrs ArjunaWhere stories live. Discover now