BAB 37

16 0 0
                                    

Haiqal,Amanda dan Dayang keluar dari mahkamah setelah hakim menjatuhkan hukuman terhadap Baqhi dan Qaireen.Baqhi dikenakan penjara 10 tahun atas kesalahan menculik dan cubaan mencederakan Amanda.Baqhi terlepas dari hukuman cubaan membunuh Dayang kerana Dayang tiba-tiba muncul saat dia membaling pisau ke arah Amanda.Qaireen pula dijatuhkan hukuman 3 tahun kerana bersubahat dengan Baqhi.

Haiqal terdiam bila hakim memutuskan Baqhi dipenjara hanya 10 tahun saja.Dia memandang Amanda.Dia risau Baqhi akan kembali mencari Amanda sebaik saja bebas dari penjara.10 tahun bukanlah masa yang panjang.Sekelip mata saja 10 tahun boleh berlalu.Haiqal telah membuat keputusan.Dia akan meningkatkan pengawalan keselamatan untuk isteri dan anak-anaknya yang bakal lahir nanti.

Amanda memandang Haiqal.Suaminya hanya senyap sebaik saja keluar dari mahkamah.Dia tahu Haiqal bimbang dengan apa yang Baqhi akan lakukan bila lelaki itu bebas 10 tahun lagi.Baginya hukuman 10 tahun tu terlalu singkat.waktu Baqhi dibawa keluar dari kandang tertuduh sempat lelaki itu menoleh kearahnya dengan senyuman yang menakutkan berserta kenyitan mata.Amanda hanya mampu berdoa semoga Baqhi berubah saat berada dalam penjara.

⁘⁘⁘⁂MRS ARJUNA⁂⁘⁘⁘

Amanda dan Haiqal bargandingan tangan melangkah masuk ke dalam dewan.Hari ini merupakan hari pelancaran design baru untuk jenama tudung milik Amanda.Amanda berjalan dengan perlahan kerana kandungannya sudah mencecah 9 bulan.Dia sedang menanti hari saja untuk melahirkan.Perutnya agak besar kerana dia mengandung bayi kembar.Haiqal orang paling bahagia saat dokter menunjukkan gambar yang terdapat 2 janin.

Tepukkan gemuruh diberikan kepada mereka berdua saat mereka melangkah masuk ke dalam dewan itu.Majlis itu hanya ada pekerja-pekerja Amanda, stokis, agent terpilih dan pelanggan yang bertuah.Jenama tudung milik Amanda semakin terkenal.Kalau dulu tidak ramai yang dijemput.Sekarang memandangkan tudungnya mendapat permintaan ramai,dia membesarkan lagi cawangan syarikatnya.Haiqal bangga dengan pencapaian Amanda.

"Assalamualaikum pada semua staf, stokis, ejen dan pelanggan bertuah yang dapat undangan ke majlis ini.Terima kasih telah menjadi sebahagian dari keluarga kecil Manda Scarves.Terutama staff-staff Manda Scarves yang bertungkus lumus membuat design saat akhir,making marketing,checking printing,checking kualiti,taking order from stokis, packing parcel and everything you do behind scene.I will give reward for your hardwork.For stokis yang rajin cari agent and agent yang rajin posting untuk cari customer there is a reward for you too.Untuk customer yang bertuah malam ni,terima kasih kerana menyukai dan setia dengan Manda Scarves."Amanda berhenti seketika.Anak-anaknya mula menendang perutnya membuatkan terasa sakit sedikit.Tangannya mengusap perlahan perutnya.

"Sayang okay?"Tanya Haiqal bimbang.Amanda tersenyum sambil mengangguk.Amanda menarik nafas dalam-dalam dan dilepas perlahan sebelum menyambung ucapannya.

"Saya harap usaha yang kita buat membuahkan hasil dan dapat memberi manfaat kepada semua.Niat saya memulakan perniagaan tudung ni adalah untuk mencari pahala akhirat dan berkongsi pahala dengan lebih ramai orang lagi.Saya harap design-design yang menarik dari Manda Scarves ni boleh membuka hati para wanita di luar sana untuk memakai tudung, sesuai dengan suruhan-NYA.Ye saya tahu,orang akan kritik saya sebab ajak orang pakai tudung tapi saya sendiri tidak bertudung.Inn Shaa Allah..saya akan berhijab juga dalam masa terdekat.Doakan saya ya."Ucap Amanda.Semua yang ada di dalam dewan tersenyum mendengar ucapan Amanda.

"Saya rasa saya kena tamatkan ucapan saya cepat.Anak saya dah marah saya berucap lama sangat.Mungkin dia dah tak sabar nak keluar agaknya.Apa-apa pun saya harap semua tetap setia bersama saya menaikkan lagi nama Manda Scarve ni."Amanda menghabiskan ucapannya.

"Bie..perut baby sakit.Anak kita makin kuat menendang."Kata Amanda sebaik saja mereka turun dari pentas.

"Bie bawa baby pergi hospital."Kata Haiqal.Tanpa berlengah  Haiqal terus menggendong Amanda supaya lebih cepat mereka sampai ke kereta.Amanda terkejut dengan tindakkan Haiqal.Sempat Haiqal mengenyit mata pada Amanda pada saat dia sedang menahan sakit.Semua dalam dewan bersorak kuat bila Haiqal menggendong Amanda.Amanda hanya menyembunyikan wajahnya di dada Haiqal malu dengan situasinya sekarang.

"Bie..Baby minta maaf."Ucap Amanda bila mereka dalam kereta.

"Kenapa baby minta maaf?"Tanya Haiqal.

"Baby rasa air ketuban baby dah pecah.Seat bie basah."Kata Amanda.peluh mula membasahi wajahnya walaupun Haiqal memasang aircond kereta.

"Dah pecah ke?"Tanya Haiqal sambil meraba untuk rasa kain Amanda tapi Amanda menahan.

"Kotor bie."Kata Amanda sambil menghalang Haiqal dari memegang kainnya yang sudah basah.

"Apa yang kotornya sayang.Tak ada yang kotor pun sayang.Air ketuban je.Seat dah basah sayang selesa tak duduk situ?"Tanya Haiqal.

"Tak apa baby okay je.Tapi seat bie dah basah.Nanti berbau."Kata Amanda lagi.

"Ya Allah sayang.Seat tu tak jadi masalah pun pada bie.Bila-bila masa bie boleh bersihkan atau beli kereta baru.Sekarang ni baby dengan anak-anak kita yang penting."Balas Haiqal.

"Sabar sikit ye sayang.Kita dah nak sampai hospital."Kata Haiqal lagi.

Sampai saja di hospital bahagian kecemasan Haiqal terus keluar kereta dan menggendong Amanda lalu diletakkan atas katil yang dibawa oleh jururawat.Sementara Amanda diperiksa oleh dokter,Haiqal mengisi borang yang hospital perlukan.

"Pembawa Puan Amanda Kirana."Jururawat memanggil.

"Ye saya."Jawab Haiqal.

"Encik ni suami Puan Amanda ke?"Tanya jururawat itu.

"Ye saya."Jawab Haiqal lagi.

"Puan Amanda sekarang dah berada di dewan bersalin.Jalan sudah buka.Encik nak masuk teman dia bersalin ke?"Tanya Jururawat itu.Haiqal mengangguk laju lalu terus mengikuti jururawat untk memakai baju khas.

"Sayang..."Panggil Haiqal.Dia lihat wajah Amanda sudah pucat.Tapi pada mata Haiqal kecantikkan Amanda tidak berkurang sikit pun.

"Bie..baby nak minta maaf kalau sepanjang baby jadi isteri bie,baby ada sakitkan hati bie,tertinggi suara,melawan cakap bie atau buat bie marah.Halalkan makan minum baby selama bie kenal dan jaga baby.Halalkan kasih sayang dan cinta yang bie curahkan untuk baby"Ucap Amanda.

"Baby tak pernah buat apa-apa salah pada bie.Kalau ada pun bie sentiasa maafkan semuanya masa tu juga.Bie sentiasa halalkan semua yang bie bagi pada baby.Baby jangan fikir banyak sangat ye.Kasih sayang dan cinta bie pada baby ikhlas. dan bie halakan semuanya sayang."Balas Haiqal sambil mengucup lembut dahi Amanda.

"Kalau umur baby tak panjang,bie carilah ibu baru yang baik untuk anak kita ye.Kalau apa-apa jadi pada baby lepas lahirkan anak-anak kita,bie jangan benci anak-anak kita tau."Pesan Amanda sayu.Dia bimbang nyawanya di ambil semasa melahirkan.

"Kenapa sayang cakap macam tu.Inn Shaa Allah semuanya akan selamat.Baby dengan anak-anak kita akan selamat dan sihat.Kalau Allah lebih sayangkan baby,bie tak akan benci anak-anak kita sayang.Itu je lah kenangan dan harta yang baby tinggalkan untuk bie.Bie akan jaga sebaik mungkin dan bie tak akan cari ibu baru untuk anak-anak kita.Bie yang akan jadi ibu dan ayah mereka."Balas Haiqal.Amanda hanya tersenyum mendengar kata-kata Haiqal.Perutnya mula merasa sakit.

⁘⁘⁘⁂MRS ARJUNA⁂⁘⁘⁘

Setelah selamat brsalin, Amanda berpantang di rumah ibu mertuanya setelah berpantang selama sebulan di rumah ibunya.Mereka di kurniakan sepasang kembar.Anak lelakinya yang keluar dahulu diberi nama Armada Qaleeq manakala anak perempuannya diberi nama Jasmine Huwainaa.Amanda dan Haiqal bahagia dikurniakan sepasang kembar yang comel.

"Assalamualaikum kak Manda."Dayang memberi salam sebaik saja sampai ke rumah puan Rokiah.

"Waalaikumsalam Dayang."Amanda menjawab salam Dayang.

"Dua ketul tu mana?"Tanya Dayang.

"Nanny diorang tengah mandikan dekat dapur."Jawab Amanda.

"Macam mana tempat kerja?Okay tak?"Tanya Amanda.Sepanjang dia berpantang,Amanda meminta Dayang untuk menguruskan syarikatnya.

"Alhamdulillah okay kak.Yang tak okay ada parasit je."Adu Dayang.

"Parasit?"Tanya Amanda.

"Haaa..panjang umur si parasit ni."Kata Dayang sebaik saja ternampak kereta Naufal baru masuk ke halaman rumah puan Rokiah.

"Naufal? parasit?"Tanya Amanda pada Dayang.Dayang mengangguk bersungguh-sungguh.

"Dia asyik datang office je.Office tu dia dah buat macam rumah nombor dua dia."Keluh Dayang.

"Dia suka Dayang kot."Usik Amanda.

"Ish..tak ada masa lah nak fikir pasal lelaki ni."Kata Dayang.Amanda hanya ketawa saja.

"Assalamualaikum ladies."Naufal memberi salam sebaik saja masuk ke rumah mertua Amanda.

"Waalaikumsalam Pal."Jawab Amanda.Dayang hanya dia menjawab salam yang diberi dalam hati.Dia bangun lalu ke dapur mencari si kembar.

"Sorang je Pal?Arjuna mana?"Tanya Amanda.

"Arjuna lambat sikit.Si kembar mana?"Tanya Naufal pula.

"Ada dekat dapur.Nanny diorang tengah mandikan."Jawab Amanda.

"Oh.I ke dapur dulu tengok si kembar mandi."Kata Naufal lalu terus berjalan ke dapur.Dapat dia lihat Dayang cuba mengelak berjumpa dengannya.Sampai di dapur dia lihat hanya Dayang saja di situ sedang membancuh air.Dia lihat di tandas tidak ada orang.

"Buat apa tu?"Bisik Naufal ditelinga Dayang.

"Allah!"Ucap Dayang gara-gara terkejut bila Naufal tiba-tiba berbisik di telinganya.Cawan yang dipegang hampir terlepas.

"Apa masalah you ni?Terkejut i tahu tak."Marah Dayang.

"Sorry.I memang sengaja."Jawab Naufal sambil ketawa.Dayang hanya memberikan jelingan tajam pada Naufal.

"Si kembar mana?Manda cakap nanny dia tengah mandikan tadi.I tengok you sorang je dekat sini."Tanya Naufal.

"Nanny diorang dah bawa masuk bilik nak pakaikan baju diorang."Jawab Dayang.Dayang rasa tidak selesa bila Naufal berada terlalu dekat dengannya.

"Boleh tak you jauh sikit.Tak manis kalau orang nampak."Kata Dayang sambil bergerak ke kabinet dapur untuk mengambil dulang sekaligus menjauhkan diri dari Naufal.Naufal yang mendengar kata-kata Dayang berjalan mendekati gadis itu semula.

Dayang berjalan mengundur ke belakang bila Naufal masih berjalan mendekatinya.Dia tersekat antara kabinet dapur di belakangnya dan Naufal dari depan yang semakin menghampirinya.Dayang bergerak ke kiri namun Naufal pantas menyekat dengan meletakkan tangannya pada kabinet.Kemudian dia bergerak ke kanan dan lagi sekali Naufal meletakkan tangannya lagi sebelah di atas kabinet.Dayang terperangkap ditengah-tengah.

"Te..Tepilah Naufal!"Marah Dayang.Naufal hanya tersenyum kemudian mendekatkan wajahnya pada telinga Dayang kemudian berbisik sesuatu hingga menyebabkan wajah gadis itu yang sudah merah menjadi semakin merah.

"Kenapa muka merah Dayang?Dayang demam ke?"Tanya Amanda sebaik saja Dayang kembali ke ruang tamu bersama sedulang air.Haiqal yang baru saja balik sibuk melayan anak kembarnya.

"Haa?Merah?Err..Tak.Dayang tak demam.Mungkin sebab panas buat air dekat dapur tadi."Dalih Dayang.Tidak mungkin dia akan mengatakan wajahnya merah gara-gara Naufal.Tidak pasal-pasal dia diusik oleh Amanda.

"Bie pergilah mandi dulu sebelum main dengan anak-anak."Pinta Amanda pada Haiqal.

"Okay sayang.bie mandi kejap."Balas Haiqal lalu mengucup pipi Amanda dan berlalu naik ke bilik.

⁘⁘⁘⁂MRS ARJUNA⁂⁘⁘⁘

"Baby..bie ada hadiah untuk baby."Kata Haiqal lepas mereka semua selesai makan malam.Haiqal mengundang dua kawan baiknya, tapi hanya Naufal saja yang dapat datang.Raiz ada urusan lain.Dayang memang duduk dengan ibunya kerana membantu Amanda menguruskan butik selama Amanda berpantang.

"Hadiah?Hadiah apa pula bie?"Tanya Amanda pelik kerana sebaik saja anak mereka lahir, Haiqal menghadiahkannya sepersalinan barang kemas yang berharga hampir mencecah lima puluh ribu.Haiqal tersenyum lalu menghulurkan satu kotak baldu pada isterinya.

"Cuba sayang buka."Kata Haiqal sebaik saja Amanda memegang kotak itu.

"Kunci?Kunci apa ni bie?"Tanya Amanda sambil memandang kunci berwarna keemasan itu.

"Kunci ni adalah hadiah untuk sayang kerana sudi menjadi isteri bie, sudi buka hati sayang terima bie dalam hidup sayang, sudi percayakan bie dan sudi melahirkan anak-anak bie.Dengan trauma yang baby lalui dulu baby tetap cuba untuk terima bie."Ucap Haiqal.

"Bie..Baby sudi buat semua tu sebab bie layak.Bie layak jadi suami baby, bie layak duduk dalam hati baby, bie layak dapat kepercayaan baby and bie layak terima zuriat dari baby.Baby yang berterima kasih sebab bie sanggup bersabar dan tolong baby lupakan semua kenangan hitam tu and baby berterima kasih sangat bie sudi terima baby dengan keadaan yang macam tu."Balas Amanda.Matanya sudah basah dengan airmata.

Puan Rokiah mengesat matanya yang basah dengan airmata.Keluarga Amanda dan Haiqal sudah tahu kejadian Amanda dirogol kerana Amanda membuat keputusan untuk memberitahu ahli keluarganya dan berserah pada takdir jika ibu dan bapa mertuanya mahu Haiqal melepaskannya.Namun dia dikurniakan ibu dan bapa mertua yang sangat baik.Mereka tetap menerimanya.

"Dah.Tak nak sedih-sedih dah.Lepas ni kita hidup gembira saja.Yang perlu ditangkap dah pun ditangkap.Sekarang mummy dan daddy mahu semua hidup gembira macam biasa.Benda dah lepas jangan dikenang lagi.Okay sayang?"Kata Puan Rokiah sambil mengusap lembut kepala Amanda.

"Tapi bie ni kunci apa?Kunci harta karun ke?"Tanya Amanda.

"Kunci rumah sayang."Melopong mulut Amanda sebaik saja mendengar jawapan Haiqal.

"Ru..Rumah?Baby punya?"Tanya Amanda lagi.

"Ye.Lepas je bie tahu sayang mengandung, bie beli rumah ni atas nama sayang dan hias sikit.Bie memang nak bagi lepas sayang lahirkan anak kita."Jawab Haiqal

"Tapi bie ni mahal sangat.Hari tu bie dah bagi barang kemas, ni bagi rumah pula."Balas Amanda.

"Barang kemas tu hadiah sebab lahirkan anak-anak bie.Rumah ni hadiah sebab sudi jadi isteri bie."Jawab Haiqal lagi.

"Haih..Tak sabarlah aku nak ada isteri.Aku nak juga bagi isteri aku macam-macam."Keluh Naufal.

"Carilah isteri cepat-cepat."Balas Haiqal.

"Dah ada.Depan mata je.Tapi tu lah.Dia keras hati sikit.Tunggulah..Tahu la aku nak lembutkan macam mana."Jawab Naufal selamba.Dayang hanya menayang riak biasa saja.

Mrs ArjunaWhere stories live. Discover now