"Assalamualaikum abang Qal."Dayang memberi salam dengan suara cemas sebaik saja Haiqal menjawab panggilannya.
"Waalaikumsalam."Jawab Haiqal.Dia dalam perjalanan berjumpa seseorang.
"Abang Qal.Ada orang bawa kak Manda pergi."Kata Dayang.
"Mana kau tahu?"Tanya Haiqal.Haiqal sedikit pelik bagaimana Dayang boleh tahu Amanda diculik.
"Tadi Dayang pergi butik kak Manda nak bincang pasal plan untuk rumah nenda.Masa baru sampai,Dayang duduk dalam kereta nak call kak Manda.Lepastu Dayang nampak ada lelaki bertopeng tengah dukung kak Manda and masukkan dalam kereta.Dayang follow kereta tu sampai dekat satu rumah ni.Dayang park jauh sikit dari rumah tu sebab takut lelaki tu perasan Dayang follow dia.Lagipun ramai pengawal berjaga sekitar rumah tu."Cerita Dayang.
"Kau balik sekarang.Pergi duduk rumah mummy abang dulu."Kata Haiqal.
"No abang.Dayang send location dekat Abang.Abang datang sini cepat selamatkan kak Manda.Kalau abang tak datang Dayang tak akan tinggalkan kak manda."Kata Dayang.
"Jangan degil Dayang.Balik dulu.Budak-budak abang dah ada dekat sana."Kata Haiqal.
"Mana diorang?Dayang tak nampak pun?Lantaklah abang Qal nak cakap Dayang degil ke apa.Kalau abang tak nak selamatkan kak Manda sekarang,Dayang yang akan selamatkan kak Manda sendiri."Kata Dayang.Dia sanggup gadaikan nyawanya untuk selamatkan Amanda sejak Amanda tidak melaporkannya pada polis.
"Okay.Macam ni.Kau stay situ jangan buat apa-apa.Tunggu sampai abang datang sana."Kata Haiqal lalu terus mematikan panggilan sebaik saja sampai ditempat yang dijanjikan
"Hye Qal."Sapa Qaireen.
"hm."Balas Haiqal.
"You dah jumpa isteri you ke?"Tanya Qaireen.
"Not yet.I betul-betul buntu mana nak cari dia."Kata Haiqal berpura-pura buntu.
"Sabar ye Qal.I akan tolong apa yang patut.I dah upah orang untuk cari isteri you."Kata Qaireen lembut.Dalam hati dia tersenyum bila Haiqal masih belum dapat mengesan lokasi Amanda.
"Thanks Reen.I tak tahu la apa jadi kalau you tak ada tolong i.By the way i lupa nak tanya you.Macam mana you tahu wife i kena culik?"Tanya Haiqal.
"Err..Masa i nk pergi butik Manda, i terdengar staff dia bercerita.Sebab tu i terus tanya you.Sekarang you sabar ye.Biar diorang yang buat kerja.Nah minum air dulu tenangkan hati you"Kata Qaireen lagi sambil memegang tangan Haiqal.Haiqal menahan marahnya saat Qaireen memegang tangannya.Haiqal minum air yang Qaireen beri.
"I yakin lelaki bertopeng tu belum bawa isteri you jauh lagi."Senyuman sinis terukir dibibir Haiqal beserta pandangan tajam pada Qaireen.Akhirnya Qaireen terlepas cakap.
"Get off your dirty hand from my hand bitch."Ucap Haiqal.
"Qal kenapa ni?Kenapa you tiba-tiba marah i?"Tanya Qaireen yang terkejut dengan perubahan Haiqal.
"Tak ada sesiapa tahu lelaki tu bertopeng."Kata Haiqal.Qaireen terkejut bila sedar dia terlepas cakap.
"You..you ada cakap dengan i tadi Qal."Qaireen cuba menipu.
"The moment kau tiba-tiba call aku lepas isteri aku kena culik,aku dah buat kau sebagai suspek utama."Kata Haiqal.Telefon Haiqal berbunyi menandakan ada pesanan masuk.Haiqal tersenyum sinis.
"Aku baru balik dari butik Kirana dan anak buah aku masih ada dekat sana.Tak mungkin staff Kirana bercerita depan pelanggan dan bukti chat kau dengan jantan tu aku dah dapat."Kata Haiqal sambil menunjukkan pesanan yang diterima tadi.
"Qal i.."Qaireen tersenyum bila Haiqal sudah lentok di atas meja.Dia sudah meletakkan ubat tidur dalam minuman itu sebelum Haiqal sampai tadi.
"Qal..Qal..Kalau you tak kahwin dengan betina tu i tak akan buat sampai macam ni.Sekarang Amanda Kirana milik dia dan Arjuna Haiqal milik Qaireen.Tak ada orang boleh pisahkan kita lagi sayang."Kata Qairen lalu terus ketawa puas kerana dia dapat memiliki Haiqal.Qaireen mengambil telefonnya dan menghubungi Qie.
YOU ARE READING
Mrs Arjuna
RomanceSetiap hari Amanda Kirana akan menerima kejutan dari seseorang yang misteri.Kecantikkannya membuatkan ramai jejaka tergilakan dirinya Kejadian hitam yang terpalit dalam hidup Amanda Kirana membuatkan gadis itu tidak mahu menerima mana-mana lelaki da...