Haiqal dan Amanda membuat keputusan untuk duduk lama sedikit di rumah peninggalan nenek Haiqal.Mereka ingin mengemas sedikit rumah itu yang agak tidak terurus kerana kenduri untuk Arwah hajah Asmah.Ibu dan bapa mertuanya sudah pulang terlebih dahulu.
Pagi itu Haiqal keluar pergi ke kedai sebentar untk membeli plastik sampah besar, sementara Amanda membersihkan bahagian dapur, membasuh dan mengelap pinggan-pinggan koleksi Hajah Asmah.Terukir senyuman dibibir Amanda kerana tokwannya juga gemar menyimpan koleksi pinggan seperti Hajah Asmah juga.
Bila ditanya kepada tokwannya kenapa simpan pinggan banyak-banyak,tokwannya jawab kalau hendak buat majlis besar tak perlu sewa barang-barang dari balai raya kampung.Dia yakin jawapan Hajah Asmah pasti sama jika ditanya.Pada zaman dulu kurang katering kerana orang kampung lebih suka bergotong royong.Tapi pada zaman sekarang kebanyakkan memakai khidmat katering lebih mudah dan tidak penat.
Semasa sedang leka mengelap pinggan-pinggan yang sudah siap di basuh sepasang mata memerhati gelagat Amanda dengan penuh kebencian.Rambut Amanda tiba-tiba ditarik menuju ke ruang tamu lalu ditolak kasar hingga Amanda jatuh tersungkur dilantai.Amanda menoleh untuk melihat siapa yang menyerangnya.
"Dayang!"Sebut Amanda.
"Tak payah panggil nama aku dengan mulut kotor kau."Marah Dayang.
"Apa masalah awak Dayang.Kenapa awak tiba-tiba tarik rambut saya dan marah dengan saya?"Tanya Amanda.
"Kau tanya apa masalah aku?Masalah aku adalah kau!"Jerit Dayang.
"Apa salah saya pada awak sampai awak tak suka saya sangat?Saya boleh nampak awak tak suka saya dari hari pertama kita jumpa."Tanya Amanda.
"First sebab kau kahwin dengan abang Qal.kedua sebab kau cuba nak buat mak aku sayang kau.Ketiga nenda bagi harta pada kau sedangkan kau hanyalah orang luar.semua benda kau nak.Kau ni kurang kasih sayang ke?"Jawab Dayang.
"Saya kahwin dengan Arjuna sebab takdir saya begitu.Maklong tu saya dah anggap macam mak saya sendiri.Maklong layan saya dengan baik.Takkan lah saya nak kurang ajar dengan orang yang lebih tua dari saya?Harta yang nenda bagi tu saya tak minta pun.Saya hanya minta kasih sayang nenda je.Awak sendiri dah baca surat yang nenda tulis.Kalau boleh saya nak serahkan pada Arjuna, tapi nenda dah haramkan saya bagi pada sesiapa kecuali pada anak-anak saya dan Arjuna."
"Aku tak peduli haram ke tak,aku nak kau serahkan balik harta tu pada keluarga kami kemudian kau tinggalkan abang Qal atau kau akan sakit."Ugut Dayang sambil mengeluarkan pisau yang disorok di poket seluarnya.
"Allah..Dayang..please mengucap Dayang.Letak pisau tu please.Bahaya Dayang."Mengucap Amanda saat melihat Dayang memegang pisau.Amanda cuba memujuk Dayang.
"Kau nak serahkan tak harta yang nenda bagi?"Tanya Dayang.
"Saya tak boleh serahkan Dayang.Saya janji akan jaga peninggalan nenda ni dengan baik.Saya tak akan halang kalau awak nak duduk di rumah ni."Pujuk Amanda lagi.
"Kau yang minta semua ni jadi Amanda!"Jerit Dayang serentak itu berlari hendak menikam Amanda.Amanda dapat mengelak serangan dari Dayang.Entah macam mana kakinya tersalah pijak membuatkan dia jatuh terduduk.Kesempatan itu Dayang guna untuk menikam Amanda lagi.Amanda menahan mata pisau itu dengan kedua belah tangannya dan menyebabkan tapak tangannya luka kerana mengenggam kuat mata pisau itu.
"Dayang..Mengucap Dayang.Ingat Allah.Sakit Dayang."Ucap Amanda sambil menahan kesakitan.
"Oh sakit?Habis sakit hati aku ni macam mana?"Jerit Dayang sambil menekan lebih kuat pisau itu.Amanda menjerit kesakitan.Jika dia melepaskan pisau itu, tikaman itu akan mengena i tepat didadanya.
"Astaghfirullahaladzim Dayang!!!!"Jerit Puan Roziah yang baru saja masuk ke rumah.Niat dia hendak membantu Amanda mengemas tapi terkejut dengan kejadian yang berlaku di depan matanya.Puan Roziah menarik Dayang yang berada di atas Amanda sedang cuba menikam Amanda.
"Kamu ni dah kenapa Dayang?Setan mana yang dah racun otak kamu ni!Dah tak boleh berfikir dengan waras ke sampai nak bunuh orang?!"Marah Puan Roziah.
"Manda kamu okay tak?"Tanya Puan Roziah.Dia risau lihat darah tak berhenti mengalir ditangan Amanda.Wajah Amanda sedikit pucat kerana terlalu banyak darah yang keluar.Amanda hanya mengangguk dan berdiri kembali.
"Mak jangan masuk campur.Baik mak tepi.Ni urusan Dayang dengan perempuan ni."Kata Dayang.
"Kamu ni kenapa Dayang?!Apa masalah kamu sampai kamu nak tikam Manda?Salah apa yang Manda buat pada kamu sampai kamu jadi macam ni sekali?Kamu patut minta maaf dengan Manda.Dia tak ada buat salah apa-apa dengan kamu.Kenapa kamu tiba-tiba nak serang dia?!"Marah Puan Roziah lagi.
Dayang yang semakin berang mendengar kata-kata ibunya yang menyebelahi Amanda terus belari ke arah Amanda semula hendak menikam gadis itu.Tapi Puan Roziah menghalang dan menyebabkan pisau yang Dayang pegang tertancap pada perut Puan Roziah.
"Maklong!"
"Mak!"Jerit Amanda dan Dayang serentak.
Amanda menyambut tubuh Puan Roziah yang sudah tidak sedarkan diri gara-gara ditikam.Pisau ditangan Dayang terlepas.Dayang melihat perut ibunya yang berdarah.Dia jatuh terduduk kerana tidak percaya dia menikam ibunya sendiri.Dia seperti baru tersedar dengan apa yang dia buat.
"Assalam...Allah..Sayang!"Jerit Haiqal sebaik saja masuk ke rumah dia lihat Puan Roziah terbaring di atas riba Amanda dengan berlumuran darah.
"Bie..Cepat bawa maklong pergi hospital bie."Kata Amanda dengan airmata yang bercucuran jatuh.Haiqal yang masih tertanya-tanya dengan apa yang jadi terus mengangkat maklongnya untuk dibawa ke hospital.Amanda duduk dibelakang memangku kepala Puan Roziah.Haiqal menghubungi Irwansyah untuk membawa Dayang ke hospital sekali.
"Syah urgent!Pergi rumah nenda ambil Dayang bawa pergi hospital.Aku tengah bawa maklong pergi hospital.Perut maklong kena tikam."Kata Haiqal sebaik saja Irwansyah menjawab panggilannya.
"Apa?!Macam mana boleh kena tikam?Siapa yang tikam?"Jerit Irwansyah yang terkejut bila dengar ibunya ditikam.
"Kau ambil dayang dekat rumah nenda dulu.Nanti dekat hospital aku bagitahu.Aku nak cepat bawa maklong pergi hospital."Jawab Haiqal.
"Yelah.Aku gerak sekarang."Balas Irwansyah lalu mematikan panggilan dan terus bergerak ke rumah nendanya.
Haiqal menghentikan keretanya dibahagian kecemasan.Sebaik saja Haiqal membuka pintu belakang tanpa disuruh jururawat pantas mengangkat Puan Roziah dan diletakkan di atas katil lalu ditolak masuk ke bahagian zon merah.Amanda pula dibawa oleh jururawat lain untuk merawat tangan gadis itu.Selesai memarkir kereta Haiqal kembali ke bahagian kecemasan menunggu Amanda dan Puan Roziah.
"Sayang tak apa-apa?"Tanya Haiqal sebaik saja masuk ke wad Amanda setelah dokter keluar lepas selesai memberi Amanda rawatan.
"Baby okay.Maklong macam mana bie?"Tanya Amanda sebaik saja menjawab soalan Haiqal.
"Dokter belum panggil lagi."Jawab Haiqal.Amanda Hanya mengangguk lemah.
"Can you tell me what happened?"Tanya Haiqal.
"Dayang nak tikam baby tapi maklong halang.Jadi dia tertikam maklong."Jawab Amanda.
"WHAT!!!"Kuat Haiqal menjerit agak kuat.Amanda sedikit terkejut mendengar jeritan Haiqal.
"Sorry sayang.Bie terkejut."Kata Haiqal sebaik saja lihat reaksi terkejut Amanda.
"Dia jadi macam tu sebab baby."Ucap Amanda dengan kepala menekur ke lantai.
"Dia ada cakap kenapa dia buat macam tu pada baby?"Tanya Haiqal
"Ada."Jawab Amanda.
"Qal."Panggil Irwansyah yang baru saja sampai.
"Syah."Sapa Haiqal lalu bersalam dengan Irwansyah.
"Aku dari wad mak aku tadi.Dia dah sedar.Dia cari kau dengan Manda.Mak aku dah ceritakan apa yang jadi.Manda, Syah minta maaf dengan apa yang Dayang dah buat."Ucap Irwansyah.
"Tak apa Syah.Dayang pun mesti dah menyesal dengan apa yang dia dah buat."Balas Amanda.
"Jom kita masuk tengok maklong"Ajak Amanda.Haiqal mengangguk lalu membantu Amanda turun dari katil.Irwansyah mengikuti mereka dari belakang.
Sampai saja di wad Puan Roziah,Haiqal memberikan pandangan tajam pada Dayang.Dayang menunduk takut dengan pandangan Haiqal.Amanda mengenggam erat tangan Haiqal memintanya bersabar.Kalau Dayang bukan sepupunya sudah lama gadis itu lenyap dari muka bumi ni kerana cuba mencederakan isterinya.
"Maklong okay maklong?"Tanya Amanda.
"Allhamdulillah Manda.masih hidup lagi maklong ni.Mujur kamu dan Haiqal ada dekat situ.Kalau tidak dah lama jalan dah maklong."Kata Puan Roziah sambil memberikan jelingan tajam pada Dayang.
"Qal..Manda..Maklong minta maaf bagi pihak anak maklong.Maklong malu dengan apa yang Dayang dah buat.Maklong tak kisah kalau Manda nak buat report polis."Kata puan Roziah lagi.
"Qal minta maaf maklong.Qal tak boleh abaikan perkara ni.Benda ni melibatkan nyawa Kirana, isteri Qal.Qal tak tahu apa yang Qal akan buat pada dia kalau Kirana yang kena tikam tadi.Qal akan buat laporan polis dengan apa yang jadi.Qal nak dia dihukum."Kata Haiqal dengan nada yang serius.Puan Roziah hanya mengangguk saja.Amanda terkejut dengan keputusan Haiqal.Begitu juga Dayang.Dia sudah menyesal dan sedar dengan keterlanjurannya.
YOU ARE READING
Mrs Arjuna
RomanceSetiap hari Amanda Kirana akan menerima kejutan dari seseorang yang misteri.Kecantikkannya membuatkan ramai jejaka tergilakan dirinya Kejadian hitam yang terpalit dalam hidup Amanda Kirana membuatkan gadis itu tidak mahu menerima mana-mana lelaki da...