BAB 6

28 1 0
                                    

"Tolong!"

Haiqal yang sedang duduk dalam kereta sambil menikmati keindahan pantai pada waktu malam pantas duduk dengan tegak bila terdengar jeritan meminta tolong sayup-sayup di telinganya.

Haiqal keluar dari keretanya untuk mendengar dengan lebih jelas jeritan itu datang dari arah mana supaya dia dapat berikan bantuan jika benar ada yang betul-betul memerlukan pertolongan darinya.

"Arghhh...Tolongggg!!!"Haiqal berpaling ke arah datangnya suara jeritan itu.Pantas dia berlari ke arah itu.Di satu kawasan yang agak tersembunyi dia lihat ada tiga orang lelaki seperti sedang bergelut dengan sesuatu di bawah.

Kawasan di situ terlalu gelap dan membatasi pandangannya.Dia menghampiri ketiga lelaki itu dengan perlahan lalu menyalakan lampu dari telefon bimbitnya dan di halakan ke arah tiga orang lelaki itu.Baru dia nampak dengan jelas seorang gadis yg sedang ditindih meronta-ronta ingin melepaskan diri.

"Woiii.Apa yang korang buat pada dia."Jerit Haiqal.Tiga orang lelaki itu memandang ke arah Haiqal serentak.

"Hish..kacau betullah."Kata lelaki yang sedang menindih gadis  itu.

"Bro nak join ke.Nak join kena tunggu turn la.Aku baru nak start.Aku yang pertama, lepastu kawan aku yang dua orang ni.Lepas kawan aku baru giliran kau."Kata lelaki itu seraya mengajak Haiqal bergabung dengan mereka.

"Kurang ajar."Marah Haiqal dan serentak itu Haiqal menghayun kakinya ke arah lelaki itu hingga lelaki itu tertumus ke tanah di depan.Dua orang lelaki yang memegang tangan gadis itu tercengang lalu cepat-cepat bangun mengangkat rakannya yang ditendang tadi dan terus lari dari situ meninggalkan gadis itu memandangkan badan Haiqal lebih besar dari mereka yang kurus.

Haiqal yang melihat tubuh gadis itu sudah terdedah cepat-cepat membuka jaketnya untuk disarungkan ketubuh gadis itu yang masih terbaring lemah.Semasa ingin menyarungkan jaketnya ,gadis itu masih meronta-ronta dan meracau.Perkataan yang keluar dari bibir gadis itu hanya 'tolong'.Haiqal berfikir mungkin gadis itu trauma.

Haiqal menarik tubuh gadis itu supaya bangun.Dia menolak ke belakang rambut yang menutupi wajah gadis itu.Haiqal terpempan seketika bila melihat wajah gadis itu.Gadis itu adalah gadis yang melanggar keretanya tempoh hari.Haiqal cuba mengingat kembali nama gadis itu.

'Amanda kirana' desis hati Haiqal.

"Kirana...Bertenang okay.You dah selamat.Mereka dah pergi."Kata Haiqal.

"Tolong..tolong lepaskan saya.Jangan buat benda ni lagi pada saya."Rayu Amanda.Matanya masih terpejam kerana terlalu takut.Seluruh tubuhnya mengigil kuat.Wajah ketiga lelaki tadi dengan bayangan apa yang terjadi dulu masih bermain dalam fikirannya.Mendengar rayuan Amanda ,Haiqal mula tertanya-tanya adakah gadis ini pernah mengalami kejadian yang serupa sebelum ini.

"Open your eyes Kirana.You are safe now!"Haiqal meninggikan sedikit suaranya untuk menyedarkan Amanda.Terbuka mata Amanda mendengar suara seseorang menyebut namanya dengan nada yang tinggi.Wajah pertama yang dia lihat adalah wajah yang dia benci.

"To..Tolong i.Ada orang nak..nak rogol i tadi.I dah nak balik ke kereta i tadi.Lepas tu i nampak tiga lelaki tu follow i..I terus lari masuk dalam kereta..i tak sempat lock pintu kereta dia dah buka pintu kereta i.Lepastu dia tarik i pergi sini..lepas tu dia..."Tanpa diminta Amanda menceritakan apa yang terjadi namun Amanda tidak habis bercerita lagi Haiqal sudah memotong.

"Heyy..Heyy..Slow down okay.Relax.Diorang dah lari dah.I bawa you pergi klinik dan kita pergi balai buat report polis."Kata Haiqal.Amanda mengangguk lemah.

"I...I takut..."Luah Amanda dengan tangan yang menggigil mengenggam kuat hujung baju Haiqal lalu dia menangis kembali.Haiqal jatuh kasihan melihat keadaan Amanda yang ketakutan lalu dia menarik kepala Amanda dan ditekapkan ke dadanya lalu mengusap kepala Amanda dengan lembut untuk menenangkan gadis itu yang masih trauma.Hati Haiqal semakin yakin gadis ini mempunyai trauma berkaitan kejadian ini.

Entah kenapa bila Haiqal buat begitu padanya dia berasa selamat.Bau wangian yang Haiqal pakai mampu menenangkan dirinya.Beberapa minit berkeadaan begitu tiba-tiba Haiqal rasa kepala Amanda terkulai dan tangan gadis itu yang mengenggam kuat bajunya tadi pun sudah jatuh ke bawah.

Mrs ArjunaWhere stories live. Discover now