BAB 36

13 1 0
                                    

"Bie."Amanda memanggil Haiqal sebaik saja membuka matanya.Haiqal sedang mengenggam erat tangannya.

"Ye sayang.Bie ada dekat sini."Sahut Haiqal.

"Dayang macam mana bie?"Tanya Amanda sebaik saja dia teringat apa yang jadi.

"Dayang dah lepas tahap kritikal sayang.Sekarang tunggu dia sedar je."Jawab Haiqal.Amanda menarik nafas lega bila sudah mengetahui keadaan Dayang.

"Assalamualaikum."Baru saja Haiqal mahu bertanyakan keadaan Amanda,Puan Roziah memberi salam.

"Waalaikumsalam maklong."Jawab Amanda dan Haiqal serentak.Haiqal membantu Amanda bangun untuk duduk dari pembaringannya.

"Manda okay tak sayang?"Tanya Puan Roziah.

"Manda okay maklong."Jawab Amanda.

"Manda minta maaf maklong.Sebab nak selamatkan Manda, Dayang yang kena.Manda minta maaf Maklong.Kalau maklong nak marah Manda,Manda terima."Ucap Amanda dalam tangisannya yang mula pecah.Amanda terkaku saat Puan Roziah tiba-tiba memeluknya.

"Jangan cakap macam tu Manda.Semua ni dah takdir.Maklong tak pernah salah Manda atau sesiapa dengan apa yang jadi ni."Kata Puan Roziah.

"Tapi semua ni jadi sebab Manda maklong."Ucap Amanda lagi.Puan Roziah melepaskan pelukkan.Bahu Amanda dipegang lembut lalu menghadiahkan senyuman buat Amanda.

"Manda...Dayang pernah cakap dengan maklong lepas kejadian dia cuba tikam Manda dulu.Dia kata dia sanggup buat apa pun untuk Manda.Kalau Manda dalam bahaya ,dia sanggup gadaikan nyawa dia untuk selamatkan Manda.Dia minta maklong jangan salahkan Manda kalau apa-apa jadi pada dia.Dia betul-betul nak tebus kesalahan yang dia dah buat dekat Manda."Jawab Puan Roziah.

"Manda dah maafkan dia lepas kejadian tu berlaku maklong.Dia tak perlulah berkorban sampai macam tu sekali."Kata Manda dalam esakkannya.

"Benda dah jadi.Sekarang kita doakan Dayang cepat sedar ye sayang."Sampuk Haiqal sambil mengosok belakang badan Amanda.Puan Roziah juga menganggukkan kepala tanda setuju dengan Haiqal.

"Yelah."Jawab Amanda.

"Maklong nak keluar dulu tengok Dayang."Kata puan Roziah.

"Baik maklong.Nanti Manda pergi sana dengan Arjuna."Balas Amanda.Puan Roziah hanya mengangguk dan berlalu keluar dari bilik wad Amanda.

"Bie..."Panggil Amanda.Dia baru teringat tentang dirinya yang mengandungkan zuriat mereka.Dengan apa yang jadi membuatkan dia hampir lupa benih yang bercambah dalam rahimnya.

"Ye sayang."Jawab Haiqal.

"Baby ada satu berita nak kongsi dengan bie.Kalau kejadian tadi tak berlaku mesti bie dah tahu awal."Ucap Amanda.

"I know about that sayang."Jawab Haiqal sambil mengusap perut Amanda yang masih kempis bersama senyuman bahagia.

"Bie tahu?"Tanya Amanda meminta kepastian.

"Yup."Jawab Haiqal lagi

"Apa yang bie tahu?"Saja Amanda ingin menduga Haiqal.Haiqal mengeluarkan kotak yang dia ambil dari meja pejabat Amanda.

"Cinta kita dah terbukti dengan benih yang dah mula bercambah dalam rahim sayang."Kata Haiqal bersama senyuman yang lebar sambil mengusap lembut perut Amanda.Amanda membalas senyuman Haiqal.

"Terima kasih sayang.Walaupun tak ada benih yang bercambah,Cinta bie tetap sama untuk sayang.Cinta kita tetap terbukti dengan adanya sayang disisi bie.Bie tetap sayang baby bie ni."Ucap Haiqal.Mata Amanda sudah basah dengan airmata kembali.

"Terima kasih bie sanggup terima baby seadanya,sanggup berusaha hilangkan trauma baby dan bersabar tunggu baby bersedia."Balas Amanda.

"Shhh..don't cry baby.Bie tak akan sesekali lepaskan baby.Bie tak dapat nak bayangkan kalau baby tak muncul dalam hidup bie.So please, jangan pernah sekalipun terfikir untuk minta bie lepaskan sayang.Please jangan minta macam tu lagi.Hati bie hancur bila sayang cakap macam tu.Bie boleh gila kalau sayang betul-betul pergi dari hidup bie."Rayu Haiqal pada Amanda.Dia benar-benar takut saat Amanda minta untuk dilepaskan gara-gara ingin semuanya selamat waktu diugut oleh Baqhi.

"Baby minta maaf.Baby terpaksa cakap macam tu.Baby tak nak sesiapa cedera."Kata Amanda.

"It's okay sayang.But please don't ask for it again okay?"Balas Haiqal.Amanda hanya mengangguk lalu memeluk Haiqal kuat.

⁘⁘⁘⁂MRS ARJUNA⁂⁘⁘⁘

Dayang sudah sedar dari koma Setelah hampir 2 minggu koma .Selama itu juga Amanda dan Haiqal berulang alik ke hospital melawat Dayang.Hari ini Amanda tidak bekerja.Jadi sebelum Haiqal ke tempat kerja ,Haiqal menghantar Amanda ke hospital untuk menjaga Dayang.Haiqal mengarahkan pengawalnya menjaga luar wad Dayang dengan ketat untuk keselamatan isterinya.Haiqal mengambil telefon dan menghubungi Naufal setelah habis waktu kerjanya.

"Pal kau kat kafe ke?"Tanya Haiqal.

"Ye.Kau datang sini tak?"Tanya Naufal pula.

"Tak.Aku nak amik isteri aku dekat hospital.Kita lepak kafe hospital je la."Cadang Haiqal.

"Boleh juga.Dah lama tak rasa kopi hospital."Balas Naufal lalu ketawa kuat.

"Kau nak minum kopi hospital seminggu ke?Kalau nak aku boleh uruskan."Gurau Haiqal.

"Oh tidak mengapa.Dari kau uruskan, aku sanggup ulang alik hospital hari-hari kalau teringin minum kopi hospital.Simpan je niat tak baik kau tu."Balas Naufal.

"Okaylah.Kita jumpa dekat kafe hospital."Kata Haiqal lalu mematikan talian dan terus keluar dari syarikatnya memandu menuju ke hospital

Sampai saja di hospital Haiqal terus menuju ke kafe menunggu Naufal.Dia sudah memesan minuman untuk Naufal sekali bagi menjimatkan masa mereka.Sempat dia meninggalkan pesan pada Amanda bahawa dia minum di kafe hospital bersama Naufal.Haiqal mengangkat tangan pada Naufal sebaik saja nampak kelibat Naufal memasuki kafe hospital.

"Bro.."Sapa Naufal.

"Bro."Balas Haiqal sambil melagakan penumbuk mereka.

"Dekat 2 minggu tak lepak dengan kau.Manda macam mana.Dah sihat ke dia?baby kau dengan dia sihat?"Tanya Naufal.

"Wah kau.Isteri aku yang kau tanya dulu.Aku yang depan mata kau ni tak nak tanya ke sihat ke tak?"Marah Haiqal.

"Dah tentu-tentu lah aku tahu kau sihat.Kau ada depan mata aku ni ha..segak bertenaga.Apa lagi yang nak disangkalkan kesihatan kau?"Balas Naufal.Pecah tawa mereka berdua.

"Isteri dan anak aku Alhamdulillah sihat.Aku lega trauma isteri aku tak datang balik dengan apa yang jadi."Kata Haiqal.

"Alhamdulillah.Psycho betul jantan tu.Dia dah buat isteri kau macam tu lepastu ada hati nak paksa isteri kau terima dia."Marah Naufal.Haiqal sudah memaklumkan kejadian yang menimpa Amanda dulu pada Naufal.Rais pula tahu tentang itu saat Haiqal meminta bantuannya untuk menjejaki siapa lelaki bertopeng itu dan dia dengar dari mulut Baqhi sendiri kerana dia berada ditempat kejadian.Jadi Haiqal rasa perlu memberitahu tentang itu pada kedua sahabat yang sudah dianggap seperti ahli keluarganya sendiri.

"Kalau membunuh tu tak salah, dah lama aku bunuh jantan tu."Kata Haiqal dengan wajah yang tegang.

"Dah.Kau tak payah fikir lagi hal tu.Semua dah selesai.Dia pun dah ke dalam.Sepupu kau macam mana?Dah lebih baik ke keadaan dia."Tanya Naufal cuba mengubah topik.

"Alhamdulillah dia da makin baik.Kau belum ada kekasih hati lagi kan?Jom ikut aku tengok dia kejap.Mana tahu ada jodoh."Kata Haiqal.Tiba-tiba Haiqal rasa ingin mencari jodoh untuk sepupunya Dayang.

"Belum ada kekasih tu betul.Tapi aku rasa aku dah jumpa pemilik hati aku."Kata Naufal sambil teringat pertemuannya dengan gadis garang itu.

"Wow.Bila?Siapa?"Tanya Haiqal.

"Hahaha..Aku baru sekali jumpa dia.Bad introduction macam kau dengan Manda lah.Garang.Tapi aku tengah cari dia lagi.Aku dah jumpa aku bagitahu dekat kau."Balas Naufal.

"Ceh...dah jom.Kirana dah tunggu aku."Kata Haiqal.Mereka terus berjalan menuju ke wad Dayang.

"Sayang."Panggil Haiqal sebaik saja masuk ke wad yang dihuni Dayang.

"Eh bie dah siap minum ke?Sekejapnya?"Tanya Amanda.

"Dah sayang.Bie tak bole tinggal syg lama-lama.Rindu."Balas Haiqal sambil memeluk Amanda.Wajah Amanda sudah merah bila Haiqal berkata begitu depan Dayang.

"Please get a room la abang Qal."Kata Dayang sambil menjulingkan matanya ke atas.Saja mengusik pasangan itu.

"Ish bie ni.Malu la Dayang tengok."Kata Amanda perlahan sambil menepuk perlahan dada Haiqal.

"Sayang saja nak buat bie tak tahan ke main tepuk-tepuk dada bie ni hm..?"Bisik Haiqal cukup untuk pendengaran Amanda saja.Makin merah wajah Amanda.Haiqal suka melihat wajah Amanda yang merah kerana masih malu lagi dengannya.

"Dayang tak payah jealous sangat.Kalau jealous pergi kahwin cepat-cepat."Balas Haiqal.

"Mana Naufal.Dia tak ikut bie datang sini ke?"Tanya Amanda bila dia tidak nampak kelibat Naufal.

"Dia tengah oncall.Kejap lagi dia masuk."Jawab Haiqal sambil mengusap rambut Amanda.Amanda hanya mengangguk.Dayang tersenyum melihat pasangan di depannya yang begitu romantik pada pandangannya.Dia berdoa supaya dia bertemu jodoh yang melayannya seperti Haiqal melayan Amanda.

"Macam mana keadaan kau Dayang?Dah makin baik?"Haiqal bertanya khabar Dayang.

"Alhamdulillah dah makin baik abang Qal."Jawab Dayang.Dia menyesal pernah cuba menganggu rumah tangga abang sepupunya.

"Assalamualaikum."Naufal memberi salam.

"Waalaikumsalam."Jawab Haiqal,Amanda dan Dayang serentak.

"Manda you sihat?"Tanya Naufal.

"Alhamdulillah sihat."Jawab Amanda.

"Wah kau..Bini aku yang kau tanya.Tadi kau dah tanya dekat aku kan.Ni nak tanya lagi pula."Saja Haiqal mengusik.

"Ala kau ni.Kita kenalah berbahasa bila jumpa orang.Aku pun dah lama tak jumpa Manda mestilah aku tanya sihat ke tak.Kalau mummy dengan daddy kau ada dekat sini pun aku tanya benda yang sama juga.Kira okaylah aku tanya sihat ke tak.Takkan aku nak tanya dah makan ke belum.Kalau belum abang Pal nak belanja"Jawab Naufal panjang lebar.

"Panjang lebar kau jawab ekk.Dari kau tanya isteri aku sihat ke tak,baik kau tanya sepupu aku sihat ke tak sebab dia yang warded sekarang."Jawab Haiqal.

Naufal memandang ke arah sepupu Haiqal yang terbaring di atas katil.Naufal rasa dunianya bersinar kembali saat melihat seraut wajah gadis di depannya.Kening Dayang hampir bertaut bila kawan abang sepupunya memandangnya lama beserta senyuman.Dia rasa tidak selesa bila dipandang begitu.

Mrs ArjunaWhere stories live. Discover now