'Oh i lupa nak bagitahu you yang i ada video panas kita juga and opps..My finger are slip.I tak sengaja terhantar gambar and video panas kita my little cat.'
Amanda melihat gambar tangkapan skrin itu.Benar itu adalah nombor Haiqal.Lebih teruk lagi Haiqal sudah melihat gambar dan video itu.Amanda tidak menyangka lelaki itu ada merakam apa yang dia lakukan pada dirinya dulu.Pantas Amanda bangun dan mengemas sedikit mejanya dan berlalu keluar.
"Shila take in charge.I balik awal hari ni."Pesan Amanda pada Shila.Dia tergesa-gesa untuk pulang.Dia tidak tahu apa pandangan Haiqal padanya bila sudah tahu apa yang terjadi pada dirinya.
⁘⁘⁘⁂MRS ARJUNA⁂⁘⁘⁘
Haiqal yang sedang membuat kerja terus membuka mesej yang dia terima dari nombor yang tidak dikenali.Laju dia bangun tanpa sedar bila lihat gambar seorang gadis yang sangat dikenali sedang lena dipeluk seorang lelaki yang dikaburkan wajahnya dalam keadaan berbogel.Haiqal dapat lihat senyuman kepuasan terukir di bibir lelaki yang memeluk gadis itu yang sengaja tidak dikaburkan.Kemudian dia membuka video yang dihantar sekali.Terus dia jatuh terduduk sebaik saja video itu dimainkan.Baru beberapa saat video itu dimainkan Haiqal menutup video itu kembali.Tidak sanggup hendak melihat keseluruhan video itu.Bermacam andaian bermain dalam fikirannya.Habis segala fail serta dokumen di atas meja ditolak hingga jatuh berterabur di bawah.
Tiba-tiba soalan ,kata-kata dan kelakuan Amanda yang takut waktu dia cuba menyentuh gadis itu pada malam pertama mereka kembali bermain difikirannya.Dia meraup kasar wajahnya.Rmbutnya yang kemas sudah tidak terurus gara-gara mesej itu.Dia menarik nafas lalu dilepaskan perlahan.Dia bangun lalu mencapai bag serta kunci keretanya dan terus keluar dari pejabatnya.Dokumen yang berterabur dibiarkan tanpa dikemas.
"Siti cancel semua schedule i for 2 week.I ada urusan urgent.I balik awal hari ni."Pesan Haiqal pada pembantunya lalu dia terus berlalu pergi tanpa menunggu balasan dari pembantunya.Siti terkebil-kebil melihat keadaan majikannya.Dia turut terkejut saat terdengar bunyi barang jatuh dari bilik majikannya.Setelah Haiqal pergi Siti terus masuk ke bilik dan lihat semua dokumen berterabur dibawah.
"Nasib kaulah dokumen.Bila marah kau yang akan jatuh dulu.Komputer kau bernasib baik tak jatuh jugak."Bebel Siti seorang diri sambil menyusun semula dokumen-dokumen itu.Sampai di rumah Haiqal terus membersihkan diri kemudian masuk ke dalam bilik kerjanya.Dia menghubungi penyiasat peribadinya yang diarahkan mencari tahu kejadian yang menimpa Amanda dahulu.Hasil yang dia dapat menghampakan.Tidak ada cara lain lagi selain dia perlu bertanya pada Amanda sendiri.
Setelah fikirannya sedikit tenang dia mula berfikir tentang soalan serta kata-kata Amanda sebelum mereka berkahwin
"I harap you tak menyesal kahwin dengan i sebab you belum betul-betul kenal i Arjuna.Asal usul i mungkin you dah tahu.Tapi you tak tahu hidup i macam mana sebelum jumpa you.You tak tahu apa yang i hadap sebelum i kenal you."
"What if jodoh you bukan dengan i and under certain situation you have to marry a women that not a virgin.Of course you only know she's not a virgin after your first night.What will you do?Divorce or stay?"
Haiqal meraup wajahnya.Adakah ini sebab kenapa Amanda menolak lamarannya berkali-kali.Haiqal tertanya-tanya pada dirinya,adakah dia menyesal berkahwin dengan gadis itu bila mengetahui Amanda sudah tiada dara?
"Tolong jangan apa-apakan i."
Esakkan Amanda malam itu betul-betul buat Haiqal terkejut pada waktu itu.Dia mula berfikir dengan akal logiknya.Jika Amanda tidur dengan lelaki dalam video itu suka sama suka sudah tentu gadis itu tidak akan takut menghadapi malam pertama dengannya.Tapi tingkah gadis itu pada malam pertama mereka seolah-olah dia mahu merogol gadis itu sedang mereka adalah suami isteri yang sah.
YOU ARE READING
Mrs Arjuna
RomanceSetiap hari Amanda Kirana akan menerima kejutan dari seseorang yang misteri.Kecantikkannya membuatkan ramai jejaka tergilakan dirinya Kejadian hitam yang terpalit dalam hidup Amanda Kirana membuatkan gadis itu tidak mahu menerima mana-mana lelaki da...