BAB 27

20 4 0
                                    

"Maafkan kami.Kami dah cuba sedaya upaya.Pesakit tak dapat diselamatkan.Salam takziah untuk keluarga pesakit.Kami minta seorang untuk menguruskan detail dokumen untuk arwah."Kata dokter itu.

"Saya akan uruskan."Kata Irwansyah lalu terus mengikuti jururawat untuk mengisi borang kematian Hajah Asmah.

Amanda terduduk saat mendengar berita itu.Belum puas dia bermanja dengan Hajah Asmah.Tapi wanita itu sudah dijemput awal oleh sang pencipta.Airmata mengalir laju tanpa esakkan menandakan dia betul-betul sudah lemah.

Jenazah Hajah Asmah dibawa pulang ke rumah untuk memberi peluang kepada saudara yang lain serta orang kampung untuk melihat wajah Hajah Asmah buat kali terakhir.Amanda hanya terduduk lemah di hadapan jenazah Hajah Asmah.Dia teringat kembali perbualannya dengan Hajah Asmah.

"Nenda..Manda tahu nenda dah ramai cucu.Tapi boleh tak Manda nak minta sedikit je kasih sayang dari nenda?"Tanya Amanda.

"Boleh sayang.Apa pula tak boleh.Manda tak rapat dengan nenek Manda ye?"Tanya Hajah Asmah.

"Manda rapat dengan tokwan Manda.Tapi Allah lebih sayangkan tokwan.Masa tokwan sakit Manda tak sempat jumpa minta ampun dari dia sebab dia meninggal masa Manda dalam perjalanan balik jumpa dia.Tak sampai sehari dia sakit dah meninggal."Cerita Amanda.

"Allah.Nenda minta maaf sayang.Nenda tak tahu tokwan Manda dah tak ada."Ucap Hajah Asmah serba salah.

"Tak apa nenda.Nenda kan baru kenal Manda.Jadi logiklah kalau nenda tak tahu."Jawab Amanda dengan senyuman.

"Manda jangan risau.Nenda sayang sangat dekat Manda.Nenda boleh jadi nenek Manda walaupun tak sama dengan arwah tokwan Manda."Kata Hajah Asmah.

"Terima kasih nenda."Ucap Amanda.

"Sama-sama sayang."Balas Hajah Asmah.

⁘⁘⁘⁂MRS ARJUNA⁂⁘⁘⁘

Urusan pengkebumian Hajah Asmah berjalan dengan lancar.Orang ramai semakin beransur pulang.Akhirnya hanya Amanda, Haiqal dan beberapa ahli keluarga yang lain tinggal di situ.Haiqal memeluk Amanda menenangkan gadis itu.

"Sayang kita balik ye.Yang lain pun nak balik dah."Pujuk Haiqal.Amanda hanya mengangguk lemah.Bibirnya saat ini tak mampu untuk mengeluarkan suara.Dalam kereta Amanda memandang wajah Haiqal.Amanda pasti Haiqal pasti amat terasa dengan kehilangan Hajah Asmah.

"Bie."Panggil Amanda dengan lembut sekaligus menghentikan pergerakan Haiqal yang baru hendak memandu keluar dari tanah perkuburan.Haiqal menarik brake lalu memandang Amanda.

"Ye sayang.Kenapa?"Tanya Haiqal.Serta merta Amanda menarik Haiqal masuk ke dalam pelukkannya.Amanda mengusap lembut belakang badan Haiqal.Kesedihan mula menjentik tangkai hati Haiqal bila Amanda memperlakukannya begitu

"Kenapa ni sayang?"Tanya Haiqal dengan suara yang bergetar.seharian dia mencuba menahan air matanya dari jatuh sekeras mungkin.

"Baby tahu bie sedih.Baby tak nampak langsung bie menangis sejak dokter bagitahu nenda dah tak ada.You can cry bie.Please jangan simpan kesedihan bie.Baby boleh nampak bie cuba tahan semua tu.Menangislah dekat bahu baby ni.Jangan simpan.Baby tak nak bie sakit."Ucap Amanda.

Air mata yang Haiqal tahan akhirnya jatuh juga saat mendengar kata-kata Amanda.Haiqal memeluk kuat tubuh kecil itu lalu menyembamkan wajahnya ke bahu Amanda dan menangis semahunya.Sememangnya pemergian Hajah Asmah sangat memberi kesan padanya.Dia yang paling rapat dengan Hajah Asmah sejak dari kecil.Bila sudah dewasa dia jarang balik kampung kerana kekangan kerja.Dia bekerja keras untuk memberi kesenangan pada neneknya dan juga ibu bapanya.

Dia tidak mahu Hajah Asmah susah seperti dahulu lagi.Masih dia ingat bagai mana ibu,bapa serta neneknya membanting tulang mencari duit untuk memberinya kesenangan.Bermacam kerja yang mereka lakukan hinggalah bapanya cuba membuka perniagaan sendiri.

Amanda turut menangis mendengar tangisan Haiqal.Dia tahu bagaimana rasanya kehilangan orang yang rapat.Haiqal mengangkat wajahnya dan melepaskan pelukkan.Amanda mengenggam tangan Haiqal cuba memberi kekuatan.Haiqal tersenyum pada Amanda.Dia merasa lega sedikit lepas menghamburkan tangisan yang disimpan.

"Thank you sayang pinjamkan bahu."Ucap Haiqal sambil mengusap pipi Amanda.

"Sama-sama bie.Baby nak bie tahu,kalau bie nak menangis atau luahkan apa-apa, baby sentiasa ada dengan bie."Balas Amanda sambil mengesat airmata yang bersisa di pipi serta dagu Haiqal.

"Jom kita balik rumah nenda."Ajak Haiqal.

"Can you drive?"Tanya Amanda.

"I boleh drive sayang.I menangis je.Bukan demam pun."Balas Haiqal sambil mencuit hidung Amanda lalu terus memandu ke rumah Hajah Asmah.

⁘⁘⁘⁂MRS ARJUNA⁂⁘⁘⁘

Setelah tiga hari lepas kematian Hajah Asmah, peguam yang dilantik Hajah Asmah datang untuk membacakan wasiat yang ditinggalkan.Amanda duduk di bilik kerana tidak mahu menganggu proses pembacaan wasiat.Lagipun dia bukan ahli keluarga kandung.Hanya cucu menantu.Jadi tidak ada sebab untuk dia mendengar sekali.

"Assalamualaikum.Sebelum saya memulakan pembacaan wasiat serta pembahagian harta kepada ahli keluarga yang masih hidup, izinkan saya bertanya kehadiran penerima wasiat yang merupakan cucu menantu mendiang.Adakah Puan Amanda Kirana berada di sini juga?"Tanya peguam itu.

"Manda?"

"Kirana?"Kata Haiqal dan Dayang serentak.

"Ya.Puan Amanda Kirana binti Zahid."Balas peguam itu.

"Qal pergi panggil Manda."Arah puan Roziah.Haiqal mengangguk lalu bangun memanggil Amanda di bilik.Dayang membuat muka tidak puas hati kerana Amanda adalah salah seorang yang akan menerima harta peninggalan neneknya.Amanda turun bersama Haiqal dengan wajah hairan.

"Ini puan Amanda Kirana binti Zahid ke?"Tanya peguam meminta kepastian.

"Iya saya."Jawab Amanda.

"Baiklah memandangkan semua sudah ada di sini,saya akan teruskan pembacaan wasiat serta pembahagian harta arwah Hajah Asmah."Kata peguam itu.

"Hajah Asmah mempunyai 6 ekar tanah.Setiap 2 ekar diberi kepada Puan Roziah,Puan Rokiah dan Encik Indra Amansyah.Syarikat pemprosesan padi serta beras diberikan kepada Irwansyah cucu sulungnya.Butik serta kilang tudung dan jubah diserahkan pada satu-satunya cucu perempuannya Dayang Suria.Syarikat import eksport pula diserahkan kepada Arjuna Haiqal dan akhir sekali tanah rumah ini yang berukuran 1 ekar diserahkan kepada satu-satunya cucu menantunya Amanda Kirana binti Zahid.Itu saja pembahagian harta yang dibuat oleh Hajah Asmah."Kata peguam itu lagi setelah selesai membacakan pembahagian harta kepada pewaris Hajah Asmah.

"Kenapa nama saya ada sekali?"Kat Amanda yang masih terkejut namanya termasuk dalam senarai pewaris.

"Jangan nak pura-pura terkejut sangatlah.Entah-entah dia yang minta dengan nenda."Kata Dayang.

"Bie..Baby tak minta apa-apa dengan nenda.Baby cuma minta sikit kasih sayang je dari nenda.baby tak nak semua tu.Baby serahkan pada bie ye bahagian baby?"Kata Amanda pada Haiqal.

"Sayang..Nenda memang nak bagi pada sayang rumah ni."Kata Haiqal.

"Betul tu Manda.Nenda dah bincang dengan Maklong dan mummy kamu.Kami tak ada masalah dengan semua tu.Jadi terimalah pemberian terakhir nenda tu ye?"Pujuk puan Roziah.Amanda memandang puan Rokiah meminta kepastian.Puan Rokiah hanya mengangguk saja.

"Tapi Manda tak nak semua tu."Kata Amanda perlahan.

"Hajah Asmah sudah menjangkakan penolakkan dari Puan Amanda.Jadi izinkan saya membacakan surat untuk semua pewaris dia.

"Ziah..Kiah..Mak harap tanah yang mak berikan pada kamu cukup untuk kamu menampung hidup pada masa akan datang.Kamu berdua pun ada anak-anak yang akan menyara kamu nanti.Indra..terima kasih dah jaga anak mak dengan baik dan penuh kasih sayang.Mak dah anggap kamu sama macam anak mak sendiri.Terimalah pemberian kecil dari mak ni.Untuk cucu-cucu nenda.Kamu bertiga masih muda.Masih bertenaga untuk menyambung perniagaan yang nenda dah kembangkan bersama orang tua kamu.Majukanlah lagi perniagaan itu untuk kesenangan keluarga kamu nanti.Akhir sekali untuk satu-satunya cucu menantu nenda.Amanda Kirana.Maafkan nenda sebab pergi terlalu awal.Maafkan nenda tidak dapat berikan kasih sayang yang Manda minta dalam masa yang panjang.Walaupun nenda dah tak ada.Kasih sayang nenda tetap ada untuk Manda dan juga cucu serta anak-anak yang lain.Rumah ini nenda hadiahkan untuk Manda.Bila Manda rindu nenda,datanglah ke rumah ni.Nenda tahu Manda akan tolak pemberian ni.Nenda haramkan Manda beri tanah ni pada orang lain kecuali kepada anak-anak dari benih kamu dan Haiqal.Manda jangan risau, nenda dah bincang dengan mak mertua kamu dan maklong kamu.Mereka tak ada bantahan dengan semua ni.Jadi terimalah pemberian nenda ni."Peguam menyerahkan salinan surat yang ditulis sendiri oleh Hajah Asmah kepada setiap pewaris.Selesai menjalankan amanahnya peguam meminta diri.

Mrs ArjunaWhere stories live. Discover now