Amanda meronta-ronta cuba untuk melepaskan diri.Kakinya menendang dua lelaki yang menariknya masuk ke dalam ladang terbiar yang mempunyai lalang yang tinggi.Namun gagal.Kasutnya tertanggal gara-gara dipaksa berjalan dengan langkah yang tidak teratur.Dia ingin menjerit tapi mulutnya sudah ditekup.Airmata berjurai jatuh berdoa semoga suaminya perasan akan kehilangannya.
Sampai di satu pondok usang, tubuh Amanda ditolak hingga jatuh tersungkur.Tapak tangan serta lututnya terluka akibat ditolak dengan kasar.Amanda bangun hendak melarikan diri.Tapi kedua lelaki itu sudah mengepungnya.Amanda berpusing hendak lari ikut belakang tapi malangnya salah seorang lelaki itu menarik rambutnya lalu memaksanya untuk berbaring.
"Lepaskan aku!Tolong!!!"Jerit Amanda.
"Mana mungkin aku nak lepaskan ayam bandar.Mesti fresh dan liar atas katil ni."Kata salah seorang dari mereka.
"Tolong!!!"
"Jeritlah perempuan.Tak ada orang akan dengar.Ni kampung aku.Aku tahu waktu-waktu macam ni orang kampung tengah bersantai-santai di rumah.Kau je yang terlebih rajin berjalan-jalan macam minta ditarik."Kata lelaki itu lagi lalu ketawa kuat.
Tubuh Amanda mula menggigil bila lelaki itu naik duduk dia atas perutnya.Kejadian dulu kembali menghantuinya.Amanda menepis tangan lelaki itu yang cuba mengusap pipinya.Lelaki itu mengarahkan rakannya memegang tangan Amanda.Bila tangan Amanda terkunci, lelaki itu mengoyakkan baju Amanda.Manakala lelaki yang memegang tangan Amanda mula mendekat wajahnya lalu mengucup telinga Amanda.
"Jangan!Tolonggg!!!"Jerit Amanda sekuat Hati.Lelaki itu yang tidak tahan dengan jeritan Amanda terus menampar pipi Amanda berulang kali hingga Amanda tidak berdaya membuka mulutnya akibat bibirnya pecah.Lelaki itu tersenyum puas lihat Amanda sudah tidak mampu melawan.
⁘⁘⁘⁂MRS ARJUNA⁂⁘⁘⁘
Selesai mandi Haiqal terus keluar mencari Amanda.Isterinya kata mahu melihat pemandangan di depan rumah.Tapi kelibat si isteri tidak kelihatan.Haiqal berjalan ke arah kerusi yang ada tepi jalan lalu dia memandang ke sekeliling untuk mencari kelibat Amanda.Tapi hampa.Bayang Amanda langsung tidak ada.Hatinya mula cemas bila tidak nampak kelibat Amanda.
Haiqal berpusing hendak berpatah balik ke rumah neneknya, tiba-tiba dia terpandang telefon Amanda yang ada di atas jalan raya.Hatinya mula berasa cemas.Haiqal mengambil telefon Amanda lalu terus berjalan ke depan untuk mencari Amanda.
Ladang terbiar yang ditumbuhi lalang liar dipandang Haiqal.Hatinya bertambah tidak sedap saat melihat ladang itu.Haiqal masuk mengikuti laluan diantara lalang yang tinggi itu.Semasa berjalan kakinya tersepak sesuatu.Dia pandang ke bawah untuk melihat.
Berderau darahnya melihat kasut milik Amanda ada di situ.Haiqal terus berlari membelah lalang-lalang itu.Bila sudah hampir sampai ke penghujung langkah Haiqal terhenti bila terdengar jeritan nyaring yang amat dia kenali.
"Sayang."Bisik Haiqal.Tanpa berlengah Haiqal terus berlari mengikut arah punca suara itu.Haiqal lihat ada satu pondok di mana Amanda sudah terbaring ditindih seorang lelaki manakala lagi seorang sedang memegang tangan Amanda sambil menggucup bahagian tepi wajah isterinya.Mendidih darah Haiqal bila dia lihat lelaki itu sudah mengoyakkan baju Amanda.
"Sial lah!"Maki Haiqal lalu terus menarik lelaki yang duduk di atas Amanda lalu menumbuk mukanya tanpa henti hingga lelaki itu tidak mampu bergerak.Lelaki yang memegang tangan Amanda terkedu lalu cepat-cepat melepaskan tangan Amanda dan menarik kawannya yang separuh sedar dikerjakan Haiqal untuk pergi dari situ.Haiqal sempat mengambil gambar mereka untuk diburu lepas dia menguruskan Amanda
Hilang kelibat dua lelaki tadi Haiqal terus menerpa ke arah Amanda yang sudah lemah terbaring.Haiqal membuka bajunya lalu disarungkan ke tubuh isterinya.Tubuh Amanda dicempung dan dibawa keluar dari situ.Sampai dihalaman rumah, Haiqal terus meletakkan Amanda di dalam kereta.Hajah Asmah yang baru hendak keluar ke halaman rumah terkejut melihat keadaan Amanda.
YOU ARE READING
Mrs Arjuna
RomanceSetiap hari Amanda Kirana akan menerima kejutan dari seseorang yang misteri.Kecantikkannya membuatkan ramai jejaka tergilakan dirinya Kejadian hitam yang terpalit dalam hidup Amanda Kirana membuatkan gadis itu tidak mahu menerima mana-mana lelaki da...