BAB 3

30 2 0
                                    

"Assalamualaikum ibu.Manda is home."Ucap Amanda dengan nada lemah.

"Waalaikumsalam Manda.Lemau je suara Manda?Letih ke?"Tanya Puan Rokiah.

"Eh mummy ada dekat sini.Letih dengan sedih sikit lah hari ni mummy."Adu Manda sambil berpura-pura buat muka sedih.Dia memang rapat dengan kawan ibunya kerana Puan Rokiah kerap datang ke rumah untuk bergosip dengan ibunya.

"Letih dan sedih kenapa tu sayang?"Tanya Puan Rokiah.Geli hatinya melihat wajah pura-pura sedih gadis itu.

"Aik dah balik dah?Bila masanya balik.Tak dengar suara pun?Biasa dah terjerit-jerit 'Manda is home'"Tanya Puan Normala sebaik saja masuk ke ruang tamu menantang dulang yang berisi jug air dan cawan kosong sambil mengajuk gaya Amanda.

"Dia letih dan sedih Nor hari ni.Tu yang dia tak jerit.Lemau je suara dia bagi salam tadi."Kata Puan Rokiah.

"Lah letih dan sedih kenapa pulak ni sayang?"Tanya Puan Normala pula.Amanda berjalan lalu duduk di sebelah Puan Rokiah.

"Hurm..Hari ni bad day Manda.Manda terlanggar kereta orang tadi"Kata Amanda selamba sambil menuangkan air untuk dua wanita itu.

"What?!"Jerit Puan Normala dan Puan Rokiah serentak.

"Manda okay tak ni?"Tanya Puan Normala.

"Manda ada cedera ke tak?"Tanya Puan Rokiah.Dua wanita itu membelek-belek tubuhnya untuk melihat ada luka atau tidak.Amanda hanya tersengih.

"Manda okay je.Tak ada cedera apa-apa pun.Langgar sikit je.Macam kiss."Jawab Amanda.Kedua wanita itu melepaskan nafas lega mendengar jawapan Amanda.

"Macam mana boleh langgar?"Tanya Puan Normala.

"Manda rushing.Mula-mula tengok dah jalan clear.Eh dah jalan tiba-tiba muncul pulak kereta tu.Itu yang berlanggar tu."Cerita Amanda.

"Habis tu kenapa sedih pula?"Tanya Puan Normala lagi.

"Sebab lelaki tu Manda dah lost golden chance Manda nak besarkan lagi iklan tudung terbaru Manda.Kalau tak sebab dia mesti Manda tak terlepas jumpa client penting yang akan jadi duta tudung Manda tu."Luah Amanda dengan gaya yang sedih.

"Lah kenapa pula salah lelaki tu?Kan Manda yang langgar dia."Kata Puan Normala.

"Langgar kereta tu memang lah salah Manda ibu.Manda pun dah minta maaf.Tapi lelaki tu tetap nak Manda ikut dia pergi bengkel untuk bayar kos repair kereta dia tu.Manda dah cakap Manda rushing kejar masa.Kad pun Manda dah bagi.Manda cakap call je bagitahu berapa kos repair nanti Manda transfer.Ehh..dia tak nak pulak.Takut kita lari katanya.Erghhh..Benci betul Manda dengan lelaki tu.Muka je handsome.Tapi tak boleh nak bertolak ansur sikit.Agaknya kalau belum kahwin mesti berkira juga dengan girlfriend dia.Kalau dah kahwin mesti berkira dengan bini dia pulak."Bebel Manda lagi panjang lebar.Puan Normala dan Puan Rokiah hanya ketawa saja dengar Amanda membebel

"Kereta apa yang Manda langgar tu?"Tanya Puan Rokiah.

"Kereta mercedes AMG GT."Jawab Amanda selamba sambil menghirup air yang ibunya buat.

"What?!"Tersedak dia mendengar dua wanita itu menjerit lagi mendengar model kereta yang dia langgar

"Manda kereta mahal tu."Kata Puan Normala.Puan Rokiah mengusap perlahan belakang badan Amanda yang sedang terbatuk-batuk akibat tersedak tadi.

"Hmm..nak buat macam mana.Takdirnya begitu.Nak mengeluh benda dah jadi.Nak merungut pun benda dah bayar.Manda is redha."Balas Amanda.Puan Rokiah hanya mengusap kepala Amanda saja untuk menenangkan si gadis.Bibirnya sudah menguntum senyum penuh makna bila mendengar model kereta yang dilanggar Amanda.

"Ibu..mummy..Manda naik atas mandi dulu ye.Dah berlengas badan 1 hari ke hulu ke hilir."Amanda meminta izin untuk naik ke bilik.Puan Normala dan Puan Rokiah hanya mengangguk.

"Nor..Manda belum pernah jumpa anak aku kan?"Tanya Puan Rokiah.

"Aku rasa belum pernah.Kenapa?"Tanya Puan Normala pula lepas menjawab soalan sahabatnya tadi.

"Aku balik dulu nak check something.Kalau aku confirm aku bagitahu kau.Aku ada firasat baik pasal kita berbesan ni?"Kata Puan Rokiah.Dia perlu memeriksa sesuatu bila dia balik nanti.Bila dia yakin baru dia akan memberitahu Sahabatnya dan membuat rancangan  bersama.Puan Normala hanya terkebil-kebil melihat sahabatnya hilang berdesup.

⁘⁘⁘⁂MRS ARJUNA⁂⁘⁘⁘

"Sayang..don't be mad at me again please.I'm so sory i forget our anniversary.I was so busy with my work.It's for our future sayang."Haiqal memujuk buah hatinya yang masih merajuk.Mujur buah hatinya masih mahu berjumpa dengannya.Cuma wajahnya saja yang masam mencuka.

"Kita nak pergi mana ni?"Tanya Qaireen sambil berdiri memeluk tubuh.

"I nak bawa you pergi satu tempat."Jawab Haiqal bersama senyuman.Sampai saja di tempat yang di tuju Haiqal mengambil satu helai kain dan menutup mata Qaireen.Dia memimpin tangan Qaireen dan di bawa ke satu arah.Sampai saja Haiqal menghentikan langkah.Haiqal melepaskan ikatan kain yang menutup mata Qaireen.

"Surprise."Bisik Haiqal perlahan di telinga Qaireen.

"Sayang!Bila you prepare semua ni.Bukan you lupa ke anniversary kita hari ni?"Tanya Qaireen yang masih terkejut.Hatinya kembali berbunga dengan kejutan dari Haiqal.

"I can do anything for you sayang."Kata Haiqal.

"Come..lets seat."Ajak Haiqal sambil menarik kerusi untuk Qaireen duduk sebelum dia mengambil tempat berhadapan dengan Qairen.

"You marah i lagi ke sayang?"Tanya Haiqal.

"You dah buat macam ni takkan i nak marah lagi sayang."Balas Qaireen.

"Thank you sayang and i'm sorry again okay.This is the last time i forget our anniversary.After this project i dah tak busy.Lagipun i buat semua ni untuk you."Kata Haiqal.

"Untuk i?"Tanya Qaireen.

"Yes untuk you sayang.Nanti kita dah kahwin ,i tak nak you rasa susah.I nak you goyang kaki je dekat rumah.Semuanya i akan sediakan.Masak pun tak perlu sebab i akan ambil orang gaji untuk urus hal rumah.Tugas you lepas kahwin dengan i, hanya layan i saja.You hanya perlu fokus pada i saja."Ucap Haiqal.

"Wow.I tak sangka you dah rancang sejauh ni.I'm sorry sebab merajuk bila you tak ingat anniversary kita."Ucap Qaireen perlahan.

"It's okay sayang.Nasib baik belum kahwin.Tak boleh buat lebih-lebih untuk pujuk.Kalau dah kahwin tahu la i macam mana nak pujuk kalau you merajuk macam ni."Usik Haiqal.

"Ish you ni."Balas Qaireen malu-malu.

"Sayang..jom kita bertunang dulu.I nak ikat you supaya tak ada lelaki yang boleh rampas you dari i."Kata Haiqal.

"Really sayang?You nak bertunang dengan i ke?"Tanya Qaireen yang terkejut.

"Yes.Dengan siapa lagi i nak bertunang kalau bukan you.You sorang je girlfriend i."Jawab Haiqal.

"Family you tahu ke?"Tanya Qaireen.

"Belum lagi.Nanti baru i bagitahu family i.Sekarang ni you nak tak bertunang dengan i?"Tanya Haiqal lagi.

"Mestilah i nak sayang.I dah lama tunggu you ajak i bertunang."Jawab Qaireen.

"Okay.Nanti balik you bagitahu family you.Tiga bulan lagi kita tunang okay?"Kata Haiqal.

"Okay sayang."Balas Qaireen.

"Dah jom makan."Ajak Haiqal.

⁘⁘⁘⁂MRS ARJUNA⁂⁘⁘⁘

Pagi ini Amanda memandu kereta ke pasaraya yang berdekatan dengan butiknya.Dengan perasaan girang dia melangkah masuk ke dalam pasaraya itu.Rak makanan ringan kegemarannya dituju.Matanya mengecil cuba mencari makanan ringan itu.Akhirnya dia jumpa makanan ringan itu yang terletak di rak paling atas sekali.

"Ishh..apa pasal lah mall ni buat tempat letak barang ni tinggi sangat.Tak mesra pengguna langsung untuk orang yang terlebih tinggi macam aku."Amanda mengomel sendirian sambil terjingkit-jingkit untuk mengambil makanan ringan kegemarannya yang hanya tinggal satu saja.

Matanya bulat bila ada satu tangan mencapai bungkusan itu dengan mudah menunjukkan pemilik tangan itu orang yang tinggi.Amanda memusingkan badannya untuk melihat gerangan yang mencuri makanan ringan kegemarannya itu.

"You!!"

Mrs ArjunaWhere stories live. Discover now