Sepanjang bercerita apa yang terjadi Amanda terpana bila lihat mata Haiqal basah dengan airmata.Tanpa Amanda sedar tangannya naik mengesat airmata yang mengalir dipipi Haiqal.Pipi Haiqal diusap penuh kasih sayang.Haiqal menarik tangan Amanda lalu dikucup lembut tapak tangan Amanda.
"I don't know how terrified you feel that time.He so cruel."Ucap Haiqal.
"It's okay."Jawab Amanda sambil tersenyum manis pada Haiqal."Mummy banyak kali ajak i pergi rumah ibu.Dia nak kenalkan i dengan ibu and dia pun ada cakap pasal anak perempuan ibu yang comel.Mummy cakap kalau i nak kahwin dengan anak ibu,mummy setuju sangat-sangat sebab mummy sayang sangat dengan anak ibu.Tapi waktu tu i terlalu bodoh.Dibutakan dengan cinta palsu Reen.Kalau i ikut mummy kenal dengan ibu dan you dulu, mesti semua ni tak akan terjadi pada you.Waktu tu i akan pastikan tak ada sesiapa pun dapat sentuh walau sehelai rambut you."Kata Haiqal sambil mengusap pipi gebu Amanda.
"Apa yang jadi pada i bukan salah you.Kalau i kenal dengan you waktu tu pun benda tu tetap akan terjadi kalau Allah kata kun faya kun.I redha dengan apa yang jadi.Cuma i jadi trauma dan lebih tertutup dengan lelaki lepas kejadian tu.I buat keputusan untuk tak berkahwin dengan mana-mana lelaki sebab i tahu tak ada lelaki yang sanggup terima perempuan yang tiada dara macam i.I tak nak buang masa mana-mana lelaki ,jadi i tolak dengan baik semua lelaki yang cuba dekat dengan i termasuk you.Tapi you tetap berkeras nak kahwin dengan i even i dah warning jangan menyesal kahwin dengan i."Balas Amanda panjang lebar.Haiqal masih leka mengusap pipi Amanda.Ibu jarinya mengusap lembut tepi bibir Amanda.
"I..i tahu you pun mesti tak boleh terima perempuan macam i kan.You boleh jauhkan diri dari i untuk sementara waktu.Fikir apa yang you nak buat dengan hubungan kita."Amanda menghentikan kata-katanya sebentar.Pergerakkan Haiqal juga terhenti menanti kata-kata sambungan dari Amanda.Matanya tajam memandang ke dalam mata Amanda seperti dapat tahu apa ayat selanjutnya yang akan keluar dari bibir itu.
"I sedia dan redha kalau you nak lepaskan hmppp...."Belum sempat Amanda menghabiskan kata-katanya Haiqal menarik kepala Amanda lalu bibirnya menyambar bibir Amanda.Bulat mata Amanda terkejut dengan tindakkan Haiqal secara tiba-tiba itu.Amanda cuba menjarakkan wajahnya tapi Haiqal menahan belakang lehernya dan memperdalamkan lagi ciuman mereka.Amanda pejam mata dan mengenggam kuat baju Haiqal menahan debar bila bibirnya dibelai lembut oleh bibir Haiqal.Dia cuba tidak menolak lagi perlakuan Haiqal kerana Haiqal suaminya yang sah.
Bila terasa seperti Amanda hampir kehilangan nafas Haiqal melepaskan ciuman.Tercungap-cungap Amanda mencari nafas.Tersenyum Haiqal saat melihat bibir Amanda basah dan bengkak gara-gara ciumannya.Nafas Haiqal jugak sedikit tercungap kerana dia terlalu menikmati bibir Amanda yang menjadi igauannya.
"Is this the reason you ask about what i will do if i know my wife is not a virgin?"Tanya Haiqal.Amanda hanya mengangguk.Dia tidak mampu menjawab kerana masih tercungap mencari nafas.
"So don't you remember my answer?"Tanya Haiqal lagi.
"You bagi tiga jawapan.So i tak tahu jawapan you yang mana satu antara tiga jawapan tu."Jawab Amanda.
"Three of them is my answer."Kata Haiqal.Amanda mengerutkan dahi menandakan dia tidak faham.Amanda keliru.Adakah Haiqal akan mengamuk sekarang lepas itu menjauhkan diri supaya tidak berkasar padanya dan setelah itu akan membuat keputusan melepaskannya.Haiqal tersenyum melihat dahi gadis itu berlipat seperti memikirkan sesuatu yang sulit.
"Em..em..apa yang you fikirkan tu semua salah."Kata Haiqal sambil menggelengkan kepalanya.Amanda terkejut kerana Haiqal seperti dapat membaca fikirannya.
"You must be thinking i akan mengamuk lepastu keluar dari rumah then buat keputusan tinggalkan you kan?"Tanya Haiqal.Makin bulat mata Amanda bila semua tekaan Haiqal tepat.Haiqal ketawa melihat reaksi Amanda yang terkejut.
YOU ARE READING
Mrs Arjuna
RomanceSetiap hari Amanda Kirana akan menerima kejutan dari seseorang yang misteri.Kecantikkannya membuatkan ramai jejaka tergilakan dirinya Kejadian hitam yang terpalit dalam hidup Amanda Kirana membuatkan gadis itu tidak mahu menerima mana-mana lelaki da...