BAB 18 (M)

104 2 0
                                    

"Aa..apa yang you nak buat ni."Tiba-tiba hati Amanda berdebar bila terlalu dekat dengan Haiqal dalam keadaan posisi yang sangat intim di mana Haiqal berdiri dicelah antara kedua kakinya.Dia mula berfikir adakah Haiqal akan menggunakan hal yang terjadi padanya untuk menuntut haknya.

"Tadi you kata tak selesa duduk atas riba i.So i bagi you duduk atas meja kerja i."Bisik Haiqal.Entah kenapa Amanda rasa bisikkan Haiqal itu seperti menggodanya.Amanda hanya menunduk saja.

"Heyy..Mrs Arjuna.I tak akan buat apa-apa pada you.I just nak tahu cerita sebenar.how that terrible thing happen."Kata Haiqal.Hati Amanda dilanda keresahan kembali.

"It's okay kalau you tak bersedia nak cerita lagi.I boleh tunggu you.But...This men i will trace him with his number.I akan cari orang yang buat benda tu pada you sebab i tak nak dia sebarkan gambar dan video tu pada orang ramai and i nak dia terima hukuman."Kata Haiqal lagi.

"Hari ni you tak payah masak okay.I dah order makanan.Kejap lagi sampai."Kata Haiqal sambil mengusap pipi Amanda sebelum bergerak ingin keluar memberi ruang pada Amanda.Namun baru saja dia hendak bergerak ,jari telunjuk Amanda memaut jari kelingkingnya.

"Yes sayang?Ada apa-apa yang you nak cakap ke?"Tanya Haiqal.Rambut Amanda yang hampir menutup wajah gadis itu ditolak ke belakang dan diselitkan ke telinga gadis itu.

"I..nak cerita sekarang."Ucap Amanda sambil mendongak memandang Haiqal.Haiqal tersenyum lalu mendukung Amanda.Amanda kelam kabut memeluk leher Haiqal dan melilitkan kakinya ke pinggang Haiqal kerana takut akan terjatuh.Haiqal membawa Amanda naik ke bilik mereka supaya Amanda lebih selesa hendak bercerita.Dalam keadaan kaki Amanda melilit dipinggangnya,Haiqal duduk di atas katil sekaligus membuatkan Amanda duduk di atas pehanya dengan kaki yang melilit di pinggangnya.

"Just stay like this while you tell me the story."Kata Haiqal bila Amanda hendak bangun dan turun dari duduk di pehanya.Amanda kembali duduk di atas peha Haiqal.

"Semua tu jadi 5 tahun lepas masa i singgah hentian rehat untuk buang air.I dalam perjalanan nak ke rumah kawan i."

Imbas kembali

"Tak ramai orang pula dekat rnr ni.Nak turun ke tak ekk."Kata Amanda sendirian dalam kereta.Dia lihat sekeliling hanya ada 2 biji motor dan 1 kereta yang parkir agak jauh.

"Pergi je lah.Nak sampai dekat rnr besar jauh lagi."Kata Amanda lagi.Lalu dia turun  dan terus masuk ke tandas.Selesai membuang air kecil dia terus kembali ke keretanya.Amanda lihat motor tadi sudah tiada.Hanya ada kereta tadi saja.Namun dia tidak lihat sesiapa dalam kereta itu.Kawasan hentian itu pun tiada orang.Baru saja dia hendak membuka pintu tiba-tiba hidungnya ditutup dengan kain dan kesedarannya semakin hilang kerana terhidu cecair chloroform yang ada pada kain itu.

Sedar saja dari pengsan Amanda lihat sekeliling.Dia tidak tahu berada di mana.Dia memandang tubuhnya dan berasa lega bila lihat pakaian masih utuh pada tubuhnya.Amanda turun dari katil dan menuju ke pintu untuk keluar dari situ.

klakk

Baru saja di hendak memulas tombol pintu, pintu itu dibuka dari luar.Amanda terus berundur kebelakang.Hatinya berdebar-debar menanti gerangan yang akan masuk ke dalam bilik itu.Dia lihat ada sebatang besi ditepi dinding.Lantas dia mencapai besi itu untuk melindungi diri jika dirinya diapa-apakan.

Sebaik saja pintu terbuka dia terus menghayunkan batang besi yang dipegangnya menuju ke arah orang yang membuka pintu itu.Namun hayunannya ditahan dengan mudah.Amanda menarik besi itu kembali namun tidak berjaya kerana sudah digenggam kuat oleh lelaki itu.Besi itu ditarik kuat hingga terlepas dari tangan Amanda.Lelaki itu mencampak kasar besi itu ke tepi lalu menutup pintu bilik dan menguncinya.

Mrs ArjunaWhere stories live. Discover now