BAB 40

53 1 0
                                    

10 tahun berlalu.Haiqal tidak pernah lupa walau sesaat hari ini merupakan hari pembebasan Baqhi.Dia mengarahkan lebih ramai pengawal menjaga rumahnya serta beberapa orang mengikuti isterinya ke mana saja jika dia tidak dapat menemani isterinya.Pengawal yang profesional dia arahkan perhatikan isterinya dari jauh.Tak ada yang tahu mereka berada di mana termasuk Haiqal sendiri.

"Baby how's your work today?"Tanya Haiqal saat mereka sedang bersantai di ruang tamu selepas makan malam.Haiqal memeluk Amanda dan melabuhkan satu ciuman pada ubun-ubun Amanda.

"Alhamdulillah okay je bie.Semua berjalan seperti biasa.Baby bersyukur sangat lepas kes hari tu, masih ada ramai yang menyokong kita bie."Jawab Amanda.

Beberapa bulan lepas syarikatnya sempat terpalit dengan kontroversi meniru corak dari syarikat saingannya.Mujur setelah tudungnya mendapat permintaan ramai, dia dapat menyediakan bilik untuk setiap satu pekerjanya yang membuat kerja di belakang tabir seperti pereka corak,marketing,receptionist pembekal dan pembeli serta akaun.

Semua bilik pekerjanya dilengkapi dengan kamera litar tertutup.Dia sudah menjelaskan kepada pekerjanya kenapa dia meletakkan kamera di setiap bilik.Dia juga meminta mereka mengaktifkan rakaman pada komputer masing-masing.Jadi segala aktiviti yang mereka lakukan akan terakam sebagai bukti.Setelah jualan tudungnya meningkat dan jenama tudungnya semakin dikenali,dia rasa sedikit takut.Jadi dia mula mengambil kira semua baik buruk dari peningkatan jualan tudung jenamanya.

Amanda meminta pendapat Haiqal tentang cadangannya untuk meletakkan kamera di setiap bilik pekerjanya supaya jika ada sesuatu isu seperti menyeleweng duit syarikat,mencuri lakaran corak serta mencuri stock.Jika pekerjanya tidak bersalah sekurang-kurangnya dia boleh melindungi pekerjanya dan membuktikan bahawa pekerjanya tidak bersalah dengan adanya rakaman kamera sebagai bukti.Haiqal bersetuju dengan cadangannya.Setelah itu dia berbincang dengan pekerjanya untk meminta pendapat serta persetujuan dari mereka.Amanda bersyukur bila semua pekerjanya memandang positif dengan usulannya dan semua bersetuju.

Dia mampu menyelesaikan kontroversi itu dengan adanya rakaman kamera litar tertutup itu serta beberapa bukti yang lain.Hampir saja Iskandar berhenti kerja kerana tidak mahu menjatuhkan nama syarikatnya.Namun dengan bantuan Haiqal menasihati Iskandar untuk bersabar, pekerjanya itu tidak jadi berhenti setelah terbukti dia tidak bersalah.

"Baguslah macam tu."Balas Haiqal.

"Anak-anak mana bie?"Tanya Amanda bila rumahnya terasa senyap.Biasa rumahnya sentiasa riuh bila kembar itu ada.

"Diorang dekat bilik.Bie suruh diorang siapkan homework."Balas Haiqal.

"Bie marah diorang ke?"Tanya Amanda.Padanya Haiqal sedikit garang dengan anak-anak mereka.

"No baby.Bie tak marah pun anak-anak kita.Bie cuma tegas je."Jawab Haiqal.

"Mummy daddy..Abang dengan adik dah siap homework."Jerit si adik sambil turun berlari ke arah mereka.

"Don't run Aina."Ucap Haiqal bila anak perempuannya berlari menuruni tangga.

"Oppsss..Sorry daddy."Ucap Huwainaa lalu terus memeluk Haiqal manakala Qaleeq mengucup pipi Haiqal lalu memeluk Amanda.

"See..Nampak tak bie tak marah diorang pun.Kalau bie marah tak mungkin diorang nak menempel dengan bie sekarang."Kata Haiqal sambil mengenyitkan mata pada Amanda.Merah wajah Amanda bila Haiqal mengenyitkan mata padanya.walaupun usia perkahwinan mereka sudah melebihi 10 tahun dia tetap rasa malu dan berdebar bila Haiqal berkelakuan nakal atau romantik dengannya.

"Mummy cakap daddy marah Leeq dengan Aina ke?"Tanya Qaleeq pada Amanda.

"Betul tu Leeq.Mummy ingat daddy marah-marah suruh siapkan homework."Amanda membesarkan matanya pada Haiqal.Haiqal saja ingin mengusik Amanda.

"No la mummy.Tak baik cakap daddy macam tu.Tadi Aina nak adik.Jadi Leeq tanya daddy macam mana nak dapat adik baru.Then daddy kata Leeq dengan Aina kena janji belajar sampai pandai and siapkan homework yang cikgu bagi.Nanti dalam tempoh 9 bulan daddy dengan mummy hadiahkan kami adik."Kata Qaleeq panjang lebar.Aina dan Haiqal menganggukkan kepala seperti burung belatuk mengiyakan kata-kata Qaleeq.

"What?Bieeee...?"Hampir nak gugur jantung Amanda mendengar kata-kata anaknya.Haiqal terus menarik Amanda duduk di atas ribanya.

"Yes baby?Bie tak salah.They only asking for new sibling.I'm okay with it."Jawab Haiqal dengan wajah tak bersalah setelah berjanji dengan anak-anaknya untuk memberi mereka adik baru.Haiqal mengangkat kening berkali-kali bersama senyuman nakal.

"Eeee..malunya tengok mummy dengan daddy ni."Kata Aina sambil menutup wajahnya dengan tangan tapi serupa tidak tutup kerana matanya masih boleh melihat dari celah-celah jarinya yang direnggangkan sedikit.

"Prince dengan princess daddy tidur awal ye malam ni.Daddy dengan mummy nak mulakan proses bagi kamu berdua adik baru."Tercengang Amanda dengan kata-kata Haiqal.

"Patik menurut perintah tuanku."Kata Qaleeq dan Aina serentak lalu terus naik ke bilik masing-masing untuk tidur.Hampir terkeluar biji mata Amanda bila anak-anaknya menurut perintah Haiqal.

"So...Lets make new baby my baby."Serentak berkata begitu Haiqal terus menggendong Amanda.Hampir terjerit Amanda bila Haiqal tiba-tiba menggendongnya.Haiqal terus menuju ke bilik mereka bersama senyuman yang lebar.Amanda hanya redha dengan permintaan anak-anaknya yang mana Haiqal yang terlebih teruja memenuhi permintaan si kembar itu.

⁘⁘⁘⁂MRS ARJUNA⁂⁘⁘⁘

Nafas ditarik sedalam mungkin untuk menyedut udara segar.Sepuluh tahun berada di dalam penjara memberi pengalaman yang bermakna padanya.Baqhi mengukirkan senyuman penuh makna.Dari dalam penjara lagi dia sudah menyimpan niat mencari tiga orang.

Sampai di rumah Baqhi terus mengemas rumahnya yang sudah sepuluh tahun tak berpenghuni.Dia mengambil masa seminggu untuk membersihkan rumahnya.Banyak barang yang sudah reput dan tidak boleh digunakan lagi dia buang.Dia bercadang untuk menjual rumah ini setelah selesai urusannya dengan dua orang yang dia cari.Kemudian dia bercadang mencari lagi seorang yang perlu dia miliki di luar negara.

Baqhi keluar ke pasaraya untuk membeli beberapa bahan masak serta barang peribadi.Banyak yang berubah setelah sepuluh tahun dia tidak menjejakkan kaki ke dunia luar.Harga juga sudah berbeza dari kali terakhir dia membeli belah.Mujur simpanan serta warisan dari neneknya masih ada dan syarikatnya diluar negara tidak terjejas dengan berita tentang dirinya yang masuk penjara.Pembantunya yang berada di luar negara akan datang berjumpa dengannya sebulan sekali untuk melaporkan perkembangan syarikat serta perkembangan seseorang yang dia mahu cari yang berada di sana.

Jam menunjukkan pukul 10 malam.Selesai membeli barang yang diinginkan,Baqhi kembali ke rumahnya.Sejak keluar dari penjara,Baqhi dapat rasakan ada yang mengekorinya dari jauh.Cuma dia tidak tahu di mana orang yang mengekorinya bersembunyi.Saat itu dia tidak rasa terancam.Tapi malam ini dia rasa terancam seperti ada yang akan menyerangnya bila-bila masa saja.

Pantas Baqhi membuka pintu pagar rumahnya.Terbuka saja pintu pagarnya dia nampak bayang seseorang di belakangnya.Pantas dia menunduk saat orang itu menghayunkan sesuatu padanya.Sebaik saja berpusing untuk menyerang, perutnya senak akibat ditendang kuat.Barang beliannya terlepas dari tangan.Mulut dan hidungnya ditutup dengan kain yang diletakkan chloroform.Akhirnya pandangannya menjadi gelap.Baqhi pengsan tidak sedarkan diri.

⁘⁘⁘⁂MRS ARJUNA⁂⁘⁘⁘

"Sayang nak ni tak?"Tanya Haiqal.Hari ini dia membawa Amanda dan anak-anaknya berjalan untuk berbelanja baju bayi.Amanda disahkan hamil.Kandungannya baru mencecah 6 minggu.Mereka mendapatkan kembar lagi kali ini.

"Nak!"Jawab Amanda teruja.Dia sudah lama ingin makan kek tapak kuda itu.

"Bagi 1 setiap perasa dik."Kata Haiqal pada penjual itu.

"Nak makan sekarang atau dekat rumah nanti sayang?"Tanya Haiqal.

"Dekat rumah nantilah.Kita jalan-jalan dulu."Jawab Amanda.

"Anak-anak mummy, hari ni cakap je nak apa.Mummy belikan."Kata Amanda pada Qaleeq dan Aina.

"Wah..banyaknya duit mummy."Kata Aina.

"Mummy belikan ,daddy yang bayar."Kata Amanda lalu ketawa.Haiqal turut ketawa bila Amanda saja mengenakannya.Qaleeq dan Aina juga turut ketawa.

"Untuk baby bie ni, bintang pun bie sanggup upah orang pergi ambil dekat angkasa."Gurau Haiqal.

"Amboi bukan main lagi ayat manis dia."Kata Amanda.Haiqal hanya ketawa senang.Dia bahagia dengan keluarga kecilnya.Dalam bahagia mereka bergelak ketawa,ada sepasang mata sentiasa memerhati mereka sejak sepuluh tahun yang lalu.

Haiqal berdoa kebahagiaan mereka kekal selamanya.Walaupun hatinya sedikit bimbang dengan pembebasan Baqhi, namun dia tetap berdoa isteri serta anak-anaknya sentiasa dalam keadaan selamat dan bahagia bersamanya.Walaupun banyak cabaran yang dia terima sejak dari Amanda trauma.Dia boleh bernafas dengan lega bila dia mampu buat Amanda lupakan kejadian hitam yang Baqhi palitkan dalam hidup isterinya.Semoga kebahagiaan Arjuna Haiqal dan Amanda kirana berterusan.Mungkin banyak lagi halangan yang akan mereka tempuh selepas ini jika Allah masih mahu menguji kekuatan hati dan cinta mereka.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 19 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mrs ArjunaWhere stories live. Discover now