BAB 26

20 2 0
                                    

"Assalamualaikum nenda.Nenda sihat?"Tanya Amanda sebaik saja Hajah Asmah menjawab panggilannya.Dalam seminggu dia pasti akan menghubungi Hajah Asmah dua kali.Tapi sejak Hajah Asmah mengatakan dia tidak berapa sihat,dia lebih kerap menghubungi wanita itu.

"Waalaikumsalam sayang.Macam ni la nenda Manda.Makan ubat je lah."Adu Hajah Asmah pada Amanda.

"Nenda ada rasa sakit-sakit lagi ke dekat dada?"Tanya Amanda risau.

"Kadang-kadang je Manda.Lepas makan ubat dia okay."Kata Hajah Asmah.

"Manda rindu nenda.Nanti dalam minggu depan kalau jadual Arjuna kosong Manda ajak Arjuna balik sana okay?"Kata Amanda

"Nenda rehatlah dulu.Nanti Manda call lagi ye."Kata Manda lalu menamatkan panggilan.Amanda terus menghubungi Haiqal.

"Assalamualaikum my sugar."Ucap Haiqal sebaik saja menjawab panggilan Amanda.

"Waalaikumsalam bie."Jawab Amanda.

"Baby call bie ni sebab rindu ke?"Usik Haiqal.

"Haa?Ermm..sikitlah."Jawab Amanda.

"Wow..Ini satu perkembangan yang bagus.I'll make you miss me more after this."Ucap Haiqal dengan hati yang sudah berbunga.walaupun sedikit tapi sekurang-kurangnya rasa rindu padanya tetap ada.

"Err..Biee......"Panggil Amanda manja.

"Why sugar?Jangan goda bie panggil macam tu.I can't touch you yet baby."Haiqal memberi amaran.Amanda sudah ketawa mendengar amaran Haiqal.

"Sorry.Baby nak tanya next week jadual kerja bie free tak?"Tanya Amanda.

"Jadual kerja bie?Kejap bie check."Balas Haiqal lalu mengambil buku jadual hariannya.

"Next week bie free.Why sugar?"Tanya Haiqal.

"Kita balik kampung nak tak?Nenda tak sihat.Baby rindu and risau dengan nenda."Kata Amanda.

"Boleh baby.Kita balik kampung ye next week."Jawab Haiqal.

"Yeay.Thank you bie.I love you."Ucap Amanda dengan gembira kemudian dia terdiam bila tersedar dengan apa yang dia ucapkan.

"Really sayang?I love you too sayang."Balas Haiqal walaupun dia sedikit terkejut bila Amanda melafazkan tiga perkataan keramat itu.Dia tahu Amanda mengatakan tanpa sedar kerana terlalu gembira dia setuju untuk balik ke kampung.

"Sayang thanks sebab ambil berat pasal nenda walaupun nenda bukan nenek kandung sayang."Ucap Haiqal.Dia bersyukur bila Amanda begitu prihatin pada neneknya.

"Baby memang dah anggap nenda macam nenek baby sendiri.Baby tak ada masa tokwan baby meninggal.Allah hadiahkan nenda pada baby.Jadi baby tak nak sia-siakan peluang yang Allah bagi ni."

"Terima kasih sayang."Ucap Haiqal lagi.

"Sama-sama bie."Balas Amanda.Setelah berbual sebentar mereka menamatkan panggilan.

⁘⁘⁘⁂MRS ARJUNA⁂⁘⁘⁘

Sebaik saja tiba di Johor, Dayang singgah ke kafe yang berhampiran situ untuk melegakan tekaknya yang kering.Matcha milkshake menjadi pilihannya.Setelah pesanannya siap Dayang terus berjalan menuju ke keretanya.Tiba-tiba dalam perjalanan seseorang telah melanggarnya hingga menyebabkan airnya jatuh dan mengenai bajunya sedikit.

"Erghhh..Buta ke?"Tempik gadis itu sambil berpusing ingin melihat siapa yang melanggarnya.

"Erk..Maaf cik.Saya tak sengaja.Saya tengah rushing."Kata Naufal.

"Kalau betul-betul rushing, jalan tu mata tengok depan.bukan tengok telefon sampai langgar orang.Ni baru air tumpah kalau ada yang cedera macam mana?"Marah gadis itu lagi.

"Maaf cik.Saya ganti air cik balik.Pasal baju tu saya bayarkan kos membersihkan baju cik."Tawar Naufal itu.

"Tak payahlah.Bukannya i akan datang sini lagi lepas ni."Balas si gadis lalu ingin berlalu pergi.Naufal menghalang gadis itu dari pergi dengan menahan tangannya.

"Eh apa you pegang-pegang ni?Dah tak tahu halal haram?Mentang-mentang i pakai tak tutup aurat, you boleh suka-suka hati nak pegang?"Marah Dayang lagi.Naufal pantas melepaskan tangan gadis itu.

"Maaf.Jangan macam tu cik.Saya serba salah kalau cik tolak."Kata Naufal lagi.

"Okay macam ni.Cik ambil kad saya ni.Nanti cik call saya ya.Nama saya Naufal.Bila cik dah dapat semua total bagitahu saya.Saya akan ganti balik."Kata Naufal lagi sambil meletakkan kadnya pada tapak tangan gadis itu bila gadis itu masih membisu.

"Tak perlu.Saya tak berminat.Ambil kad ni balik."Balas Gadis itu seraya mengembalikan semula kad nama Naufal lalu terus msuk ke dalam kereta dan memandu keluar.

⁘⁘⁘⁂MRS ARJUNA⁂⁘⁘⁘

Amanda sedang mengemas pakaiannya dan Haiqal.Seperti yang Haiqal janjikan mereka akan pulang ke kampung minggu ini.Amanda tak sabar hendak berjumpa dengan Hajah Asmah dan Puan Roziah.Macam-macam kuih yang sudah dirancang hendak dibuat waktu dia menghubungi Puan Roziah.Terhenti kerja mengemasnya saat telefonnya berbunyi.

"Assalamualaikum maklong."Amanda memberi salam sebaik saja menjawab panggilan dari Puan Roziah.Haiqal yang baru siap mandi mendekati Amanda yang sedang menjawab telefon.Haiqal lihat badan Amanda seperti hendak rebah ke lantai.Mujur Haiqal sempat menyambut tubuh Amanda.

"Baby kenapa ni?"Tanya Haiqal cemas bila air mata laju membasahi pipi Amanda.Telefon Amanda yang jatuh dia ambil dan tertera nama Mak longnya.

"Maklong."Panggil Haiqal.

"Qal Manda tak apa-apa ke?"Tanya Puan Roziah.

"Kirana okay.Cuma dia menangis dan nampak terkejut.Maklong cakap apa dengan Kirana?"Tanya Haiqal.

"Nenda masuk hospital Qal.Tadi dia tiba-tiba rasa sakit dada lepas tu terus tak sedarkan diri."Jelas Puan Roziah.

"Allahuakhbar..Nanti maklong bagitahu hospital mana.Qal baru nak gerak ke sana."Balas Haiqal.

"Baiklah."Jawab Puan Roziah lalu menamatkan panggilan.

"Bie..Nenda bie."Ucap Amanda sambil memegang tangan Haiqal.Haiqal dapat rasa tangan Amanda menggigil kuat.Tubuh Amanda dipeluk erat.

"Kita gerak sekarang ye sayang."Pujuk Haiqal.Amanda hanya mengangguk lalu terus bangun memasukkan bajunya dan baju Haiqal ke dalam bag bagasi.Haiqal memasukkan bag mereka ke dalam kereta dan terus memandu ke kampungnya.Sepanjang perjalanan Amanda hanya diam namun air matanya setia mengalir.Sesekali Haiqal mengesat air mata Amanda lalu mengenggam erat tangan Amanda.

⁘⁘⁘⁂MRS ARJUNA⁂⁘⁘⁘

"Maklong.Nenda macam mana?"Tanya Amanda pada Puan Roziah sebaik saja mereka sampai di hospital.

"Dokter dah bagi rawatan.Tapi nenda belum sedar lagi.Manda nak tengok Nenda pergilah masuk dengan Qal."Jawab Puan Roziah sambil mengusap kepala Amanda.Dayang hanya menjeling saja melihat kelakuan Amanda.Amanda memandang Haiqal.Haiqal mengangguk faham.

"Qal bawa Kirana masuk tengok nenda kejap."Kata Haiqal.

"Pergilah Qal."Jawab Puan Roziah.

Haiqal bukakan pintu wad Hajah Asmah untuk Amanda masuk.Sebaik saja masuk ke dalam wad, Amanda hampir pitam melihat tubuh Hajah Asmah berselirat dengan tiub dan wayar.Air matanya kembali mengalir membasahi pipinya.Haiqal memapah Amanda duduk di kerusi yang ada ditepi katil Hajah Asmah.

"Nenda...Manda dah datang ni.Nenda kata nak tunggu Manda sampai dekat rumah.Tapi kenapa nenda tidur dekat sini?"Ucap Manda sayu sambil mengucup tangan tua itu.

"Nenda bangunlah cepat ye.Manda tunggu nenda.Manda ada belikan kain batik untuk nenda.Cantik tau.Kalau nenda nak pakai kain batik cantik tu nenda kena bangun cepat-cepat tau.Manda, Arjuna, Maklong, mummy, daddy, Dayang dan Syah tunggu nenda tau."Ucap Manda lagi.Dapat dia lihat mengalir airmata hajah Asmah.

"Puan masa melawat dah habis.Puan balik dulu esok datang lagi."Kata penjaga wad itu.Amanda mengangguk.Haiqal memapah Amanda keluar dari wad Hajah Asmah.Sebaik saja berada diluar wad Amanda terus rebah tidak sedarkan diri.Mujur Haiqal memapah tubuh gadis itu.Jadi sempatlah dia menahan tubuh Amanda dari terhempas ke lantai.

"Ya Allah Manda."Jerit Puan Roziah sebaik saja lihat Amanda pengsan.

"Nurse!"Jerit Haiqal lalu mengangkat Amanda dan mengikuti jururawat yang menunjukkan tempat untuk merawat Amanda.

⁘⁘⁘⁂MRS ARJUNA⁂⁘⁘⁘

"Sayang okay tak?"Tanya Haiqal sebaik saja Amanda membuka matanya.Bagaikan hendak tercabut jantungnya bila Amanda pengsan tadi.

"Okay."Jawab Amanda perlahan.

"Qal ,nenda dah sedar.Nenda nak jumpa semua."Kata Syah sebaik saja memasuki wad yang menempatkan Amanda.Haiqal mengangguk lalu mencapai kerusi roda.Tubuh Amanda diangkat didudukkan di kerusi roda itu.

"Nenda."Panggil Amanda sebaik saja sampai di wad Hajah Asmah.

"Manda sayang."Ucap Hajah Asmah lemah.

"Nenda..Tengok ni Manda ada belikan nenda kain batik cantik."Kata Amanda.

"Cantiknya sayang.Kalau sempat nanti nenda pakai ye."Ucap Hajah Asmah.Amanda hanya mengangguk.Dia cuba sedaya upaya menahan airmatanya.Namun jatuh juga setitis airmatanya.

"Manda..Jangan menangis sayang.Nenda nak tengok semua orang senyum sementara nenda masih ada peluang."Kata Hajah Asmah sambil mengusap pipi Amanda.

"Sorry nenda.Okay Manda tak menangis dah."Ucap Amanda sambil mengesat airmata dimata dan pipinya lalu memberikan senyuman yang manis pada Hajah Asmah hingga terbentuk lekuk lesung pipitnya.Hajah Amanda tersenyum melihat senyuman Amanda.

"Qal..."Hajah Asmah memanggil Haiqal pula.

"Ye nenda.Qal dekat sini nenda."Jawab Haiqal.

"Jaga Manda elok-elok.Hidup bahagia dengan dia.Nenda sayang kamu berdua."Pesan Hajah Asmah.Haiqal mengangguk.Jatuh juga setitis air matanya.Tiba-tiba mesin yang bersambung pada tubuh Hajah Asmah berbunyi.Nafas Hajah Asmah mula tercungap-cungap.

"Nenda..?Nenda kenapa ni?Bie nenda bie."Kata Amanda dengan cemas.Dokter dan jururawat masuk ke dalam wad dan meminta semua keluar.Mereka keluar untuk memberikan laluan pada dokter dan jururawat melakukan kerja mereka.

"Maafkan kami.Kami dah cuba sedaya upaya.Pesakit tak dapat diselamatkan."

Mrs ArjunaWhere stories live. Discover now