"Assalamualaikum."Haiqal memberi salam sebaik saja mereka sampai ke rumah neneknya Hajah Asmah hampir 11 malam.
"Waalaikumsalam.Ya Allah cucu menantu aku datang."Terjerit Hajah Asmah bila lihat cucu serta isteri cucunya datang.Terus dipeluk tubuh Haiqal dan Amanda.
"Ish bertuah punya cucu.Datang tak bagitahu."Marah Hajah Asmah lalu memukul bahu Haiqal.Amanda hanya tersenyum malu kerana dia baru pertama kali menjejakkan kakinya ke rumah nenek Haiqal.
"Saja buat surprise untuk nenda."Kata Haiqal.
"Banyaklah kamu punya surprise.Kalau selalu kamu buat surprise macam ni memang 7 kaki ke bawah aku duduk."Seloroh Hajah Asmah.
"Alololo..Janganlah cakap macam tu nenda.Qal janji tak buat lagi."Pujuk Haiqal.Amanda terkedu bila nenek Haiqal dengan selamba berseloroh pasal mati.
"Eh Manda sayang jom masuk.Nenda nak sambung merajuk dengan Haiqal."Kata Hajah Asmah sambil menarik tangan Amanda masuk ke rumah.Sempat dia memuncungkan mulut sambil menjeling cucunya tanda merajuk.
"Ala nenda janganlah merajuk dengan Qal.Mulut tu jangan muncung sangat.Nanti Qal buat sangkut hanger nanti,baru tahu."Pujuk Haiqal sambil mengekori neneknya masuk ke dalam.
"Kamu berdua ni dah makan malam ke belum?Kalau belum nenda kejut Mak Jah masakkan untuk kamu berdua.Kalau bagitahu nak datang sini boleh nenda suruh mak Jah masak banyak sikit."Tanya Hajah Asmah.
"Eh tak payah nenda.Manda dengan Arjuna dah makan dah tadi.Arjuna singgah kedai makan dekat depan sebelum datang rumah nenda."Jawab Amanda.
"Kalau dah makan tak apa lah.Tak adalah nenda risau kamu berlapar.Kamu berdua pergilah naik bilik berehat dulu.Esok kita bersembang.Dah lewat malam ni.Kamu berdua pun mesti letih.Qal bawa isteri kamu naik bilik."Arah Hajah Asmah.
"Baik mem."Balas Haiqal.Hajah Asmah terus masuk ke bilik.Haiqal menarik Amanda menuju ke bilik mereka.
"You pergilah mandi dulu.I turun bawah kejap."Ucap Haiqal.
"Okay."Amanda mengambil tuala lalu terus masuk ke dalam tandas untuk membersihkan diri.Tapi gara-gara keletihan dia terlupa membawa bajunya.Selesai membersihkan diri Amanda terkaku bilamana dia tidak melihat bajunya di mana-mana.Kebiasaannya dia akan membawa baju sekali dan memakai baju di dalam tandas.
"Aduh.Macam mana boleh lupa ni."Kata Amanda sambil menepuk dahinya sendiri.Amanda terpaksa membalut tubuhnya dengan tuala.Dengan perlahan dia membuka pintu bilik air lalu menjengah ke dalam bilik ingin melihat sama ada Haiqal sudah masuk ke bilik atau belum.
Melihat keadaan bilik yang kosong Amanda menarik nafas lega.Dia membuka pintu lalu berjalan dengan pantas untuk mengambil bajunya.Bimbang sekiranya Haiqal tiba-tiba masuk ke bilik.Hampir beberapa langkah hendak sampai langkahnya kaku saat terpandang Haiqal duduk di sofa merenungnya bersama senyuman nakal.
"Sayang nak goda bie ke?"Ucap Haiqal sambil bangun dari duduknya dan berjalan menghampiri Amanda.Kaki Amanda bagaikan terpaku pada lantai.Akibat terlalu terkejut dia hanya kaku ditempatnya berdiri hingga Haiqal berada betul-betul dihadapannya.
Haiqal melihat Amanda dari atas sampai ke bawah.Tubuh gadis itu hanya hanya dilindungi sehelai tuala separas peha membuat nalurinya bergetar hebat.Tubuh Amanda yang masih ada sisa air dan rambut panjangnya yang basah benar-benar indah pada matanya.
"Sayang saja nak goda bie ke?Hm?"Tanya Haiqal lagi.Tangannya naik memeluk pinggang Amanda.Rambut Amanda ditolak ke belakang dan diselitkan di belakang telinga Amanda hingga mendedahkan bahu Amanda.Haiqal menunduk sedikit lalu mengucup lembut bahu Amanda.Kucupkan Haiqal berlarutan hingga ke leher putih Amanda.Liur ditelan dengan payah.
"I..I lupa ambil baju i sebelum mandi tadi."Jawab Amanda dengan suara yang gementar.Tangannya mengenggam erat tualanya dibahagian dada bimbang terlucut.
"Bie ingat sayang saja nak goda bie.Pergi pakai baju cepat.Bie risau harimau bie bangun makan sayang."Balas Haiqal.Haiqal melepaskan pinggang Amanda dan terus berlalu masuk ke tandas.Dia perlukan mandian sejuk untuk meredakan nalurinya yang hampir tergugat tadi.
YOU ARE READING
Mrs Arjuna
RomanceSetiap hari Amanda Kirana akan menerima kejutan dari seseorang yang misteri.Kecantikkannya membuatkan ramai jejaka tergilakan dirinya Kejadian hitam yang terpalit dalam hidup Amanda Kirana membuatkan gadis itu tidak mahu menerima mana-mana lelaki da...