"You!"Ucap Amanda bila dia mengenali orang yang mengambil makanan ringan kegemarannya yang cuba di capai dengan susah payah tadi.
"You?"Ucap Haiqal pula dengan tenang sambil memegang makanan ringan yang cuba gadis itu capai tadi.
"That is mine.You buta ke?Tak nampak i tengah ambil benda tu?"Marah Amanda.
"Siapa dapat ambil dulu dia yang punya.Aku sentuh dulu benda ni kan?So benda ni aku punya.By the way.Minum susu banyak-banyak sikit.Sebab aku tak nampak kau lah aku ambil dulu benda ni."Balas Haiqal panjang lebar.
"Tak takut ke menghina ciptaan Allah?"Tanya Amanda pada Haiqal.
"Siapa?Aku ke?"Soalan berbalas soalan.
"taklah.Jajan tu."Jawab Amanda sambil menjeling geram.
"Aku tak ada hina ciptaan Allah pun.Bila yang aku hina ciptaan Allah tu?Mind to explain?"Tanya Haiqal.
"You suruh i minum susu banyak-banyak sebab you tak nampak i tengah ambil benda ni,bukan you bermaksud you nak cakap i pendek ke?Tu bukan sama macam menghina ciptaan Allah ke?Allah yang cipta kejadian rupa i macam ni.Apa yang i boleh buat selain bersyukur dilahirkan cukup sifat?"Marah Amanda.
Amanda menarik nafas panjang lalu dilepas kasar.Amanda malas hendak melayan lelaki itu.Dia memberi jelingan maut dan terus berlalu dari situ.Dia tidak mahu melihat lelaki itu lagi.Hatinya terlalu sakit melihat wajah lelaki itu.Marahnya pada lelaki itu masih belum reda lagi.Haiqal yang terdiam mendengar kata-kata Amanda terkebil-kebil memandang gadis itu pergi tanpa sempat dia menjawab balik.
"Huh dalam ramai-ramai mahkluk Allah dekat bumi ni,kenapa dia jugak yang aku jumpa hari ni.Mood aku baik-baik dekat atas tadi terus jatuh merundum.Bawah tanah terus mood aku pergi."Bebel Amanda sambil berjalan menuju ke kaunter.Selesai membayar beberapa keperluan yang sempat dia capai tadi,dia terus pulang.Tidak mahu dia terserempak dengan Haiqal lagi.
⁘⁘⁘⁂MRS ARJUNA⁂⁘⁘⁘
"Morning guys."Sapa Amanda dengan nada yang tidak bersemangat.
"Morning our ladybos.Kenapa nampak macam lemau je hari ni?"Tanya Baqhi.
"Hurmmm..I baru terserempak dengan orang yang paling annoying and orang yang buat kita hilang golden chance kita hari tu.Disebabkan i terserempak dengan dia hari ni, i tak dapat snack favourite i yang yang tinggal satuuuu..... je dekat situ..erghhh..Bila nampak dia tadi mood i dari dekat langit ketujuh tadi terhempas pergi ke bawah tanah tujuh kaki terus."Jawab Amanda.Yang lain hanya ketawa mendengar cerita Amanda.
"Orang tu lelaki kan?Jangan benci lebih-lebih ladybos.Nanti kahwin baru tahu."Usik Shila.
"Eeuuwww...Memang tak lah nak kahwin dengan dia.Lamberttt lagi.Kalau ada dia je lelaki dekat dalam dunia ni, i rela tak kahwin."Kata Amanda.
"Amboi benci sangat tu ladybos kita dengan lelaki tu."Kata Syafiqah.Amanda malas hendak melayan terus masuk pejabatnya.
"Dah i tak nak cakap pasal lelaki tu lagi.Semua get ready all the material.In 10 minit kita meeting."Kata Amanda sebelum masuk ke pejabatnya
"Baik ladybos."Balas mereka serentak.Masing-masing mengambil fail-fail yang akan dibawa masuk ke dalam mesyuarat.Setelah sepuluh minit mereka semua terus menuju ke bilik meeting.Amanda masuk ke bilik meeting selepas semua pekerjanya sudah ada di dalam bilik meeting.
"Assalamualaikum semua."Amanda memberi salam bersama senyuman sebelum memulakan mesyuarat.
"Waalaikumsalam ladybos."Jawab mereka berlima serentak.
"Okay sebelum kita bincang pasal next project, i nak tanya dulu.Project for christmas dah settle ke?"Tanya Amanda.
"So far semua dah settle.Design semua kita dah foward pada supplier.Sekarang tengah tunggu sample dari supplier je."Kata Shila.
"How about marketing Fiq?"Tanya Amanda lagi sambil memandang Syafiq.
"Poster untuk iklan semua i dah prepare.Nanti i email pada you.You boleh check mana yang you rasa okay.You dah check nanti i akan foward pada supplier untuk print out banner and poster."Jawab Syafiq.
"Okay good.Piqa once christmas design and poster release i nak you open Pre-order macam biasa dengan stokis and agent-agent kita.Sekarang bulan 9.Bulan 10 you dah boleh send poster and design pada mereka untuk diorang start pre-order.Hujung bulan 11 close order then you boleh collect order and payment dari mereka.Awal bulan 12 kita akan release and post out order."Kata Amanda.
"Okay.got it ladybos."Balas Syafiqah.
"Christmas dah settle.Just nak tunggu sample and i confirmkan poster and banner.So now we move to the next project.Hari tu i dah terlepas peluang dapatkan duta untuk gayakan tudung kita.But it's okay.I akan cuba dapatkan dia balik.Now kita buat dulu rangka project.Jadi sekarang i nak each of you bagi i pendapat design untuk tema raya tahun depan.Kalau dekat rumah you tengah scrol-scroll media sosial ,mungkin you ada nampak apa yang jadi akan tema pilihan viral.So next meeting kita akan bentangkan idea masing-masing.So far any question?"Kata Amanda.
"Bila kita akan meeting untuk bentang idea project raya?"Tanya Iskandar.
"Maybe after project chrismas done kita akan meeting lagi.Bulan 1 should be fine."Jawab Amanda.
"Okay."Balas Iskandar.
"Okay kalau tak ada apa-apa soalan you all boleh sambung buat kerja."Arah Amanda.
⁘⁘⁘⁂MRS ARJUNA⁂⁘⁘⁘
Haiqal tersenyum sendirian sambil melihat gambar wajah bakal tunangnya.Dia lega bila ibu dan bapanya setuju untuk dia bertunang dengan pilihan hatinya.Kalau boleh dia ingin mempercepatkan majlis pertunangannya.Tapi projek syarikatnya menjadi penghalang.Dia terpaksa menunggu projek itu selesai.
Matanya melirik jam ditangan.Waktu sudah menunjukkan pukul 3.30 petang.Dia terus bangun dan keluar kerana dia akan membuat lawatan di kilang pembuatan bateri kereta.Walaupun jenama bateri yang dia buat tidak mendapat keluhan dari mana-mana pelanggan,dia tetap mahu melawat ke kilangnya walaupun tidak kerap untuk memastikan keadaan kilang sentiasa bersih dan kerja teratur supaya tiada apa-apa kemalangan akan berlaku
Sampai saja di kilang Haiqal memakai segala peralatan keselamatan sebelum masuk.Memang itu aturan yang dia tetapkan supaya keselamatan pekerja terjaga.Dia berjalan disetiap jabatan.Selesai memeriksa kawasan kilang dia terus keluar dari kilang itu.Tiba-tiba telefonnya berbunyi.
"Haa kau nak apa?"Tanya Haiqal kepada Naufal satu-satunya kawan baiknya.
"Kau dah balik kerjakan?Jom minum kejap.aku dekat kafe ni."Kata Naufal.
"Kau order dulu.Kejap lagi aku sampai."Balas Haiqal.Dia terus memandu keretanya ke kafe yang biasa mereka pergi setiap kali pulang kerja.
"Bro."Sapa Haiqal sebaik saja sampai di meja Naufal.
"Wah laju sampai?"Tanya Naufal.
"Aku baru balik dari tengok kilang."Kata Haiqal.Naufal mengangguk kerana dia tahu kilang Haiqal berdekatan kawasan situ saja.
"Lagi tiga bulan aku tunang dengan Reen."Ucap Haiqal.
"Whattt!!!"Jerit Naufal.Dia terkejut kerana tidak menjangkakan berita itu.
"Why?"Tanya Haiqal.Dia pelik apa yang buat Naufal terkejut sangat kerana Naufal tahu dia bercinta dengan Qaireen sudah lama.
"Nothing.Kau serius nak nak tunang dengan Reen?"Tanya Naufal meminta kepastian lagi.
"Yup.Kau macam tak suka je aku nak tunang dengan Reen."Kata Haiqal.
"Tak lah.Aku okay je.Tak apa lah.Masa tunang pun boleh kenal hati budi lagikan."Balas Naufal.Dia bukan tidak suka sahabatnya ingin mengikat tali pertunangan.Cuma dia tidak berapa suka dengan Qaireen kerana dia kerap terserempak dengan Qaireen makan malam bersama lelaki lain.
"Aku dah cukup kenal dah dengan Reen.Aku just nak ikat dia supaya tak ada orang yang boleh rampas dia dari aku."Haiqal menghirup kopi yang sudah dipesan oleh Naufal.
"Yelah.Aku doakan kawan aku ni kekal hingga ke jinjang pelamin."Ucap Naufal.
"Aik?sampai jinjang pelamin je?"Tanya Haiqal.
"Yelah.Kan baru tunang.Dah nikah nanti baru sampai jannah."Balas Naufal.
"Hahaha..Apa-apa je la Pal.Aku nak pergi toilet kejap."Kata Haiqal lalu bangun untuk ke toilet.
"Arghhh!" Baru saja bangun dia dengar ada suara perempuan menjerit kecil di belakangnya.Dia memusingkan badannya untuk melihat pemilik suara itu kerana setahunya dia tak ada melanggar sesiapa semasa bangun tadi.
"You again?!"Haiqal dan Amanda berkata serentak.
"Seriously!You ni stalk i ke?Kenapa? bengkel kereta tu ada letak extra caj ke untuk repair kereta you tu sampai you stalk i untuk bagi i hint bayar extra caj tu?"Soal Amanda bertubi-tubi.Haiqal sudah kehilangan kata-kata diserang dengan soalan bertubi-tubi dari Amanda
"Hello.Excuse me.You ingat you tu artis ke?You ingat you cantik sangat ke sampai i perlu stalk you?"Balas Haiqal dengan geram.
"Habis kotor baju i."Rungut Amanda.
"It's not even my fault."Balas Haiqal.
"Yang you tiba-tiba bangun mengejut dah kenapa.Dah lah nak bangun tak pandang-pandang."Marah Amanda.
"Eh i nak bangun kena mintak izin dengan you ke?"Bidas Haiqal.
"Erghh!Dalam ramai-ramai manusia kenapa la i mesti terserempak dengan you lagi.You ni perosak hari i tau tak!"Marah Amanda lagi dan dia terus berlalu pergi sebelum sempat Haiqal membalas kata-katanya.Haiqal betul-betul geram dengan gadis itu kerana sudah dua kali dia tidak sempat membalas, gadis itu sudah pergi dulu.
YOU ARE READING
Mrs Arjuna
RomanceSetiap hari Amanda Kirana akan menerima kejutan dari seseorang yang misteri.Kecantikkannya membuatkan ramai jejaka tergilakan dirinya Kejadian hitam yang terpalit dalam hidup Amanda Kirana membuatkan gadis itu tidak mahu menerima mana-mana lelaki da...