Puan Rokiah dan Encik Indra agak pelik bila anak teruna mereka mengajak ke rumah Puan Normala.Puan Normala juga terkejut saat kawan baiknya memaklumkan dia sekeluarga akan datang ke rumahnya.Setelah semua sudah berkumpul di ruang tamu.Haiqal mengambil tempat duduk yang kosong di sebelah Amanda.
"Ehem..Maaf ganggu perbualan semua.Qal ada something nak bagitahu"Ucap Haiqal kemudian menjatuhkan pandangan pada Amanda disebelahnya yang sedang menahan debar dengan bermain jari sendiri.Mereka berempat memandang Haiqal serentak.Amanda hanya menunduk saja.Dia menyerahkan semuanya pada Haiqal untuk memberitahu ibu bapa mereka.
"Qal nak kahwin dengan Kirana."Sebaris ayat itu mengejutkan mereka semua.Amanda semakin menunduk.
"Betul ke ni Manda?"Tanya Puan Rokiah.
"Be..betul mummy."Jawab Amanda tergagap bila Puan Rokiah tiba-tiba menyoalnya.
"Mummy tak setuju."Jawab Puan Rokiah.Haiqal terkejut bila ibunya tidak merestui dia berkahwin dengan Amanda kerana sebelum ini ibunya sentiasa bercerita mahu menantu seperti Amanda
"Kenapa sayang tak setuju.Sebelum ni bukan main sayang berzikir dekat rumah nak menantu macam Manda.Sekarang bila Qal nak kahwin dengan Manda sayang tak setuju pula."Tanya Encik Indra yang juga terkejut dengan bantahan isterinya.
"Apa pun saya tetap tak setuju."Jawab Puan Rokiah lalu bangun dan keluar dari rumah itu.Amanda yang juga terkejut bingkas bangun mengejar langkah Puan Rokiah.
"Mummy."Panggil Amanda.Puan Rokiah mengabaikan panggilan Amanda dan duduk di gazebo yang ada dilaman rumah kawan baiknya.
"Mummy."Panggil Amanda dengan lembut sebaik saja melabuhkan punggung di sebelah Puan Rokiah.Tangan wanita itu diambil lalu dikucup penuh rasa hormat.Puan Rokiah hanya memandang saja perbuatan Amanda.
"Mummy tak nak Manda jadi menantu mummy ke?Manda ingat mummy suka kalau Manda jadi menantu mummy.Mummy selalu cakap mummy sayang Manda macam mana mummy sayangkan Arjuna.Tapi kenapa mummy tak setuju Arjuna nak kahwin dengan Manda?Boleh mummy bagitahu apa kebimbangan yang mummy rasa sampai mummy tak setuju?"Tanya Manda dengan lembut.Mereka yang lain hanya memerhati saja Amanda memujuk Puan Rokiah.
"Manda sayang.Mummy tak setuju sebab mummy tak nak rasa kehilangan Manda."Jawab Puan Rokiah dengan sayu.
"Kenapa mummy cakap akan kehilangan Manda?Kalau Manda jadi isteri Arjuna maknanya mummy tak akan hilang Manda.Malah mummy dah ikat Manda dengan mummy."Jawab Amanda.
"Maksud mummy, mummy tahu Manda setuju kahwin dengan Qal sebab nak balas budi Qal selamatkan Manda.Mummy tak nak bila Manda dengan Qal disatukan hanya dengan alasan tu nanti satu hari kamu berdua rasa tak boleh nak mencintai satu sama lain, kamu berdua buat keputusan untuk berpisah.Bila hari tu tiba mummy tak kuat nak hadap kehilangan Manda."Airmata Puan Rokiah menitis sebaik saja habis berkata-kata.Amanda menarik nafas dan dilepas perlahan.Airmata Puan Rokiah diseka lembut lalu dia memeluk wanita separuh abad itu dengan penuh kasih.
"Apa mummy ni pikir sampai ke situ?Manda dengan Arjuna tak akan berpisah.Manda dah cakap dengan Arjuna yang Manda berkahwin bukan untuk dapat gelaran janda masa Arjuna melamar Manda.Mummy tahu tak tiga kali tau Arjuna melamar Manda.Jadi tak mungkin Manda nak berpisah dengan lelaki yang tak pernah berputus asa macam Arjuna."Jawab Amanda.
"Betul apa yang Kirana cakap tu mummy.Qal pun tak nak pegang gelaran duda."Sampuk Haiqal yang sudah menghampiri mereka berdua.
"Manda..Mummy suka sangat kalau Manda jadi menantu mummy.Suka sangat tau.Itu yang mummy harapkan dari dulu.Tapi mummy tak nak Manda setuju jadi menantu mummy sebab nak balas budi Qal je.Mummy nak Manda setuju jadi isteri Qal sebab Manda cintakan Qal dan hidup bahagia dengan Qal.Mummy expect cucu tau dari kamu berdua.Bukan kahwin olok-olok depan kami tapi hakikatnya kamu berdua tak jalani kehidupan sebagai suami isteri dalam erti kata yang sebenar.Kamu berdua dah besar, jadi kamu fahamkan apa maksud mummy bila mummy,daddy,ibu dan ayah expect cucu dari kamu berdua?"Kata Puan Rokiah lagi.Muka Amanda sudah merah bila Puan Rokiah bercakap soal anak.
"Mummy jangan risau.Manda ikhlas setuju kahwin dengan Arjuna.Manda mengaku, Manda masih belum ada rasa cinta pada Haiqal.Tapi Manda dengan Haiqal dah janji akan cuba untuk belajar mencintai dan menyayangi satu sama lain.Manda percaya lambat laun perasaan tu akan hadir juga kalau hari-hari duduk bersama.Biasakan orang-orang tua cakap bercinta lepas kahwin tu indah.Jadi Manda dah bincang dengan Arjuna, kami akan bercinta lepas nikah.Mungkin sebab jodoh kami kuat.Dari Manda benci dia, bertukar jadi tak benci.Allah dah susun jalan hidup Manda dan Arjuna macam ni.Arjuna selamatkan Manda tu hanya satu asbab yang membuka jalan untuk menyatukan Manda dan Arjuna."Kata Amanda dengan Senyuman.
"Betul ni Manda bukan setuju sebab nak balas budi Qal selamatkan Manda?"Tanya Puan Rokiah lagi.Dia memang suka kalau Amanda menjadi menantunya.Tapi dia tidak mahu gadis itu setuju berkahwin dengan anaknya semata-mata kerana hendak membalas budi.Puan Rokiah memandang anak mata Amanda ingin mencari kejujuran disebalik mata gadis itu.Amanda mengangguk laju bersama mata yang bersinar.
YOU ARE READING
Mrs Arjuna
RomanceSetiap hari Amanda Kirana akan menerima kejutan dari seseorang yang misteri.Kecantikkannya membuatkan ramai jejaka tergilakan dirinya Kejadian hitam yang terpalit dalam hidup Amanda Kirana membuatkan gadis itu tidak mahu menerima mana-mana lelaki da...