Thailand
Lumpini park itu langsung tidak membuatnya tertarik kerana sedari tadi matanya tidak menemukan Zafril. Dia menghela nafas kecil. " Aku pergi tandas kejap. " Farhan segera beredar dari sana tanpa menunggu balasan dari mereka. Tapi dia tidak memperdulikan itu kerana matanya akhirnya melihat apa yang dicari.
" Zaf, jom ambil gambar dekat sana. " Irdina menarik laju tangan lelaki itu membiarkan lelaki itu terpingga-pingga. Menghabiskan masa melihat senja yang begitu indah bersama lelaki itu disampingnya membuatkan hari ini lebih bermakna. " Meh aku ambilkan gambar, kau diri sana. "
Lebar senyumannya sepanjang lelaki itu mengambil gambarnya bukan kerana senyum untuk bergambar tetapi senyumannya terukir melihat lelaki dihadapannya itu. Sungguh indah. Terlalu indah sehinggakan dia meragui sama ada benar-benar lelaki itu manusia ataupun bidadara.
" Selfie juga zaf. " Permintaannya langsung tidak dibantah lelaki itu. Idaman bukan lelaki sebegitu ? Macam mana dia tidak jatuh hati dengan perilaku lelaki itu. Selepas banyak gambar diambil, lelaki itu menghulur telefon itu ke arahnya. Dia sedar yang lelaki itu langsung tidak fokus ke arahnya malah lelaki itu melilau mencari sesuatu.
" Kau pergi duduk dengan Ryan dulu, aku nak jalan sorang-sorang kejap. " Irdina mengangguk kecil. Tangannya ligat memuatnaik gambar mereka tadi di Instagram.
Liked by Fakhriabbas and others
diiina kena paksa senyum dia ni
📍Lumpini park, Thailandview all 3457 comments
hanify15._ aduh melepas peluang aku
thehllman couple ke ? kena move on ke ni ???!!!
dinapunyafans AHHHHHH KIYOWOOOOO
theunknown bukan Zaf dengan Lia ke ? @zafliafans
| Zafliafans Lia tak update anything lagi, karam dah ke huaaaaaaIrdina kembali ke bangku yang didudukinya tadi sambil melihat-lihat komen di gambar yang dimuatnaiknya itu. Terdetik dihati kecilnya. " Zaf dengan Lia ke ?" Dia menggeleng kecil menghilangkan fikiran itu dari kepalanya " Zaf mana ? " Ryan memulakan bicara.
" Dia kata nak jalan sorang-sorang sekejap. "
Ringkas jawapannya. Matanya masih sibuk melihat gambar yang diambil oleh Zafril tadi. Cantik. Bukan dia memuji dirinya tapi dia memang rasa buku yang diambil oleh lelaki itu sentiasa lebih cantik dan bermakna. Beginilah rasanya jatuh cinta " Dina, kau suka lelaki yang macam mana ? " Soalan spontan lelaki itu membuatkan keningnya terangkat seketika sebelum dia menjawab tenang.
" Uhm..aku suka lelaki yang pandai tangkap gambar. "
" Lepas tu, aku suka lelaki yang soft spoken and tak suka mengacau perempuan sangat. Biar yang dia macam pendiam, malu-malu gitu. Sebab biasanya lelaki yang awkward dengan perempuan ni, dia akan sweet dengan perempuan yang dia suka je. "
Irdina mengukir senyuman kecil.
" Semua ciri yang kau cakap ni ada pada.." Bicara lelaki itu segera dia potong.
" Zaf. "
Dia menoleh ke arah Ryan. Dia bukan memberitahu ciri lelaki yang dia suka tetapi dia memberitahu ciri Zafril. Matanya bertembung dengan lelaki itu. " Isn't it too obvious ? Aku rasa semua orang boleh tahu yang aku suka Zaf. " Suasana menjadi hening seketika sebelum lelaki itu kembali berbicara. " Of course. Tengoklah berapa juta kali kau dah compare aku dengan Zaf sepanjang kita kawan ni. You're obviously suka dia. "
Matanya kembali melihat gambarnya dan Zafril tadi. Tanpa dia sedar bibir itu mengoyakkan senyuman lebar sambil tangan mengusap-usap telefonnya itu.
" I love him, Ryan. "
YOU ARE READING
MS: Untuk Kita
Short Story❝ ι ωιѕн уσυ ℓιкє∂ мє ℓιкє ι ℓιкє уσυ ❞ Kisah cinta yang selalu berakhir dengan pengakhiran yang bahagia ? Drama sangat. Ini realiti bukan mimpi. Tak semua yang kita mahu akan jadi kenyataan. Itulah yang terjadi pada gadis seorang ini. Amalia Qaisar...