RIS7

10 3 0
                                    

" Guys, let's go for a trip ! " Irdina memberhentikan mereka secara tiba-tiba dengan terujanya.

" Finally cuti sem datang ! Jom pergi hilangkan stres. " Wanita itu memandang ke arah mereka dengan penuh harapan. Trip ? Good idea. Bolehlah dia habiskan masa dengan wanita itu. Dia seratus peratus setuju. Tapi kalau Amalia tak setuju pasti wanita itu tak mahu pergi. Kebanyakan rancangan mereka pasti Amalia tiada kerana wanita itu sibuk mencari wang. Mereka faham keadaan wanita itu jadi tiadalah mereka memaksa. Mereka semua memandang ke arah Amalia dengan penuh harapan dan apabila wanita itu mengangguk, dia terkejut.

" YES ! Kalau Lia dah setuju, semua kene setuju okay ?! Nak ke mana ? " Mereka berjalan ke arah sebuah meja yang kosong dikafe itu sambil memikirkan lokasi yang boleh mereka pergi.

" Aku nak Langkawi ! " Irdina yang pertama memberi cadangan.

" Asyik Langkawi je, Penang jom ! " Kemudian dirinya.

" No ! Melakalah~ " Farhan pula.

" Guys, Singapore jom ! " Kali ini Zafril.

Inilah jadi bila ada empat kepala yang berlainan keinginan. Tiada kata putuslah macam ni. " Lia, kau nak pergi mana ? Takkan kau takda tempat yang nak pergi ? " Soalan Irdina itu membuatkan mereka semua memandang wanita itu. Dia mahu tahu jug wanita itu mahu ke mana. " Th..Thailand maybe ? " Lama mereka berdiam diri sebelum tiba-tiba Irdina menghentak kuat meja itu.

" YES ! JOM PERGI THAILAND ! " Mereka bertiga mengangguk laju. Perbincangan selama 20 minit itu ditamatkan oleh cadangan Amalia. Apa sahaja cadangan wanita itu pasti mereka akan terima tanpa sebarang bantahan. " Not bad, how many days ? " Mereka memang tiada niat untuk berfikir kerana mereka mahu Amalia yang membuat keputusan. Wanita itu seperti ibu mereka. " 3 days ? " Mereka mengangguk setuju. Perfect. Wanita itu selalu tahu apa yang terbaik untuk mereka.

" I'll handle everything, you guys packing barang je. Okay ? Dah jom order makan. "

Kata-kata Irdina itu hanya dibalas dengan anggukan kecil. Ryan dan yang lain bangun untuk memesan makanan. Perbincangan yang lama itu buatkan dia sangat lapar. Dia meletakkan tangannya dibahu Irdina membuatkan wanita itu secara automatiknya rapat dengan dirinya. " Rimaslah. " Walaupun wanita itu sedang menyampah, dia tetap rasa wanita itu comel. " Eh guys, aku gerak dululah. Ada hal. Korang makanlah. Bye, assalamualaikum. " Mendengar kata-kata Amalia membuatkan dia berkerut. Belum sempat dia menghalang teman baiknya itu, wanita itu berdesup pergi. " Aku kena gerak juga, bye assalamualaikum ! " Melihat Zafril yang terburu-buru berlari ke arah Amalia itu membuatkan dia semakin berkerut.

Melihat dua orang itu berjalan bersama membuatkan dia rasa pelik. " Kau rasa khabar angin fasal Zaf dengan Lia couple tu betul ke ? " Suara Farhan yang tiba-tiba muncul dibelakangnya itu membuatkan dia terkejut. " Bodohlah kau Han. Tahulah namakan Han tapi tak perlulah jadi macam HANtu ! " Ryan memukul lengan lelaki itu membuatkan lelaki itu mengadu sakit. " Aku tanyakan ? Kau tengoklah bukan main mesra lagi diaorang tu. " Sebenarnya dia pun mahu tanya benda yang sama. Cuma dia tak mahu memaksa Amalia mahupun Zafril untuk memberitahu mereka. Kalau betullah mereka bercinta, biar mereka sendiri yang datang dan beritahu yang mereka bercinta.

" Eii laparlah ! Baik aku pergi order makanan. " Irdina laju memulakan langkah membuatkan dia mengikuti wanita itu. " Wait for me sayang. Sabar sikit. "

MS : Untuk KitaWhere stories live. Discover now