" Wey pinjam pen Dina, pen aku habis inklah. "
Sebaik sahaja mendengar kata-kata Ryan itu, dia terus menghulurkan pen yang berada ditangannya itu. " Nah, guna pen aku. " Senyuman lebar dia pasang dibibirnya saat itu sambil menantikan lelaki itu menerima hulurannya tetapi lelaki itu hanya menolak perlahan tangannya. " Aku nak pinjam Dina punya pen, bukan kaulah pendek. " Entah dia patut katakan ataupun tidak, tetapi ya hatinya terluka dengan kata-kata lelaki itu. Sedaya upaya dia cuba memasang senyuman walaupun dia mahu menangis sekarang.
" Nahlah, kecoh betul. " Wanita itu menghulurkan Ryan pen lalu disambut mesra oleh lelaki itu membuatkan dia hanya terdiam disitu sambil melihat segala yang terjadi dihadapannya itu. " Biar akulah pinjam pen kau Lia, pen aku tertinggal dekat tandaslah. " Pen yang sedari tadi ditangannya itu diambil oleh Farhan tetapi dia hanya membiarkan sahaja tindakan lelaki itu. Biasanya dia akan marah sesiapa yang sentuh barangnya kecuali Ryan tetapi pada tika dan saat itu hatinya terlalu sedih untuk marah.
" Haus tak ? Aku haus. Ryan dengan Dina pergi beli air. "
Kepalanya ditoleh ke arah Farhan. Lelaki itu memang sengaja mahu merapatkan lagi mereka berdua ke apa ? Dia tak boleh salahkan Farhan, lelaki itu bukan tahu yang dia sukakan Ryan. " Apahal aku pula ?! " Sementara Irdina merungut-rungut, Ryan menarik lembut tangan wanita itu ke arah kantin fakulti mereka dengan gembiranya. Dia yang melihat keadaan itu hanya mampu berdiam diri. Rasa cinta diam-diam itu benar sakit, lagi sakit bila kita tak boleh luahkan kesakitan tu.
" Kau suka Ryankan ? "
Membulat matanya mendengar kata-kata rakannya itu. Bagaimana lelaki itu boleh bertanya dia soalan sebegitu rupa dengan bersahaja ? " Apa benda kau mengarut ni ? Ryan yang kau cakap tu Ryan Ikmal tu ke ? Han, I'll ne– " Lelaki itu terus-menerus merenungnya membuatkan menghentikan bicaranya lalu mengangguk kecil. Dia memang paling rapat dengan Ryan tapi bila bab memahaminya, Farhanlah yang terbaik. Baginya lelaki itu paling memahami dirinya.
" I knew it, dah lama aku perasan benda ni. Kau jealous dengan Dina huh ? " Sekali lagi dia menganggukkan kepala. Apa lagi yang perlu dia sorokkan kalau rahsianya itu sudah terbongkar. " But he's your best friend tau, kau tahukan apa akibat kalau kau suka pada kawan baik sendiri ? " Dia mengeluh kecil. Sebab dia tahu akibatnyalah, dia ambil keputusan untuk berdiam diri selama dua tahun ini. Kalau dia tak tahu, dah lama dia luah.
" Perasaan cinta tu rasa semula jadi, kita tak boleh halang. Tak ada orang akan halang kau suka dia tapi kalau nak luah tu, kau faham sendirikan Lia ? " Dia memang setuju dengan kata-kata lelaki itu, tiada yang salah. Bahkan Ryan itu pun sudah tunjukkan yang lelaki itu tak berminat dengan dirinya. " No matter what, I'll always be there for you. "
" Thanks Han. Janji dengan aku, kau jangan bagitahu fasal benda ni dekat sesiapa pun. " Dia mengeluarkan jari kelingkingnya untuk membuat pinky promise dan lelaki itu menyatukan jari kelingking mereka tanpa ragu-ragunya. " Janji. "
YOU ARE READING
MS: Untuk Kita
Short Story❝ ι ωιѕн уσυ ℓιкє∂ мє ℓιкє ι ℓιкє уσυ ❞ Kisah cinta yang selalu berakhir dengan pengakhiran yang bahagia ? Drama sangat. Ini realiti bukan mimpi. Tak semua yang kita mahu akan jadi kenyataan. Itulah yang terjadi pada gadis seorang ini. Amalia Qaisar...