RIS10

14 3 0
                                    

" Zaf mana ? "

Soalan Irdina itu membuatkan dia yang sedang mendengar musik itu mengangkat keningnya. " Katanya nak suruh Lia tangkapkan gambar dia. " Dapat dia dengar keluhan berat wanita itu. Rasa cemburu yang wanita itu tak dapat sembunyikan buatkan dia turut cemburu. Mengapa terlalu hiraukan Zafril sedang dia yang sedang berada di sebelahnya.

" Alah kau ni, kan aku dah kata diaorang memang rapat gila namatey. Jangan risau sangatlah. " Dia cuba menenangkan hati wanita itu walaupun hatinya sangat tak tenang sekarang. Melihat ketidakbahagiaan wanita itu buatkan dia tak senang. " Aiya jangan sidih-sidihlah. Sudah tak cantikkan sekarang ? " Semakin lama dia memujuk Irdina, semakin panjang muncung wanita itu. Comel benar.

" Ni, aku ada lagu best. Dengar guna earphone aku ni. "

Ryan memasang earphone itu dikedua-dua belah telinga wanita itu supaya wanita itu boleh mendengar lagu yang sedari tadi dia dengar. " Lagu apa ni ? Bestlah. " Irdina tersenyum lebar. Lega hatinya melihat senyuman itu. Dia terus memandang wanita itu tanpa rasa bosan. Mana dia pernah bosan dengan wanita itu, tak akan pernah.

" I wish you liked me like I like you. " Perlahan dia berbicara. Dia tahu musik itu kuat dan wanita itu tak akan dengar bisikannya itu. Biarlah wanita itu tidak mendengar apa yang dia katakan daripada wanita itu dengar dan berasa kasihan pada dirinya. " Wey Ryan. " Kehadiran Zafril, Amalia dan Farhan disitu membuatkan Irdina mencabut segera earphone miliknya itu dari telinga lalu berjalan mendekati Zafril.

Dia bukanlah berada diposisi di mana dia layak untuk cemburu apatah lagi marah. Dia tak layak. Siapalah dia ni nak dibandingkan dengan Zafril, lelaki yang wanita itu cintai. " Zaf jom teman aku tangkap gambar juga ! " Tanpa menunggu jawapan dari lelaki itu, Irdina menarik lelaki itu ke suatu arah. Dia jadi sedih. Pastilah. Siapa je tak sedih ? " Pehal sedih-sedih brother ? " Perlahan Amalia menolak bahunya. Dia hanya menggeleng kecil sambil tersenyum.

" Macam patah hati je brother, storylah. "

Bukan macam, memang patah hati. Berkecai hatinya sekarang. " Cinta bertepuk sebelah tangan, biasalah tu. " Selepas menghabiskan bicaranya, dia memandang ke arah wanita yang duduk di sebelahnya itu. Wanita itu tahu tentang perasaannya pada Irdina, bukan wanita itu tak tahu. Dia tahu wanita itu faham dirinya. Semua orang pun boleh faham perasaannya sekarang. Siapa je tak pernah alami cinta bertepuk sebelah tangan ni ? " Biasalah tu, bukan semua benda yang kita nak kita akan dapatkan ? "

Betul, tak semua benda kita akan dapat. " So kau nak buat apa ? " Mendengar soalan Amalia buatkan dia memandang ke arah wanita itu. Sejenak dia berfikir sebelum tersenyum kecil.

" Let her golah. Kau tanya soalan tu macam I've so many options pula. " Dia cuma ada satu pilihan iaitu lepaskan wanita itu dan biarkan wanita itu bersama Zafril. Apa lagi dia boleh buat ? Tiada apa-apa.

MS: Untuk KitaWhere stories live. Discover now