" Guys, let's go for a trip ! "
Irdina memberhentikan mereka secara tiba-tiba dengan terujanya. " Finally cuti sem datang ! Jom pergi hilangkan stress. " Wanita itu memandang ke arah mereka dengan penuh harapan. Ikutkan hatinya cuti sem ini dia mahu bekerja, mahu dapatkan duit tapi melihat wajah penuh harapan wanita itu membuatkan dia hanya bersetuju. " YES ! Kalau Lia dah setuju, semua kene setuju okay ?! Nak ke mana ? " Mereka berjalan ke arah sebuah meja yang kosong dikafe itu sambil memikirkan lokasi yang boleh mereka pergi.
" Aku nak Langkawi ! "
" Asyik Langkawi je, Penang jom ! "
" No ! Melakalah~ "
" Guys, Singapore jom ! "
Inilah jadi bila ada empat kepala yang berlainan keinginan. Sakit kepalanya mendengar pergaduhan eh atau patut dia kata PERBINCANGAN rakan-rakannya itu. " Lia, kau nak pergi mana ? Takkan kau takda tempat yang nak pergi ? " Rakan-rakannya itu memandangnya selepas mendengar soalan dari Irdina itu membuatkan dia rasa terkejut. Jujur dia kata dia tak ada tempat untuk pergi. " Th..Thailand maybe ? " Lama mereka berdiam diri membuatkan dia rasa dia memberi jawapan yang salah. Tiba-tiba Irdina menghentak kuat meja itu.
" YES ! JOM PERGI THAILAND ! " Mendengar kata-kata wanita itu membuatkan dia mengeluh perlahan. Dia tak sangka pula cadangannya diterima begitu mudah selepas mereka berempat bergaduh selama 20 minit. " Not bad, how many days ? " Rakan-rakannya itu jelas tidak berfikir kerana mereka semua hanya memandang ke arah dirinya sambil menantikan jawapan darinya. Dia mengeluh kecil sambil berfikir sejenak. " 3 days ? " Rakan-rakannya itu menganggukkan kepala tanda bersetuju dengan cadangannya.
" I'll handle everything, you guys packing barang je. Okay ? Dah jom order makan. "
Kata-kata Irdina itu hanya dibalas dengan anggukan kecil. Rakannya yang lain bangun untuk memesan makanan tetapi lain pula dengan dirinya. " Eh guys, aku gerak dululah. Ada hal. Korang makanlah. Bye, assalamualaikum. " Langkahnya terus diatur meninggalkan kafe itu tanpa menunggu bicara rakan-rakannya itu. Dia tahu mereka akan halangnya pergi sebab itu dia segera berlalu pergi. " Aku kena gerak juga, bye assalamualaikum ! " Dia agak terkejut bila Zafril berlari ke arah dirinya.
" Kau apahal ikut aku ni ? " Lelaki itu menolak lembut bahunya. " Jealous ke tengok Ryan dengan Dina ? " Dia terkedu mendengar soalan lelaki itu. Dia memilih untuk tidak menjawab soalan itu tetapi lelaki itu tak berputus asa. " Jealouslah tu, aku nampaklah. Ryan dengan mesranya letak tangan dengan bahu Dina depan mata kau. Panas tak panas sis ? " Laju tangannya memukul lengan lelaki itu. Suka benar lelaki itu menyakatnya ! Ya, memang dia cemburu. Dari awal Ryan letakkan tangan dibahu Irdina dan dia cuba tahan cemburunya tetapi dia tak boleh. Jadi dia ambil keputusan untuk pergi.
" Biasalah tu, Ryankan memang rapat dengan Dina. " Ye, memang rapat. Kalaulah Ryan tak beritahu yang lelaki itu sukakan Irdina, dia boleh terima lelaki itu meletakkan tangan dibahu Irdina. Masalahnya lelaki itu beritahu dia ! LELAKI ITU BERITAHU DIRINYA YANG LELAKI ITU SUKAKAN IRDINA. Amalia breathe in breathe out, tenang Lia. " Hm betullah kot. Aku overthinking je. " Lelaki itu tiba-tiba meletakkan tangan dibahunya membuatkan dia berkerut. " Macam kita juga. Kitakan rapat, so benda ni biasa je. Jangan banyak sangat fikir. "
Lelaki itu berjaya buatkan dia tersenyum. Sebetulnya, lelaki itu tak pernah gagal buatkan dia tersenyum. " Kan bagus senyum tu, dah jom pergi makan aiskrim. Cendol pun sedap. "
YOU ARE READING
MS : Untuk Kita
Kısa Hikaye❝ ι ωιѕн уσυ ℓιкє∂ мє ℓιкє ι ℓιкє уσυ ❞ Kisah cinta yang selalu berakhir dengan pengakhiran yang bahagia ? Drama sangat. Ini realiti bukan mimpi. Tak semua yang kita mahu akan jadi kenyataan. Itulah yang terjadi pada gadis seorang ini. Amalia Qaisar...