ZAD 3

4 2 0
                                    

Location: Thailand

" Lia. "

Zafril memanggil lembut nama wanita itu membuatkan wanita itu menoleh ke arahnya. Amalia mengangkat keningnya menunggu dia menyambung bicaranya. " Pergi pantai jum, nantilah kemas barang tu bukan banyak sangat barangkan ? " Dapat dia lihat wanita itu sedang menimbangkan ajakannya itu.

" Bolehlah, nak ajak yang lain ke ? " Laju dia menggeleng. Dia mahu masa berdua sahaja. Nasib hotel mereka itu berdekatan dengan pantai, jadi mereka boleh jalan kaki saja ke sana. Mereka berdua berjalan disepanjang persisiran pantai sambil ditemani angin sepoi-sepoi bahasa itu. Tenang rasa bila wanita itu berada disisinya.

" Zaf.. " Wanita itu memecahkan kesunyian antara mereka.

" Ryan suka Dina. "

Langkah kakinya terhenti. Entah kenapa dia rasa happy dengan pernyataan yang dikeluarkan oleh wanita itu. Sebaik mungkin dia cuba menahan senyumannya. " Bila kau tahu ? Dia bagitahu kau ke ? " Dia mengajak Amalia duduk dipersisiran pantai itu selepas lama berjalan. " Hari yang sama aku decide nak buat dia suka aku tu, sehari selepas aku bagitahu kau aku suka Ryan. "

Lama juga tu, lama juga rupanya dia ada peluang untuk bersama wanita itu. Hening seketika sebelum dia menoleh ke arah wanita disebelahnya itu. " Lia, kalau kau bagi aku peluang aku nak jadi orang yang jaga kau sampai bila-bila. " Amalia menelengkan kepalanya selepas mendengar kata-katanya itu.

" Huh ? "

" Aku nak jaga kau. "

" Huh ? "

" Bagi aku peluang untuk bahagiakan kau. "

Wanita itu mengelak dari memandang matanya. " Aku tak paksa kau terima aku sekarang, aku just nak jadi orang yang sentiasa ada dengan kau walau apapun yang kau hadapi. " Amalia tersenyum kecil. Dia masih dengan riak wajahnya yang serius sambil menunggu wanita itu membalas bicaranya.

" Bukan selama ni memang aku sentiasa ada dengan aku ? Kita memang dah macam tu dari dulukan ? " Zafril mencebik. Takkanlah wanita itu tidak faham apa yang dia maksudkan. Dia mahu mereka lebih dari kawan. Dia menyeluk tangan ke dalam poket untuk mengeluarkan sesuatu.

Rantai leher yang dibeli tadi ditunjuk didepan wanita itu. " Ambil ni kalau kau bagi aku peluang untuk jadi lelaki yang rawat hati kau. Aku ikhlas sayang kau. " Lama wanita itu merenung rantai ditangannya itu. Berdebar jantungnya menunggu wanita itu membuat keputusan, lama benar tapi dia faham ini bukan keputusan yang mudah.

Amalia memalingkan badan dari menoleh ke arahnya. Auch kena reject ke ni ? Mahu berkaca sudah matanya tapi terpaksa tahan. " Pakaikanlah. " Terangkat keningnya mendengar kata-kata wanita itu. Dia salah dengar ke ? " Pakaikanlah rantai tu, baru sweet. "

Dengan rasa terpingga-pingga dia memasangkan rantai itu dileher wanita itu. Selesai memasang itu, Amalia kembali menghadapnya sambil tersenyum lebar. " Thank you for always being with me. "

Liked by liasarah and others

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Liked by liasarah and others

zaf.eman 🐻‍❄️🐻

view all 6573 comments

zafliafans IHHH APA NI COMEL BETUL
yuyun._ huaaaaaa nak satu macam ni
whathllman aduh aduh melepas
theunknown89 real ke ni ?
zafrilfanclub kapal ni tak pernah karamkan comel aaaaaaaa
rupsunter_ dekat mana ni ? cantik betul pemandangan

MS : Untuk KitaWhere stories live. Discover now