Assalamualaikum dan hi semua, mari dia perkenalkan dirinya. Nama diberi Amalia Qaisarah binti Azman, akan berumur 20 tahun pada 5 Jun tahun ini. Takdalah anak dato' ke anak tan sri ke tapi alhamdulillah segalanya cukup. Sekarang ini dia masih belajar(universiti dirahsiakan hehe). Adik-beradik ada t–
" Woi berangan ! " Lelaki itu mengetuk lembut kepalanya dengan buku kecil itu. " Kau ingat aku ada masa ke nak berangan ? Kau nampak aku tengah studykan ? Kau apa hal lambat Ryan ? " Lelaki itu duduk disebelahnya sambil mengukir senyuman lebar. " Berak tadi. " Amalia menggeleng kecil mendengar alasan rakannya itu. Entah apa jenis alasanlah tu.
Lelaki ini pula diberi nama Ryan Ikmal bin Safuan, kacak orangnya. Hidung mancung, mata tak bulat tak sepet, kulit putih tetapi tak terlalu putih. Ya, dia sedang memuji rakannya itu. Bukan ke jarang kita memuji rakan kita ? Kenapa dia memuji lelaki itu ? Kerana dia sukakan lelaki itu. " Kau ni boleh stop berangan tak ? " Kehadiran dua orang lagi rakannya itu membuatkan dia tersedar dari mimpi. Mengacau betullah budak berdua ni.
" Zaf dengan Dina lambat kau tak marah pun ! Ini tak adil. "
Dia menggeleng kecil melihat lelaki itu merajuk. " Kitaorang dah lama sampai sini, Encik Ryan. Kami pergi cari buku tadi, kau yang lambat. " Penjelasan lelaki itu membuatkan Ryan menganggukkan kepala. " Sejak bila kau ada rasa nak belajar ni Zaf ? " Soalan Ryan itu hanya dibalas dengan jelingan Zafril. Dua orang yang tak pernah tak bergaduh tapi bukan bergaduh teruk. Mereka kata bergaduh manja gitu.
Zafril atau nama panjangnya Zafril Aiman bin Daud. Lelaki paling tinggi dia pernah jumpa dan muka ala-ala kpop pun ada. Oppa-oppa gitu. Orangnya tak suka bersosial sangat, lebih suka diam dan bercakap dengan orang yang dia rapat sahaja. Ramai peminat lelaki itu tapi macam biasalah semuanya ditolak. " Lepas ni nak makan dekat mana ? " Irdina mengangkat-angkat keningnya beberapa kali sambil menanti jawapan dari mereka. " Makan je kerja kau. Mcd jom. "
Nur Irdina Alya Dato' Omar. Walaupun ayahnya ada gelaran dato', wanita itu tetap rendah diri. Pada awal persahabatan mereka, dia sendiri tak tahu pun ayah wanita itu ada gelaran dato' atau lebih tepat dia tak kesah. Yang dia kesahkan adalah tentang betapa ceria, prihatin dan penyabarnya wanita itu. Tapi antara mereka berempat, wanita itulah yang paling kuat makan. " Jomlah makan, aku pun dah lapar. "
Mereka bangun selepas mendengar kata-katanya itu. Jadi inilah kisah mereka, empat sekawan yang tak tahu apa yang akan melanda mereka selepas ini. " Guys ! Jangan tinggalkan aku woi ! " Mereka terhenti apabila mendengar jeritan seseorang dari belah kanan mereka. " Korang nak pergi mana tinggalkan aku ni ?! " Dia tersenggih kecil melihat wajah marah rakannya itu.
Lupa pula rakannya yang lagi seorang itu. Itu Han, bukan hantu tapi perangai lelaki itu memang macam hantu. Nama panjang lelaki itu Farhan Syah bin Ahmad. Mereka gelar lelaki itu badut kerana sifat lelaki itu yang suka benar buat orang ketawa. Kacak ? Sangat. Lelaki itu terlalu banyak kelebihan. Dalam sukan, akedemik malah memasak pun lelaki itu pandai. Husband material benar. Tapi satu je perangai lelaki itu yang buat dia rasa nak marah. Entah kenapa lelaki itu terlalu sering sakit perut.
Dan disebabkan itu jugalah lelaki itu selalu ditinggalkan. Mereka terlupa tentang lelaki itu kerana lelaki itu ke tandas terlalu lama. " Jom kita pergi makan, Han. Aku belanja. " Jadi inilah kisah mereka berlima.
Setiap cast masing-masing akan (insyaAllah) ada 10 chapters.
✿ Amalia Qaisarah binti Azman
AQA1-10 (✓)
✿ Ryan Ikmal bin Safuan
RIS1-10 (✓)
✿ Nur Irdina Alya Dato' Omar
NIA1-10 (✓)
✿ Zafril Aiman bin Daud
ZAD1-10 (✓)
✿ Farhan Syah bin Ahmad
FSA1-10 ()DISCLAIMER
Cerita ini hanya rekaan semata-mata, tiada melibatkan orang yang sudah meninggal mahupun yang masih hidup. DON'T COPY.
YOU ARE READING
MS : Untuk Kita
Short Story❝ ι ωιѕн уσυ ℓιкє∂ мє ℓιкє ι ℓιкє уσυ ❞ Kisah cinta yang selalu berakhir dengan pengakhiran yang bahagia ? Drama sangat. Ini realiti bukan mimpi. Tak semua yang kita mahu akan jadi kenyataan. Itulah yang terjadi pada gadis seorang ini. Amalia Qaisar...