RIS9

11 3 0
                                    

" Kau jangan asyik dengan aku je, nanti takdalah masa aku berdua dengan Zaf. "

Awal-awal pagi lagi Irdina sudah memberitahunya supaya jangan terlalu rapat dengan wanita itu. Dipagi hari yang indah, hatinya telah dipatahkan begitu sahaja. Sakit woi. " Lia, apa kau rasa kalau terpaksa korbankan perasaan sendiri untuk kebahagiaan orang lain ? " Dia mengajukan soalan itu pada wanita yang sedang duduk disebelahnya itu sambil matanya memandang ke arah Irdina yang sedang tertawa mesra bersama Zafril disuatu kedai cenderamata dipasar itu.

" Sedih ? Kecewa ? Ataupun marah ? " Dia memalingkan kepala memandang ke arah Amalia. Tiada sebarang jawapan dari mulut wanita itu. Kenapa ? Selama ini wanita itulah yang akan menasihatinya tapi kenapa sekarang wanita itu berdiam diri ? Kenapa saat dia perlukan nasihat, wanita itu berdiam diri ? " Sedih, mestilah sedih. Tapi bukan ke kita sentiasa nak orang yang kita sayang bahagia.." Wanita itu berhenti seketika sebelum tersenyum padanya.

"..walaupun bukan kita yang penyebab kebahagiaan tu. "

Lama dia merenung ke dalam mata wanita itu. Walau dengan jawapan yang ringkas, kata-kata wanita itu sungguh masuk ke dalam hatinya. Segera dia melarikan pandangannya apabila dia dapat rasakan yang matanya mulai panas. Dia tak mahu mengalirkan air matanya dihadapan wanita itu. " Eh tak nak belikan souvenir untuk family kau ke ? Hari nikan hari last kita dekat sini, belilah. " Dia menarik lembut tangan wanita itu ke arah kedai yang tak jauh dari kedai yang sedang dikunjungi oleh Zafril dan Irdina.

Sedang Amalia sibuk memilih barang, dia memusingkan kepala ke arah Irdina yang tersenyum mesra pada Zafril itu. Betullah. Lihat orang yang kita sayang bahagia pun dah cukup buat kita bahagia. Zafril memandang ke arah mereka lalu tersenyum kecil pada dirinya. " Wey korang beli apa ni ? " Farhan yang tiba-tiba muncul dari mana itu merangkul bahunya dan bahu Amalia. " Ya Allah kau ni. Setiap kali aku tengah dalam keadaan tenang mesti kau datang terjah-terjah aku. Bagi salam boleh tak ?! "

Lelaki itu tertawa kecil melihat wajah marahnya. " Alah bro, kau bukan tengah buat apa pun. Janganlah marah baby. " Dia menepis tangan lelaki itu yang sedang mengusap lembut pipinya. Gay ke ?! " Korang ni sweetlah, couple ke ? "

Soalan Amalia itu membuatkan dia menjeling tajam wanita itu. Budak berdua ni kalau kena pijak dengan dia, sia-sia je. Masuk air betul budak berdua ni. " Wey Lia, bagi ni dekat mama. Aku tengok dekat kedai sana tadi, cantik kalau mama pakai. " Zafril yang tiba-tiba datang ke arah mereka bersama dengan Irdina itu menarik lembut Amalia ke arahnya. " Wah, thanks ! Mahal ke ? Nanti aku bayar dekat kau. " Sedang dua orang itu berbual mesra, matanya hanya tertumpu pada Irdina yang kelihatan kecewa itu.

" Tak payahlah, cakap dengan mama yang bakal menantu kesayangan dia belikan. " Memang mama Amalia paling rapatnya dengan Zafril, nak buat macam man lagi mereka memang sangat rapat seperti adik-beradik. " Kau ni tak habis-habis Lia, mama Dina kau ada belikan ke ? Mama aku ? Mama Han ? "

Zafril memandangnya dengan muka yang pelik. " Bukan selama ni kita pergi bercuti, aku memang selalu belikan mama Lia hadiah ke ? Kenapa tiba-tiba kau pun minta ni ? Jealous ke bro ? " Lelaki itu menolak-nolak perlahan bahunya sambil tersenggih. Dia jadi pelik. Kenapa dia perlu cemburu ? Dia hanya kasihan melihat Irdina yang sepertinya cemburu melihat kemesraan Zafril dan Amalia.

" Dahlah tu, jom balik hotel. Nak kemas barang lagi. "

MS: Untuk KitaWhere stories live. Discover now