" Assalamualaikum sahabat. Busy nampak. "
Ryan yang baru tiba disitu terus duduk dikerusi kosong dihadapan wanita itu tanpa sebarang rasa bersalah. Melihat wajah bengis wanita itu membuatkan dia tahu yang Amalia marah padanya. " Kau pergi mana ? Kita ada banyak lagi kerja nak kena buat tapi kau boleh pergi merayau ? " Dia bukan sengaja lambat sampai ke sini, dia tertidur. Malam semalam main PUBG sampai pukul 5 pagi lepas tu dia teruslah mandi dan bersiap-siap untuk solat subuh. Tak tidur pun, jadi disebabkan dia takda kelas tadi, dia mahu tidur sekejap tapi tak sangka sampai 2 jam.
" Alah sorrylah sayang, abang busy juga. Jangan marah eh ? " Mulutnya sedang memujuk wanita itu tapi matanya sedang meliar mencari cinta hatinya. Manalah wanita itu. Biasanya dimana ada Amalia, disitu ada Irdina. Eh dia belum beritahu eh ? Ya, dia sukakan Irdina itu. Kenapa ? Kerana dia sukakan wanita yang jenis lemah-lembut, yang sentiasa perlukan bantuannya dan yang ceria. Segala ciri idamannya ada pada Irdina.
" Sayang otak kau. "
Ryan tersenggih kecil. Selepas matanya berputus asa mencari wanita itu, dia kembali fokus pada Amalia yang sedang fokus pada bukunya itu. " So aku kena buat apa ? " Dia memandang wanita itu dan wanita itu memandangnya. Lama mereka berdiam diri membuatkan dia jadi pelik. Dah kenapa pula wanita itu merenungnya ? Wanita itu tertidur sambil buka mata ke ? Tiba-tiba wanita itu mengalihkan pandangan ke arah lain. Berkerut dahinya melihat kelakuan pelik wanita itu tetapi perasaan ragu-ragunya itu dibuang jauh-jauh.
" Uhm..kau cari maklumat dalam buku ni. "
Buku yang dihulurkan oleh wanita itu diambil sambil tak henti-henti dia mengeluh. Dia paling pantang kalau kena membaca ni, bosan boi. Apa yang menarik sangat membaca ni ? " Tak payah carilah, lambat. Nah aku dah siap carikan, nak tunggu Ryan ni berjanggut kita. " Perlahan-lahan dia mendongakkan kepala dan terlihat Irdina yang sedang menghulurkan pendrive pada Amalia. Besar senyumannya selepas melihat wanita itu. Macam ni baru semangat nak buat kerja.
" Good job, Dina. Macam ni baru sayang. " Dia benar sayang. Dia kalau suka, dia akan tunjuk. Kira macam bagi hint gitu. Dia menggosok-gosok lembut kepala wanita itu dengan senyuman lebar masih terukir dibibirnya. Perkara itu seperti sudah menjadi salah satu rutin hariannya jadi wanita itu hanya terima dengan pasrahnya. Irdina menepuk perlahan bahunya lalu memuncungkan bibir ke arah Amalia yang tiba-tiba termenung itu. " Lia, kau tak nak tengok maklumat tu sekarang ke ? "
Lama dia menunggu jawapan dari wanita itu tapi malangnya wanita itu masih berdiam diri. " Lia ! " Irdina menepuk lembut bahu Amalia membuatkan wanita itu tersedar dari lamunannya. " Hah ? "
" Kau kenapa ni ? "
Soalan wanita itu hanya dibalas dengan kerutan didahi. " Apa ? " Dia jadi semakin pelik melihat kelakuan wanita itu. Jarang sekali Amalia jadi macam itu tapi kenapa sejak kebelakangan ni wanita itu jadi begitu ? " Aku tanya kau tak nak tengok maklumat tu sekarang ke ? Kau pegang je pendrive aku tu. " Kata-kata wanita itu membuatkan Amalia terus mencucuk pendrive itu pada laptop yang dihadapannya itu dan segera mencari failnya.
" Document yang mana ? " Wanita itu mendekatkan diri dengan laptop itu lalu mencari dokumennya. " Ni hah. " Amalia mengangguk kecil. Melihat wanita itu sebegitu rupa membuatkan dia tak dapat menahan dirinya untuk bertanya pada Amalia. " Weyh kau okay tak ni ? Selalu sangat kau mengelamun ni. Dah ada buah hati ke apa ni ? " Belum sempat wanita itu memulakan bicaranya, Zafril terlebih dahulu mencelah perbualan mereka.
" Hah ? Dah ada buah hati ? Siapa ? Lia ke ? Kenapa aku tak tahu ni ? " Bertubi-tubi soalan lelaki itu membuatkan dia mahu menutup mulut lelaki itu tetapi Amalia terlebih dahulu melakukannya membuatkan dia puas hati. " Zaf, one by one okay ? Slowly tanya. Kau pula Dina, memandai cakap aku mengelamun. Dengan assignment yang berlambak ni, kau rasa aku ada masa nak mengelamun ke ? " Wanita itu menggeleng sambil tersenggih kecil selepas mendengar kata-kata Amalia.
Keadaan jadi kembali senyap dan wanita itu kembali fokus pada tugasnya. Okay, dia bosan. " Korang tak lapar ke ? " Soalan Irdina itu membuatkan dia terbangun. " Jom, aku pun lapar ni. " Dia segera menarik tangan wanita itu untuk keluar dari perpustakaan. Dia dah bosan sangat duduk disitu. " Cepatlah, sayang. "
ANDA SEDANG MEMBACA
MS : Untuk Kita
Nouvelles❝ ι ωιѕн уσυ ℓιкє∂ мє ℓιкє ι ℓιкє уσυ ❞ Kisah cinta yang selalu berakhir dengan pengakhiran yang bahagia ? Drama sangat. Ini realiti bukan mimpi. Tak semua yang kita mahu akan jadi kenyataan. Itulah yang terjadi pada gadis seorang ini. Amalia Qaisar...
