Matanya sibuk melihat-lihat gambar di feed Instagramnya tersebut sehingga tangannya berhenti disatu gambar.
Liked by zafrilaiman_ and others
liasarah feeling extra pretty today ♡
view all 4097 comments
yuyun._ semoga kecantikan Lia berjangkit ke kita huaaaaaaa
| liasarah heh kamu pun cantik okayyyy
masganteng aduh bidadari ke ni ?
urkingoftheyear 😍❤️
zafliafans my my cantiknya bidadari Zaf
zafrilaiman_ macam kenal je rantai tu 🤭 cantik sama macam orangnya.
| liasarah yee thank you bagi.
| zafliafans ZAF BAGI RANTAI TU DEKAT LIA KE OMG COMELNYAAAA
|theunknown89 aduh patah hatiIrdina terdiam. Dia pernah nampak rantai tu. Dihari Zafril menemaninya membeli cenderahati di Thailand, saat lelaki itu menyembunyikan sesuatu darinya itu dia melihat sekilas barang apa yang lelaki itu pegang. Rantai yang dipakai Amalia.
Lelaki itu diam-diam membelikan rantai itu untuk Amalia. Tangannya laju menekan akuan wanita itu sebelum melihat gambar-gambar yang rakan baiknya itu muatnaik.
Liked by zafrilaiman_ and others
liasarah before back to reality
📍Thailandview 700k comments
Zafliafans OMG MATCHING MATCHING BAJU CUTEEEE
Zafrilfanclub Kapal kita terus berlayar ni
| Zafliafans kapal ni tak pernah karam
Danielhanif_ patah hati paling teruk
| ahmad_man I feel you bro
| farishykl real man, terlepas peluang
| cemangntg._ ye do sedih anjing
zafrilaiman_ eh comelnya perempuan tu, nak ngorat boleh tak
| liasarah 💀💀💀Gambar yang diambil sebelum Zafril mematahkan hatinya. Sungguh dia kalah terlalu teruk. Tidak mampu dia melawan wanita yang lelaki itu cintai sepenuh hati. Dia mungkin boleh mencintai lelaki itu sebesar galaksi tetapi dia tetap tidak akan dipandang kerana cinta lelaki itu hanya pada Amalia.
Akaun rakan baiknya itu ditatap lama. Dang. Macam mana dia mahu mengalahkan wanita secantik dan sebaik itu. Malahan wanita itu rakan baiknya sendiri bukan musuhnya. " Uit buat apa tu. " Kehadiran Amalia disitu secara tiba-tiba membuatkan dia segera menyembunyikan telefon miliknya. Dia hanya menghadiahkan wanita itu senyuman tipis.
" Ni aku bawakan bekal, boleh kita dua makan. And I made you your favorite cookie, chocolate chip cookies. " Wajah teruja Amalia membuatkan dia terdiam seketika. Bagaimana dia mahu membenci wanita itu. Bukan salah Amalia lelaki itu sukakan wanita itu. Bahkan wanita itu boleh dikatakan tiada salah apa-apa pun dalam masalah perasaannya itu.
Tanpa dia sedari, cecair hangat mengalir dipipinya. " Hey why are you crying ? Did something happen ? Ir, okay tak ni ? " Laju Irdina menarik wanita itu ke dalam dakapannya. Wanita itu terlalu baik kepadanya, dia tidak sepatutnya membawa Amalia masuk ke masalah perasaannya. " Why ni ? You can tell me anything. "
Lembut suara wanita itu memujuknya. " Thank you for being a good friend. I love you so much. " Kepalanya ditepuk lembut dan belakang badannya diusap-usap. Amalia tidak pernah gagal membuatnya rasa selamat dan tenang.
" It's okay, everything will be fine soon. "
YOU ARE READING
MS : Untuk Kita
Short Story❝ ι ωιѕн уσυ ℓιкє∂ мє ℓιкє ι ℓιкє уσυ ❞ Kisah cinta yang selalu berakhir dengan pengakhiran yang bahagia ? Drama sangat. Ini realiti bukan mimpi. Tak semua yang kita mahu akan jadi kenyataan. Itulah yang terjadi pada gadis seorang ini. Amalia Qaisar...